Tuesday, May 31, 2011

APA NAK JADI DENGAN UMNO KUALA KEDAH...

Khabarnya Dr. Zaki Zamani Bin Abd. Rashid terpaksa meletakkan jawatan sebagai AJK UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH gara-gara ada yang lapor penglibatan Dr Zaki dalam politik. Dr Zaki sebenarnya amat aktif sebagai Ketua Biro Pembangunan Insan dan tunjang kepada Program PASAK (Pasukan Saringan Kesihatan) yang aktif menyaring kesihatan penduduk di Parlimen Kuala Kedah. 



Boleh dikatakan Dr Zaki agak menonjol dalam kalangan penduduk Parlimen Kuala Kedah, mungkin itulah sebabnya ada pihak yang melaporkan penglibatan politik Dr Zaki. Agak-agaknya siapalah yang membuat laporan ????


Takkanlah ahli PAS yang nak lapor penglibatan Dr Zaki....nanti tak pasal-pasal Dr Zaki keluar UMNO lari masuk PAS...susahlah hati puak-puak PAS sebab kat dalam PAS dah berlambak-lambak profesional kumpulan A kerajaan...jenuh berebut-rebut jawatan dalam PAS pula nanti!!!  habis tu siapa yang lapor ?????


Siapa lagi yang nak lapor.....orang UMNO bahagian Kuala Kedahlah yang lapor...lapor sebab masing-masing dah rasa PRU13 semakin dekat. Dr Zaki seorang yang buat kerja.....Apabila Dr Zaki letak jawatan maka dah kurang satu saingan.....makin cerahlah peluang masing-masing untuk jadi calon PRU13 nanti.Pakat-pakat untung.....


Yang rugi ialah orang Parlimen Kuala Kedah....yang boleh buat kerja letak jawatan...tinggallah yang tak boleh buat kerja tapi boleh kencing rakyat selamba saja...tiap-tiap hari kencing!!!!!!

No comments:

Post a Comment