Sunday, September 14, 2014

NAH AMBIK..TOKEY BAWA DULU..!!!

Cantik..menarik...yang lebih menarik..pencetus idea sendiri yang memandunya sebagai promosi..
Yang selalu sakit hati dengan Tun M pula akan terus sakit hati....



Proton PCC/Iriz mempersonakan






Pagi ini Pengerusi Proton Yang Berbahgia Tun Dr Mahathir Mohamad telah memandu uji sendiri sebuah kereta keluaran terbaru Proton yang akan dilancarkan kira-kira 10 hari dari sekarang.

Model yang dikenali sebagai Iriz merupakan kereta kompak yang menyerupai Perodua Myvi dan Honda Brio namun Iriz lebih besar dan lebih luas berbanding model dalam segmennya.

Iriz didatangkan dengan dua versi engine 1300 cc dan 1600cc. Harga bermula dengan dibawah RM 43 ribu dan ke varian termahal di bawah RM 63 ribu dan menjadi persaing hebat bukan saja Honda Jazz, Hyundai i10 dan model lain.

Mempunyai sistem penghidup tekan butang, sensor hujan dan sensor gelap membolehkan lampu menyala dan tutup dengan sendiri, model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, lampu LED dan pelbagai alatan atau aksesori yang memikat hati peminat kereta.

Tunggu kemunculannya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment