Thursday, March 17, 2011

KEAJAIBAN TUN MAHATHIR.....

Kehebatan 'membelasah' pertanyaan wartawan secara bersahaja jarang kedapatan pada mana-mana pemimpin di dunia ini!!!Sesetengah pemimpin perlu menepuk meja bagi menempelak lawan termasuk ada yang memarahi wartawan yang sering muncul dengan soalan perangkap mereka! TUN MAHATHIR pula dapat melakukannya sambil tersenyum!!!..dan keajaiban inilah yang sering dinanti-nantikan oleh para wartawan termasuklah dari media asing!!!



Mahathir memulangkan paku buah keras kepada wartawan dari The Straits Times, Singapura


Ketika diminta menyatakan tarikh sebenar beliau bertemu Sheares, beliau berkata : “Saya tak dapat ingat secara khusus perkara sekecil seperti itu.
“Manusia kadangkalanya terlupa. Saya tak dapat ingat apa yang yang saya lakukan pada 21 Mei 1931. Anda bolehkah?"
Wartawan itu menjawab : “Saya belumpun dilahirkan.”
“Anda belum dilahirkan? Sekurang-kurangnya anda boleh ingat yang anda belum dilahirkan,” kata Dr Mahathir

Sheares guru saya, tidak mungkin saya lupa – Dr Mahathir

17/03/2011 12:25pm

PUTRAJAYA 17 Mac – Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu merupakan gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.
"Saya berjumpa dengan Encik Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia adalah satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya semasa saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya,” katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.
Wartawan dari The Straits Times, Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan bahawa pada masa itu, Sheares telahpun meninggal dunia, dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan Presiden lain iaitu Devan Nair dalam satu majlis makan tengah hari.
Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul ”A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” yang dilancarkan minggu lepas dan mendapatkan sambutan hangat.
"Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew, dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.
"Yang pasti, saya bertemu Encik Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak,” kata Dr Mahathir.
Ketika diminta menyatakan tarikh sebenar beliau bertemu Sheares, beliau berkata : “Saya tak dapat ingat secara khusus perkara sekecil seperti itu.
“Manusia kadangkalanya terlupa. Saya tak dapat ingat apa yang yang saya lakukan pada 21 Mei 1931. Anda bolehkah?"
Wartawan itu menjawab : “Saya belumpun dilahirkan.”
“Anda belum dilahirkan? Sekurang-kurangnya anda boleh ingat yang anda belum dilahirkan,” kata Dr Mahathir. – Bernama

4 comments:

  1. dzimba...mesti balik letak jawatan wartawan tu...hu3

    ReplyDelete
  2. wartawan tuh tak mengaji bab Tun M; seorg Perdana Menteri yg berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya selama 22 tahun. turun dr pemerintahan tanpa dihalau atau dipaksa berhenti. Tun M pastinya sudah memikirkan setiap aspek buku yg ditulisnya sebelum dicetak utk pasaran umum! Pastinya Tun M dibantu oleh org2 yg Hebat utk mhasilkan karya yg sebegini Hebat hasil penulisan Tokoh terhebat seorg Pemimpin Negara kecil tetapi dipandang di negara besar

    ReplyDelete
  3. Zuraini Kamal...wartawan tu agen singapor...dia ingat Singapork segalanya hebat!!!kan dah malu...

    ReplyDelete