ooo di malaysia, style dia macam tu...
Hina Agong di Facebook: SEMUT buat laporan polis
BUKIT MERTAJAM 22 Julai - Sebuah pertubuhan sukarelawan, Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT) hari ini membuat laporan polis mendesak siasatan dijalankan terhadap laman Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Laporan itu dibuat oleh ketuanya, Huan Cheng Guan di Balai Polis Perai di sini pukul 11 pagi ini.
Menurut Cheng Guan, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap laman Facebook yang berunsur penghinaan dan hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
"Artikel dalam Facebook itu mengandungi penghinaan kerana perkataan yang ditulis tidak seharusnya dipaparkan," katanya selepas membuat laporan polis.
Cheng Guan berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar menyiasat laman Facebook tersebut dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment