Friday, March 18, 2011

ALHAMDULILLAH...INILAH BARU KERAJAAN BERKEBAJIKAN....

Bolehlah rakyat Kelantan beli loteri kebajikan selepas ini. Walaupun orang Islam diharamkan membelinya tetapi takkanlah NIK Aziz nak tunggu depan setiap agen BIG SWEEP untuk pastikan hanya bukan Islam yang beli!!!!  

DAP BOLEH...PAS PUN BOLEH!!!

 

Pengharaman big sweep dikaji semula

KOTA BHARU 17 Mac - Kerajaan Pas Kelantan dilihat mula berlembut dalam isu judi 'big sweep' apabila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman tersebut.
Arahan tersebut dikeluarkan dalam kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari selepas Mursyidul Am Pas itu mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pejabatnya hari ini.
Pemimpin pembangkang yang terlibat dalam pertemuan bagi membincangkan isu judi tersebut terdiri daripada Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook; Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Liew Chin Tong dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd Nor Manuty.
Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Bagaimanapun Nik Abdul Aziz tidak menyertai sidang akhbar selepas pertemuan itu yang dihadiri keempat-empat pemimpin pembangkang itu.
Dalam kenyataan tersebut, Nik Abdul Aziz berkata, biarpun begitu, pendirian kerajaan Pas Kelantan ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri 'big sweep' yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan.
"Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan memberi penjelasan," katanya.
Sebelum ini Utusan Malaysia mendedahkan mengenai penjualan loteri 'big sweep' secara berleluasa di bandar Kota Bharu.
Ekoran daripada itu, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut.
Bagaimanapun DAP dan MCA membantah tindakan berkenaan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan yang membenarkan loteri kebajikan untuk bukan Islam.
Sementara itu, Siew Fook berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan Pas Kelantan yang meminta Penasihat Undang-Undang Negeri supaya melihat perkara tersebut dari aspek perundangan.
"DAP menerima pendirian kerajaan Pas Kelantan yang mengharamkan judi dan tidak perlu dipertikaikan lagi tetapi kami mahu tahu sama ada pengharaman penjualan loteri ini selari dengan peruntukan undang-undang atau tidak," katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah tindakan tersebut dibuat disebabkan pihak pembangkang takut kehilangan undi masyarakat Cina, beliau berkata:
"Kita hanya mahukan penjelasan daripada kerajaan Pas Kelantan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

2 comments: