Thursday, May 12, 2011

UMNO OMEGA

UMNO adalah tak ternilai malah berkali ganda lebih bernilai dari jam tangan omega!



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

UMNO masih jenama tinggi



Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Melayu Terbilang kepada Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/MOHD. NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO masih lagi menjadi jenama yang sangat tinggi nilainya dalam kalangan rakyat.
Tegas Presiden UMNO, tidak ada salahnya pada jenama UMNO melainkan kelemahan yang ada dalam kalangan ahli UMNO sendiri.
"Kita sudah ada cukup kekuatan dan jika kita bekerja kuat, mendahulukan rakyat dan bersetia pada parti, Insya-Allah pada tahun-tahun mendatang, ulang tahun perayaan UMNO akan terus kita sambut sebagai parti yang berkuasa di bumi yang bertuah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Begitu pun Najib menambah, UMNO tidak sesekali boleh berada dalam keadaan selesa sehingga semboyan Pilihan Raya Umum Ke-13 dibunyikan.
Sehingga itu kata beliau, seluruh ahli parti perlu bekerja lebih kuat dan gigih untuk memantapkan parti di sebalik usaha transformasi parti yang sedang berjalan ketika ini.
"Bukan susah sangat sebenarnya dan ia juga bukan rahsia besar seperti 'rocket science'. (Ia) tidak susah, (sebaliknya) mudah.
"Kenapa saya kata begitu, sebab jika kita toleh kembali lipatan sejarah UMNO dan menggambarkan nilai perjuangan orang UMNO dulu, maka kita akan dapati rahsianya ialah kita perlu bersatu, bersetia dan berkhidmat," katanya.
Najib menambah, sambutan ulang tahun UMNO ke-65 ini juga perlu disertakan dengan ikrar di kalangan ahli dan pemimpin UMNO untuk terus mendekati hati rakyat.
Katanya, sambutan kali ini juga akan lebih bermakna sekiranya seluruh ahli UMNO cukup setia kepada parti keramat bagi orang Melayu ini.
"Adakah jika tidak dipilih sebagai calon, maka kita akan setia kepada UMNO? Apakah ahli UMNO bersedia menyerahkan mandat memilih calon kepada pucuk kepimpinan parti? Jika sudah bersedia, terima kasih. Tetapi saya akan uji apabila tiba masanya nanti," kata beliau.
Najib berkata, beliau tidak mahu ada yang merajuk sehingga melarikan diri ke luar negara dan tidak bekerja menyokong parti kerana tidak dipilih sebagai calon.
Katanya lagi, sejarah UMNO tidak boleh berakhir sebagai sebuah parti yang menjadi teras dan tonggak kepada kerajaan.
UMNO tegas Najib lagi, tidak boleh menerima nasib seperti kebanyakan parti pemerintah di negara lain yang banyak berjasa dan berbudi tetapi berkubur kerana akhirnya tewas pada pilihan raya.

No comments:

Post a Comment