Thursday, September 25, 2014

TUN M SERANG AMERIKA SYARIKAT!!!!

Ini yang buat Amerika Syarikat tidak senang duduk...
Apa yang dikatakan oleh Tun M benar tapi pedih bagi AS dan penyokongnya di Malaysia

Serangan drone AS seperti hukuman mati, lebih teruk daripada ISA, kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rekodnya menahan pesalah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak seburuk mereka yang menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah yang tidak berada di depan mata.
Bekas perdana menteri yang berkhidmat paling lama itu berkata demikian ketika mengkritik serangan mati menggunakan 'drone' yang diiktiraf kerajaan Amerika Syarikat (AS).
"Kita cuma tahan orang mengikut ISA, mereka masih hidup," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Forum CEO 2014 di Kuala Lumpur petang ini.
Forum bertajuk: 'Malaysia: Surviving The Next Global Financial Crisis' (Malaysia: Menempuh Krisis Kewangan Dunia Akan Datang) dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana di Berjaya Time Square Convention Centre.
"Tetapi ada orang menghukum penjenayah yang tidak hadir dan memutuskan mereka perlu dibunuh menggunakan drone.
"Lebih baik tahan (di penjara) daripada kena bunuh dengan drone. Mereka jatuhkan hukuman bunuh tanpa langsung ada perbicaraan," katanya.
Menurut laporan media antarabangsa CNN, pentadbiran Presiden Barack Obama melancarkan sekurang-kurangnya 99 serangan drone dan 15 serangan udara.
CNN juga melaporkan Obama juga memberi laluan kepada perang di 7 negara Islam iaitu Afghanistan, Iraq, Libya, Pakistan, Somalia, Yaman dan Syria.
"Masa sudah berubah, kini semua memandang Malaysia. Ada ketika bila kerajaan menahan suspek mengikut ISA, kita dilihat sebagai jahat.
"Sekurang-kurangnya, di bawah ISA, semua tahanan masih hidup. Kalau saya ini diktator, saya sudah selesaikan krisis ini. Saya boleh minta semua orang beratur di dinding dan tembak mereka. Tapi, saya tidak (lakukan demikian)," katanya.
Dr Mahathir berkata, seorang pemimpin tidak semestinya akan selalu membuat keputusan yang tepat, kerana kadang-kadang terdapat juga keputusan yang silap.
"Yang penting, belajar daripada kesilapan kita, dan kesilapan orang lain,” katanya.
Mengambil Jepun sebagai contoh, katanya beliau ditanya sama ada Malaysia masih mengamalkan dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkannya pada 1982.
"Saya beritahu mereka, kita masih lagi melaksanakannya kerana kita mahu belajar daripada kesilapan mereka," katanya.
Beliau juga turut memuji kerajaan China kerana dapat menjadi sebuah negara yang sangat kaya dan terkenal mengeluarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat, bukan produk yang boleh membunuh.
Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak ada kuasa mengawal apa yang terjadi di luar negara tetapi sedikit kawalan harus dilakukan di dalam negara.
"Ada setengah orang buat keputusan mahu ke Timur Tengah dan menyertai tentera Islamic State. (Tetapi sebenarnya) Keamanan lebih memberi pulangan daripada peperangan," katanya. – 24 September, 2014.




2 comments:

  1. TABIK LAH TUN M.
    Usia emas macam ni akal masih tajam dan bernas menghentam tajam serampag dua mata pd keganasan Amerika dan sekutunya.

    Semoga Tuna terus diberikan kesihatan dan akal yang tajam wadah untuk umat. Ameen

    ReplyDelete