Tuesday, March 29, 2011

ANWAR IBRAHIM BELA ONTA....???!!!!!

Tak tahu apalah yang hendak dikatakan kat mamat sekor ni....memang patut dijatuhkan serta-merta sebab terlalu bodoh!!!!







http://peraktoday.com/wp/?p=15986
Oleh: Laksamana Tun Tuah
Khabar dari Pulai menunjukkan ramai yang sudah menyampah dan meluat pada Datuk Nur Jazlan Mohamed. Ketua UMNO Bahagian Pulai ini menjengkelkan ramai pihak di sana apabila bertindak menyebarkan cerita kononnya Anwar Ibrahim dianiaya oleh penyokong-penyokong Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri.
Entah mengapa Jazlan berfahaman begitu, sedangkan bukan saja Jazlan, malah seluruh keluarganya kuta termakan budi negarawan ulung tersebut. Siapa tidak tahu keakraban Tun Dr. Mahathir dengan Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat, Menteri “RTM” dahulu. Mereka ‘seiring sejalan’ bersama-sama berjuang di dalam UMNO suatu ketika dahulu.
Namun, mengapa Jazlan begitu kurang ajar terhadap individu yang banyak berjasa kepada keluarganya itu? Menurut khabar dari sana, Jazlan sering meminta-minta projek di sana sini. Di atas tiket UDA yang berada di dalam genggamannya, maka ‘kenyang’lah mereka-mereka yang menjadi kroni anak Allahyarham Tok Mat ini.
Seorang orang kuat UMNO Pulai yang dihubungi memberitahu penulis bahawa Jazlan sebok menjaja cerita kononnya Anwar dianiaya, terutamanya tentang video seks yang melibatkan Anwar. Menurut Jazlan, video seks itupun dia kaitkan dengan penyokong Tun Dr. Mahathir. Apa kena Tun Dr. Mahathir dengan video tersebut?
Mujurlah tidak ada seorang pun dari kalangan Datuk T itu datang dari UMNO Pulai. Penulis ingin bertanya, apakah yang akan dikatakan oleh Jazlan jika salah seorang dari Datuk T itu adalah dari UMNO Pulai dan dikaitkan sebagai “penyokong Jazlan”. Bolehkah Jazlan turut dipersalahkan?
Maknanya Jazlan sengaja mengaitkan nama Tun Dr. Mahathir di dalam kes ini dan memburuk-burukkan negarawan ulung tersebut. Jika betullah niat Jazlan, maka sesungguhnya dia bukanlah jenis orang yang ‘mengenang budi dan jasa’.
Mengapa Jazlan membela Anwar? Ada ‘apa-apa’kah dengan peliwat tegar itu? Berapa juta RM yang dibayar Anwar untuk membelanya? Apa kepentingan Jazlan dengan cerita yang dijaja merata-rata?
Isu politik yang terbaru kedengaran di Johor ialah berkenaan Jazlan yang begitu cuba ‘membodek’ DYMM Sultan Johor, kerana dia merebut kerusi Menteri Besar Johor, Ghani Othman. Dia telah menjemput DYMM Sultan Johor untuk menghadiri majlis korban yang dianjurkannya, namun Baginda Sultan dikatakan enggan hadir.
Pada penulis, Jazlan perlu mencermin diri sebelum bertindak lebih bodoh. Siapa Jazlan? Apa jasanya berbanding Tun Dr. Mahathir? Apakah kekuatan Jazlan jika dibandingkan dengan Ghani Othman yang sememangnya disenangi oleh rakyat dan Institusi DiRaja Johor?
Dan soalan yang peling perlu dijawab Jazlan, apakah hubungannya dengan Anwar sehingga membela nasib peliwat itu sehingga sanggup berkurang ajar dengan Tun Dr. Mahathir?
Semua ini perlu dijawab oleh Jazlan segera dan sekiranya jawapannya tidak memuaskan, maka seeloknya dia meletak jawatan dan keluar dari dunia politik. Pada penulis, UMNO tidak memerlukan pemimpin yang sebegini rupa perangainya. Buruk sungguh dan sangat memalukan!
Justeru itu, penulis menggesa agar Jawatankuasa Tindakan Tatatertib dan Disiplin UMNO yang sudah sekian lama lena, kembali tampil untuk mengadakan “domestic inquiries” terhadap Nur Jazlan Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Pulai yang ‘mencurigakan’!

No comments:

Post a Comment