Wednesday, July 16, 2014

KALAU NAK MAMPOS...CUBAAH LAKSANAKAN..!!!!

Kalau tak mampu kawal kenaikan harga barang..janganlah pula menyusahkan rakyat..Cukup-cukuplah menyusahkan rakyat atau rakyat akan susahkan kerajaan dalam PRU14 nanti..!!!


JPJ Pun Nak Gulingkan Kerajaan?


Ini ke yang PEMANDU harami tu nak..! menimbulkan kemarahan rakyat keatas kerajaan Barisan Nasional..! Ada kita dengar sebelum ni mana mana pengusaha pusat latihan memandu yang balik kampung gulung tikar kerana muflis berniaga?

Ada kita dengar syarikat belajar memandu buang pekerja atau kereta kancil mereka ditarik?

Jadi apa sebabnya yang tetiba nak naik harga yang tinggi melangit?


Untuk apa? untuk meningkatkan lagi pemandu Malaysia tidak mempunyai lesen? Untuk menyemarakkan lagi minat warganegara untuk mendapatkan lesen 'terbang'?

Tidak ke ini bakal menambah isu yang melengkari rakyat..! pembangkang akan spin isu dan  akan dikatakan sebagai pra GST yang bakal membelit rakyat..!

Yang pasti…yang jelas…! ada orang yang bakal untung..! yang untung kapitalis..! yang untung minoriti..!

Yang rugi? rakyat..! yang rugi majoriti..! Akhirnya siapa yang bakal untung dan siapa pulak yang terus terusan rugi dalam politik? 

Lu Fikir La Sendiri!!!

SUMBER

No comments:

Post a Comment