Monday, September 1, 2014

PELIK TAPI BENAR

Pelik tapi benar....Komunis Hitam


Sep

Rsn Rayer ditahan polis.

imageAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan polis kira-kira pukul 6 petang ini bagi membantu siasatan berhubung kes penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sementara itu sebanyak 11 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) daripada 156 yang ditahan polis semalam didapati mempunyai rekod jenayah lampau.
Rekod itu termasuk kesalahan cubaan membunuh, ahli kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, kesalahan di bawah akta kastam dan beberapa kesalahan lain.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pemeriksaan pihaknya juga mendapati empat anggota PPS yang ditahan itu positif dadah.
Menurutnya, kesemua yang ditahan akan direman selama sehari dan akan dibebaskan dengan jaminan polis esok.
Polis juga memburu saki-baki anggota Pertubuhan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan negeri yang ketika ini dianggarkan berjumlah kira-kira 9,000 orang.
Sehubungan itu, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi meminta anggota berkenaan yang masih bebas menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
“Kita akan mengambil tindakan selanjutnya ke atas semua anggota PPS yang lain, jika mereka hendak serah diri kita akan siasat.
“Setakat ini, kita mempunyai lebih 30 peratus daripada hampir 10,000 data anggota pasukan berkenaan dan akan mengesan mereka mengikut peringkat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber utusan.

SUMBER





No comments:

Post a Comment