Friday, March 25, 2011

ANWAR IBRAHIM BANTU PDRM JAUHI REMAJA DARI JENAYAH


Memandangkan jenayah dalam kalangan remaja semakin meningkat, PDRM telah menemui formula terbaru bagi menakutkan dan seterusnya menyedarkan remaja agar menjauhi jenayah. Dalam siri ceramah Pencegahan Jenayah di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi terbaru PDRM telah memasukkan 1 gambar yang mampu untuk mencegah remaja dari melakukan jenayah. Ternyata pendekatan terbaru tersebut menyebabkan ketakutan yang amat sangat dalam kalangan remaja malah di sebuah sekolah seorang remaja lelaki telah histeria dan pengsan sebaik sahaja melihat gambar terbaru PDRM tersebut!!!!Beberapa waris mempersoalkan tindakan pihak polis tersebut walaupun ianya bertujuan mendidik para remaja. Bagaimanapun pihak polis akan terus menggunakan pendekatan terbaru tersebut kerana kajian menunjukkan majoriti remaja takut untuk melakukan jenayah kerana bimbang dipenjarakan selepas menonton gambar berikut...

No comments:

Post a Comment