nilai mati mereka adalah sekurang-kurangnya RM851,700.. atau mungkin dapat lebih lagi bergantung kepada peguam dan hakim yang mengendalikan kes tersebut. Jadi mulai hari ini jangan di maki anak anda yang nakal itu, sebaliknya berilah lebih perhatian kepada anak-anak anda yang nakal itu..pastikan mereka semakin dewasa, mereka menjadi semakin nakal..lagi nakal..lagi tinggilah nilai harga mati dalam tahanan polis..dan andalah ibu bapa yang bijak..lebih bijak dari hakim yang bodoh!!
LEPAS HADIAHKAN RM800,000 KEPADA KELUARGA PENJENAYAH, HAKIM LETAK JAWATAN!!!
Friday, June 28, 2013Hakim Mahkamah Tinggi yang menghadiahkan RM801,700 dan gantirugi teladan RM50,000 kepada keluarga penjenayah yang mati dalam lokap tahanan polis, A.Kugan, selain mempertanggungjawabkan kematian penjenayah tersebut kepada Ketua Polis Negara, hari ini telah menghantar surat perletakan jawatan.
V.T. Singham, yang masih belum berkahwin, merupakan hakim Mahkamah Tinggi paling kanan. Kononnya, perletakan jawatannya itu tidak ada kena-mengena dengan kes yang memberikan penegasan baru dan konsep baru perundangan di Malaysia, PENJENAYAH DIBELA, POLIS DICERCA. Sebaliknya, menurut maklumat, dia mahu 'berehat'.
Untuk menambahkan sedap lagi ceritanya, hakim berkenaan dikatakan telah diserang oleh PERKASA terutama yang membabitkan orientasi seksualnya, selain kecenderungan politik selain beberapa keputusan penghakimannya yang kelihatan sangat 'aneh'. Singham dituduh pro-Pakatan dan keputusannya seringkali berpihak kepada Anwar Ibrahim dalam kes-kes saman ke atas Utusan Malaysia.
Pada 21 Januari, Singham membuat keputusan, Utusan Malaysia telah menfitnah Anwar Ibrahim dalam dua artikel membabitkan temuramah Anwar Ibrahim dengan BBC dalam hal undang-undang homoseksual.
Cukup menarik perkembangan terkini.
V.T. Singham turut mendapat sokongan besar daripada Bendahari MIC, Jaspal Singh yang menggesa kerajaan agar menolak permohonan perletakan jawatannya. Menurut Jaspal Singh, negara memerlukan seorang hakim seperti V.T. Singham yang 'berprinsip'. Malah kematian A.Kugan perlu dibela dan mereka yang membunuhnya, perlu dihadapkan ke mahkamah serta dikenakan hukuman. (RUJUK SINI)
Nampaknya ada pula puak dari dalam Barisan Nasional sendiri yang cuba bermain api dan mencari fasal. Barangkali Jaspal Singh hanya melihat sokongan masyarakat India yang telah lari daripada MIC dan tidak mungkin akan kembali lagi, ekoran kewujudan barisan kepimpinan MIC yang terlalu lemah serta tidak berdaya maju, akan berpusu-pusu sekiranya kes A.Kugan dibela dengan sebaik-baiknya menerusi penganiayaan terhadapan pihak polis.
Sudah sampai masanya untuk suatu badan atau entiti diwujudkan bagi membela nasib anggota-anggota polis yang dianiayai oleh penjenayah untuk mendapatkan gantirugi dan gantirugi teladan daripada keluarga si penjenayah memandangkan sekarang ini yang bebas berbuat begitu hanyalah ahli keluarga penjenayah terhadap polis. Sudah sampai masanya juga, ahli-ahli keluarga anggota polis yang dianiayai oleh penjenayah menerima pembelaan sewajarnya!
Masalahnya, siapa dari kalangan pemimpin masyarakat yang sanggup berbuat demikian?
harapkan kepada P.T.D gred M52 dalam jabatan polis sendiri uruskan.
ReplyDelete