Monday, July 22, 2013

PERLUKAH KITA TUNGGU LEBIH RAMAI ANAK CIKGU MATI KERENTUNGAN DI DALAM KERETA...???

Nama pun cuai..tapi cepat saja tindakan nak diambil..dahlah kehilangan anak..nak didenda dan dipenjarakan pula..mana ada ibu yg sanggup bunuh anak sendiri..kalau nk ambik tindakan..ambik tindakan trhadap pengetua yg suka buat mesyuarat tu..
yang terang terang menghina islam di fb n blog lambat pula tindakannya..
Tan Sri Muhyiddin Yasin..memang guru ini cuai..guru ini cuai terhadap tanggungjawab menjaga keselamatan anaknya sendiri..cuai kerana lebih memikirkan beban tugas guru yang semakin bertambah..SAPS yang sistemnya tersekat-sekat..baru selesai memasukkan markah SAPS..PBS pula perlu dimasukkan evidennya..sistem PBS juga tersangkut-sangkut..tunggu depan komputer...tiba-tiba sistem tergendala..kena masukkan semula...pihak pentadbiran menggesa guru kerana pihak kementerian 'kacau" sebab guru-guru masih belum selesaikan kemasukan eviden PBS..

guru besar dan pengetua pula gila meting..meting..meting kerana kejayaan memerlukan perancangan dan perancangan itu adalah meting..tanpa perancangan, sekolah menghampiri kegagalan..lebih banyak meting..lebih dekat dengan kejayaan...

di fikiran guru..PBS..SAPS..meting..nota..exam..modul..ulangkaji..kem kecemerlangan..tuisyen..kelas peningkatan akademik...guru letih mental dan fizikal..guru keliru..apalah punya ibu, guru ini..anak orang disusukan..anak sendiri kepanasan..mati rentung di dalam kereta..

Tan Sri...perlukah kita menunggu lebih ramai lagi anak-anak guru yang meninggal kerentungan di dalam kereta..!!!!!

Polis ambil keterangan ibu bapa kanak-kanak mati dalam kereta


KUALA LUMPUR 20 Julai - Polis akan mengambil keterangan daripada ibu bapa kanak-kanak perempuan yang mati akibat kelemasan setelah ditinggalkan tanpa sengaja di dalam kereta di Subang Jaya pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata rekod bertulis belum diambil kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan trauma ekoran kejadian itu.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan, katanya kepada Bernama.
Seksyen ini memperuntuk hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian itu, Nawal Iris Samsudin, 3, ditinggalkan selama lebih lima jam di dalam kereta ibunya di bawah panas terik di tempat letak kereta sebuah sekolah menengah di USJ4.
Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang menunjukkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat heat stroke. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130720/je_07/Polis-ambil-keterangan-ibu-bapa-kanak-kanak-mati-dalam-kereta#ixzz2ZhPlyyKW
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment