Siakap senohong,
Gelama, ikan duri,
terlalu banyak berbohong,
lama-lama jadi menteri!!!
Guru kahwin boleh pindah ikut suami
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan bersedia mengkaji semula
pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, memberitahu Dewan Rakyat semalam, adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.
Beri sokongan
“Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang sudah berkahwin.
“Ini atas dasar kemanusiaan... tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan,” katanya.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Pegawai-pegawai Besar yang duduk di Kementerian dan Jabatan dah jadi macam orang yang tak pernah kerja cikgu... Nk bagi istilah apa tak tau... Lu pikir la sendiri
ReplyDeleteHampa kalau tak tau hujung pangkal pasal pertukaran guru antara negeri dan dalam negeri. jangan dok tunjuk pandai. Hampir semua PGB akan sokong siapa saja guru yang mohon sebab mereka tak perlu fikir mana sekolah kosong, mana sekolah tak cukup opsyen, nak letak tang mana, ada negeri lebih guru, ada negeri kurang guru dan macam-macam kerenah lagi. Sebelum hampa tuduh KPM dan JPN, hampa tanya dulu apa perjanjian guru-guru ini masa minta kerja dulu. Jangan pakai serkap jarang saja. Hampa ingat mudah nak catur puluhan ribu permohonan setiap tahun dengan pertimbangan pelbagai faktor. Hampa pi kaji juga pelbagai perangai buruk guru-guru yang mohon pertukaran ini. Hampa tak buat kerja tu, apa hampa tau. Masa nak minta kerja bukan main lagi. Dah diberi kerja, kena langkawi pun bising. Depa tak pikir kawan-kawan yang kena naik bot di Sarawak sana. Pulunlah cari JKKKP macam hampa minta sokongan. Sokonglah puak-puak ni tanpa tahu apa pun kerumitan dan implikasi dalam proses menukarkan seseorang guru. kalau tengok cara sahabat aku kerja, manusia yang hanya pandai bercakap macam hampa ni rasanya kalau letak di kerusi tu pagi, petang dah lari tak cukup tanah. Faktor Kemanusiaan dalam proses pertukaran guru sudah cukup tinggi. Mana mungkin memuaskan hati semua manusia. Yang dok hantam tu pun rasanya lagi terok kalau diberikan kerja tu. Elok saja pergerakan guru-guru ni ikut saja kaedah PTD. Senang cerita. Dapat arahan tukar, jangan tanya. Baru tau. Jangan dok cakap pasal beban tugas la. Beban la bagi guru-guru yang masih nak berniaga kain dan tupperware di sekolah. Bagi guru yang betul-betul guru, tak ada isu pun sebab mereka tahu keberkatan kerja itu akan terbalas nanti. Cuti pun panjang jugak. Cuba hampa banding dengan golonan pekerja bank dan kilang atau sektor swasta. Sebab apa ramai depa ni minta KPLI kalau dah tahu kerja guru ni beban. Saya rasa, eloklah kaji dulu sebelum nak tuduh atau mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab seperti di atas. Kalau hampa nak tau, ramai pegawai-pegawai di KPM dan JPN tu masa jadi cikgu naik bot kecik 4-5 jam nak pi sekolah di Sarawak atau Sabah sana. Depa lebih tahu dan faham dari hampa.
ReplyDelete