Tuesday, July 8, 2014

FELCRA PULAK BUAT HAL!!!

Selepas FELDA mengumumkan bonus dan duit raya..kini tiba giliran FELCRA pula berbuat demikian. Memanglah bonus dan duit raya tersebut tak akan membuatkan peneroka FELDA dan peserta FELCRA menjadi kayaraya tetapi mampu menambah kegembiraan menyambut aidilfitri. Tapi kalau nak jadi kaya raya..jadilah Melayu seperti Dyana Sofya...jual agama, bangsa dan negara dengan menjadi barua Cina DAP!!!

Felcra agih dividen RM135.6j

MOHD. Shafie Apdal (tengah) menyampaikan replika cek Dividen Interim Pertama 2014 kepada Ariffin Hussain (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Bung Moktar Radin (tiga dari kiri) dan Ramlee Abu Bakar (kiri) di Masjid Felcra Lakai, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid
JELEBU 7 Julai - Felcra Berhad (Felcra) hari ini mengagihkan hampir RM135.6 juta dividen interim pertama tahun ini kepada 77,510 orang peserta Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) di seluruh negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemberian dividen itu akan mula diagihkan esok secara berperingkat sebelum perayaan Aidilfitri ini.
"Dividen yang diberikan ini diharap dapat memberi manfaat kepada peserta dan disimpan untuk masa hadapan. Kita percaya ini membantu kehidupan masyarakat di luar bandar," katanya.
Mohd. Shafie ditemui pemberita selepas hadir pada majlis pengisytiharan dividen interim 1/2014 Felcra Berhad serta majlis berbuka puasa di pekarangan Masjid Felcra Lakai, Simpang Durian dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias; Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Ramlee Abu Bakar; Ahli Parlimen Jelebu, Zainudin Ismail dan Pengerusi Koperasi Peserta Felcra Malaysia Berhad, Ariffin Hussain.
Mohd. Shafie berkata, Felcra menggalas tanggungjawab serta amanah untuk meningkatkan taraf hidup golongan peserta melalui pelbagai Program Pembangunan Tanah bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan penduduk luar bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum.
"Sehingga Mei lalu, terdapat 1,460 buah Projek P&P yang terdiri daripada tanah kerajaan dan tanah milik peserta seluas 134,657 hektar yang telah mengeluarkan hasil.
"Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,460 buah projek berhasil seluas 127,175 hektar telah memperoleh keuntungan bersih berjumlah hampir RM193.7 juta," katanya.
Mohd. Shafie turut mengulas penghasilan kelapa sawit sehingga Mei tahun ini iaitu sebanyak 688,765 metrik tan (mt) berbanding 861,811 mt bagi tahun lalu iaitu penurunan sebanyak 173,046 mt atau 20.08 peratus.
"Pendapatan per hektar kelapa sawit bagi tahun ini adalah sebanyak RM3,073 berbanding tahun 2013 sebanyak RM2,515.66 iaitu peningkatan sebanyak RM557.34 atau 22.15 peratus.
"Manakala penghasilan getah sehingga Mei tahun ini juga adalah sebanyak 8,025,216 kilogram (kg) berbanding 14,560,131 kg bagi tahun lalu iaitu penurunan sebanyak 6,534,915 kg atau 44.88 peratus.
"Pendapatan per hektar getah bagi tahun ini sebanyak RM2,177 berbanding tahun lalu sebanyak RM3,368.69 iaitu penurunan sebanyak RM1,191.69 atau 35.38 peratus," katanya.
Mengulas mengenai harga komoditi bagi Projek P&P ini, Mohd. Shafie memberitahu, purata harga kelapa sawit sehingga Mei lalu adalah sebanyak RM516.98 per mt berbanding dengan tahun lalu sebanyak RM426.61 per mt iaitu peningkatan sebanyak RM90.37 atau 21.18 peratus.
"Purata harga getah sehingga Mei lalu adalah sebanyak RM5.10 per kg berbanding dengan tahun sebelumnya sebanyak RM7.19 per kg iaitu penurunan sebanyak RM2.09 atau 29.07 peratus," katanya.
Mengenai perbelanjaan Projek P&P pula, Mohd. Shafie berkata, purata kos pengeluaran per hektar kelapa sawit sehingga Mei tahun ini adalah sebanyak RM1,047 per hektar berbanding RM1,132.24 per hektar bagi tahun lalu, di mana penurunan sebanyak RM85.24 atau 7.53 peratus.
"Purata kos pengeluaran per hektar getah sehingga Mei tahun ini adalah sebanyak RM1,735 per hektar berbanding tahun lalu, RM1,823.05 per hektar iaitu penurunan sebanyak RM88.05 atau 4.83 peratus," jelasnya.
Beliau turut memberitahu, keuntungan purata bagi kelapa sawit sehingga Mei lalu adalah sebanyak RM2,027 per hektar berbanding RM1,383.41 bagi tahun sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak RM643.59 atau 46.52 peratus.
Manakala keuntungan purata bagi getah sehingga Mei lalu adalah sebanyak RM442 per hektar berbanding RM1,545.64 bagi tahun sebelumnya, iaitu penurunan sebanyak RM1,103.64 atau 71.40 peratus.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140708/dn_05/Felcra-agih-dividen-RM1356j#ixzz36pdc5d2d
© Utusan Melayu (M) Bhd 



2 comments: