Ketegasan Dato Seri Najib amat ditagih disaat ini agar semua hidup tenteram kecuali puak DAP yang dah tak sabar nak ambik alih negara dan segelintir pemimpin PAS yang gila nak jadi menteri!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm
Terima hakikat Islam agama rasmi negara, kata Najib
11/05/2011 5:13pm
PUTRAJAYA 11 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pihak harus menerima hakikat tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.
"Ia adalah kerana realitinya kita mempunyai Perlembagaan Negara dan peruntukannya adalah amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain,” kata Najib kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan 22 orang pemimpin dan cendekiawan Islam di sini hari ini.
"Dalam apa jua keadaan, Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda dan oleh itu, semua pihak tidaklah seharusnya merasa bimbang, gundah gelana, ataupun gelisah di dalam hal ini,” katanya.
Antara pemimpin dan cendekiawan Islam yang hadir adalah Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
Najib berkata, dalam pertemuan selama sejam dengan pemimpin dan cendekiawan Islam itu, beberapa isu semasa turut dibincangkan termasuk isu “menukar” agama lain sebagai agama rasmi negara yang dilaporkan sebelum ini. – Bernama
No comments:
Post a Comment