Wednesday, September 24, 2014

MULA TUNJUK BELANG

Tak beberapa minit lepas angkat sumpah sebagai MB, Azmin dah mula tunjuk belang dia...
Kata nak teruskan tradisi pentadbiran Khalid Ibrahim tapi macam-macam keputusan Khalid Ibrahim akan dinilai semula
Hari kedua sebagai MB macam mana nanti...



AZMIN ALI MULA BALAS DENDAM TERHADAP KHALID IBRAHIM DAN FAEKAH HUSSIN!!!

Tuesday, September 23, 2014
Punca penyingkiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam akan disiasat, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar baharu yang mengangkat sumpah lantikan pagi tadi berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Khalid sebelum bertindak mengembalikan semula jawatan asal dalam negeri itu kepada Anwar.

"Saya baru dimaklumkan semalam ada keputusan yang dibuat, jadi saya lihat dulu apakah keputusan itu," katanya kepada pemberita di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Khalid pada detik akhir pentadbirannya memutuskan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuat kuasa serta merta semalam bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat terakhir Khalid bersama empat exco PAS semalam.

"Kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Selangor," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin dalam satu kenyataan.

Mengulas isu air, Azmin berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti perjanjian penstrukturan industri air yang dimuktamadkan 11 September lalu memandangkan Khalid sebelum ini tidak pernah berbincang mengenainya dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan dan ketua jabatan untuk meneliti semula perjanjian air. Beri saya masa," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu turut menepis dakwaan dirinya disamakan seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan dikawal oleh parti politik seperti boneka jika menjadi menteri besar.

Azmin berkata, beliau tidak akan menurut arahan mana-mana pihak, sebaliknya hanya akan menjalankan tugas berpandukan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Selangor.

"Saya akan menuruti Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga polisi yang sudah diluluskan PR untuk diguna pakai," katanya.

Ditanya mengenai suara tidak puas hati sesetengah ahli parti yang mahu melihat Dr Wan Azizah menjadi menteri besar, Azmin berkata semua pihak perlu terus maju ke depan dan terima keputusan Sultan.

"Lebih baik kita 'move on' dan berpegang kepada keputusan yang diambil," katanya. – 23 September, 2014.

SUMBER


2 comments: