GAMBAR NIK AZIZ MENANGIS TAKTIK YANG TIDAK LAGI MENDATANGKAN KESAN KEPADA PENGUNDI
Gambar Nik Aziz Menangis sambil berdoa adalah taktik yang digunakan oleh Pas sejak turun temurun kini sudah tidak mendatangkan kesan kepada pengundi di Pengkalan Kubor.
Kemenangan BN di Pengkalan Kubor dengan peningkatan majoriti menyaksikan pengundi tidak lagi 'termakan' dengan gambar yang sering menjadi sumber kemenangan kepada Pas di seluruh Malaysia.
Sejak Nik Aziz mula mendoakan agar DS Najib pecah perut dalam PRK Pengkalan Kubor pula Nik Aziz mendoakan dikerat lidah dan butakan mata mereka yang tak sokong Pas, pengundi yang juga dikalangan ahli Pas sendiri sudah 'meluat' dengan gelagat Nik Aziz.
Dengan kelebihan atas nama gelaran ' Tok Guru' yang diberikan oleh ahli Pas Nik Aziz telah menyalahgunakan kelebihan yang dia miliki dengan mendoakan kemusnahan sesama Islam sedangkan kaum kafir yang mengutuknya tidak dihiraukan.
Dengan kemenangan PRK Pengkalan Kubor ini dengan majoriti 2646, BN mampu menawan semuala negeri Kelantan pada PRU14.
BN : 9,951 undi
Pas : 7,305 undi
Bebas : 191 undi
No comments:
Post a Comment