Tuesday, July 1, 2014

JADI...TAK BENARLAH..!!!!!

Keunggulan Tudung Fareeda kini amat dicemburui oleh pesaing-pesaingnya hingga ada yang cuba untuk mensabotaj dengan menabur berbagai-bagai fitnah ke atas syarikat tudung Melayu yang terunggul ini. Mungkinkah yang cuba mensabotaj Tudung Fareeda ini terdiri dari pesaing-pesaing tudung Melayu sendiri ataupun satu usaha menjatuhkan syarikat perniagaan Melayu oleh syarikat-syarikat Cina yang telah sekian lama menguasai industri tudung ini tapi terjejas dengan kemunculan syarikat tudung Melayu yang menjejaskan penguasaan mereka



6/28/2014
 
0


Semalam, seorang penggiat laman Facebook telah memuatnaik status yang mendakwa pelanggan yang ingin memasuki butik Fareeda Exclusive di seksyen 9, Bandar Baru Bangi perlu menunjukkan tiga bulan slip gaji.

Bagaimanapun, ramai tidak percaya kenyataan individu berkenaan kerana menganggap ianya tidak logik dan masuk akal. Ekoran itu, portal mynewshub telah menghubungi sendiri pihak Fareeda bagi mendapatkan penjelasan dari mereka.

Ternyata dakwaan tersebut tidak benar dan sengaja disebarkan bagi memburukkan butik Fareeda Exclusive di seksyen 9, Bandar Baru Bangi yang baru dibuka minggu lalu. Kata pembantu butik yang dihubungi, mereka di Fareeda mengakui terkejut dengan khabar angin yang tersebar.

1 comment: