Monday, July 14, 2014

PROSEDUR YANG BANGANG JANGAN DOK PAKAI DAH!!!

Mengapa masih pakai prosedur yang bangang. Ingat sama keselamatan anggota bawahan kerana mereka yang terpaksa berdepan dengan risiko kehilangan nyawa bukannya menteri-menteri..!!!!!


KESILAPAN Sistem Pertahanan Malaysia :Anggota Keselamatan Tidak Dibenarkan Menembak Penceroboh Kedaulatan Negara

Oleh rmf
Mana mana negara di dunia ini mempunyai satu garis panduan  tahap merah dimana bila berlakunya pencerobohan keatas  sempadan perairan udara atau daratan . Pada kebiasaannya amaran sebanyak tiga kali dikeluarkan untuk memaklumkan kepada penceroboh agar keluar dari sempadan negara. Setelah amaran itu dikeluarkan secara automatik  tembakan akan dilancarkan secara automatik dan  di selaraskan pada setiap gerakan.
Di malaysia pencerobohan berlaku, Namun  pihak keselamatan negara tidak dibenarkan melindungi diri  dan tembakan keatas penceroboh tidak dibenarkan. Langkah ini agak kuno dibandingkan dengan negara seperti Indonesia.
Jesteru itu kita tidak hairan lah bagimana banyak anggota keselamatan yang terbunuh apabila  berada didalam situasi begini. Sepatutnya amaran dikeluarkan dan  seterusnya mempertahankan kedaulatan negara dilancarkan serta merta. Bukan menunggu mesyuarat dulu..
tntera
Oleh yang demikian kerajaan melalui kementerian pertahanan Laut darat dan polis  mesti meyelaraskan satau arahan RED  yang mana tindakan boleh diambil serta merta bila mana pencerohonan berlaku setelah amaran dikeluarkan.
Sebagaimana kita ketahui pencerobohan ruang udara di johor acap kali berlaku, pencerobohan ini boleh menimbulkan pelbagai masalah dari surut pertahanan ketenteraan dimalaysia. Namun semua itu agak dipandang ringgan oleh ketua ketua panglima di kementerian pertahanan. Tiada satu pun garis panduan dikeluarkan untuk menangani isu pencerobohan ruang udara di johor. Tiada satu pun tentera udara memintas  pencerobohan tersebut.
Apakah isu kedaulatan negara terlalu diambil mudah disebabkan  prosedur tanbg tersalah. Kerajaan harus mengkaji satu kaedah atau mencontohi mana mana negara yang amat sensitif dalam isu pencerobohan keadaulatan negara mereka.
LUMUT 14 Julai – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.
Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap ‘penceroboh’ menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.
Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja.
“Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian. Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya ‘peraturan’ itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli.
SUMBER

1 comment:

  1. ini semua pemikiran dan arahan Najib yg lembik dan mahu liberalkan semua hal. lepas tu dia buat ckp soal kepimpinah lemah negara terancam.. so dia pemimpin yg lembik lemah dan retorik dgn 1Malaysia tp isi KOSONG, negara tk aman mana, penjenayah dan pencabul politik jalanan bermaharajalela..

    so.. nk pinned point isu ini pd siapa melainkan direct pd Najib Laki Rosmah.. di ketua negara dn PM.. itulah gaya dia memerintah negara dr ats sampai agensi2 bwah!

    Najib looser

    ReplyDelete