Tuesday, July 1, 2014

SUDAH...!!!! HENTIKAN KEBINGUNGAN INI..!!!

Semua sudah terbalik...BN memerintah pada mata kasar sahaja sebaliknya PR yang menguasai pemerintahan dan segalanya di Malaysia..!!





Apa Sudah Jadi ni DS Najib :Bila Pendedahan Dilakukan terhadap MKPN: Bekas Peguam Negara Di Tawarkan Jawatan

Oleh rmf
Semakin panas, Apabila pendedahan dilakukan oleh Bekas ketua Hakim Negara (BUKAN PEGUAM NEGARA OKEY) mengenai isu MKPN yang didalangi seakan akan  digunakan oleh pembangkang didalam agenda mereka, Sekarang Bekas Ketua Hakim negara  tersebut telah ditawarkan jawatan pengerusi MKPN untuk menutup  pembongkaran agenda MKPN.
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.
“Saya takut kiranya saya akan menjadi ‘pengkhianat’ kepada bangsa Melayu dan agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.
“Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang ‘liberal’ itu.
“Ahli-Ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang dengan orang Melayu dan Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis,” katanya.
Abdul Hamid juga mendakwa kerajaan, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) secara sengaja atau tidak, telahpun menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf undang-undang iaitu ‘Racial and Religious Hate Crime Bill’, ‘National Harmony and Reconciliation Bill’ dan National Harmony and Reconciliation Commission Bill’ kepada pembangkang, yang dilihat sebagai ‘merampas’ MKPN.
Beliau berkata jika Majlis Peguam diberi peluang berbuat demikian, badan itu akan menggubal mengikut kehendak dan kesesuaian parti-parti yang disokongnya.
Abdul Hamid turut mempersoal mengapa pembangkang, khususnya Majlis Peguam, diminta, dibenar dan dibiar menetapkan dasar dan menggubalnya sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri.
Katanya, mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar.
“Selepas itu kementerian atau jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu).
“Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan, mengapa amalan itu tidak diikuti?” katanya.
Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau bukanlah menolak pembangkang dirunding mengenai rang undang-undang itu, namun janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka.
“Kerajaan Barisan Nasional, terutama sekali Umno dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.
“Pemimpin-Pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu,” katanya.
Bekas Ketua Hakim Negara itu turut memperjelas sebab beliau mengaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang dengan merujuk satu insiden pada majlis makan malam anjuran badan itu selepas pilihan raya umum ke-12 semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara.
“Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang,” katanya.

No comments:

Post a Comment