Di harap Proton terus bijak membuat keputusan demi meningkatkan imej dan kredibilitinya. Jangan sampai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor nampak kelemahan PROTON dan menawarkan diri pula untuk memulihkan prestasi PROTON!!!!Masalah tu......!!!!!
Saham Proton naik 0.56% kerana kerjasama dengan Nissan
02/03/2011 11:47am
KUALA LUMPUR 2 Mac — Saham Proton Holdings Bhd meningkat, selepas turun 12.5 peratus selama dua hari, selepas syarikat itu menandatangani memorandum persefahaman dengan Nissan Motor Co. Ltd. bagi mengkaji potensi bidang kerjasama.
Sehingga jam 10.14 pagi, saham Proton meningkat 0.56 peratus atau 2.0 sen kepada RM3.60.
Kerjasama itu termasuk potensi penggunaan platform dan barisan pemasangan Nissan.
HwangDBS Vickers Research Sdn. Bhd. berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif Proton mengembangkan segmen pasaran semasanya, dengan menyasarkan kebanyakannya segmen B dan C, yang merupakan kereta Proton Savvy 1.2 liter hingga Proton Perdana dan Proton Inspira 2.0 liter.
"Kami percaya kerjasama dengan Nissan boleh membawa maksud satu lagi “Inspira” seperti model yang ditukar nama bagi diperkenalkan di dalam tempoh jangka sederhana,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.— Bernama
No comments:
Post a Comment