Tuesday, July 23, 2013

RUPANYA SUSAH JADI MELAYU DI NEGARA MELAYU..!!!!

Tindakan yang lembab pihak berkuasa memaksa Melayu bertindak sendiri mengajar cina yang kurang ajar. ...

 

4 PEMUDA MELAYU YANG 'CULIK' SI PENGHINA AGAMA ISLAM BAKAL BERHADAPAN DENGAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI!!!

Tuesday, July 23, 2013

Kes terpantas dihadapkan ke mahkamah kerana mencuit seorang Chinabeng, pasti akan diingati oleh orang Islam dan Melayu di Malaysia sampai bila-bila.

Cukup pantas tindakan yang diambil dan cukup pantas juga pendakwaan dibuat. Keempat-empat lelaki Melayu tersebut didakwa menculik Ng Mun Tatt untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3000!!

Jumlah yang secara logiknya tidak dilihat sebagai wang tebusan sebaliknya sebagai ganti rugi suatu kerosakan...

Inilah kekuatan putar belit dan spinning cerita.

Nak panjang-panjang pun tak boleh sebab kes ini sedang dibicarakan. Memandangkan pemilik blog dan penulis artikel ini seorang Melayu-Islam, melanggar undang-undang akan mengakibatkan hukuman yang berat.

Kecualilah kalau penulis dan pemilik blog ini seorang chinabeng seperti Ng Mun Tatt. Tukar cerita sedikit, yang teraniaya pulak bakal dihukum dengan hukuman mati.

Jadi, kita amatilah kes ini dengan sebaik-baiknya!!!

_________________________________________________________________________________

SHAH ALAM 22 Julai - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik penganggur, Ng Mun Tatt bagi mendapatkan wang tebusan RM3,000 di sebuah restoran di Taman Sri Muda di sini minggu lalu.

Mohamad Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd. Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Syahida Zainal.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.

Mereka bakal menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan setelah didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat lelaki itu didakwa bersama dua lagi yang masih bebas dengan niat bersama telah menahan Mun Tatt, 21, dengan maksud untuk mendapatkan wang tebusan RM3,000.

Mohamad Asri yang bekerja sebagai juruteknik; Mohd. Mazli, jurulatih tomoi; Zulkarnain, penyelenggara bangunan, dan Agus Hariyanto yang berniaga didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Muneer, No. 1 Jalan Merdu 25/119 Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini kira-kira pukul 4.30 pagi, 15 Julai lalu.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rohaida Che Hamid manakala kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam Ridha Abdah Subri dan Shaharudin Ali.

Pada prosiding hari ini, Siti Rohaida memohon tempoh sebulan untuk tarikh sebutan bagi mendapatkan arahan lanjut Jabatan Peguam Negara.

Namun Ridha Abdah membantah dan memohon tarikh itu dipercepatkan dengan alasan kes berkenaan melibatkan kepentingan awam dan siasatan telah selesai seterusnya membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Nurul Syahida menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum itu, Shaharudin memohon mahkamah membenarkan seorang pegawai perubatan kerajaan melakukan pemeriksaan perubatan terhadap kesemua tertuduh.

Katanya, beliau telah mendapat arahan itu daripada keluarga para tertuduh berkenaan namun Nurul Syahida hanya membenarkan tertuduh kedua dan keempat menerima rawatan itu setelah mereka berdua mengaku mengalami kecederaan.

Sementara itu, keempat-empat tertuduh sempat melaungkan takbir sebelum dibawa keluar anggota polis dari mahkamah tersebut.

Mereka ditahan pada 16 Julai lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ampang dan Kampung Medan, Petaling Jaya, sehari selepas kejadian tersebut.

Menurut laporan akhbar, kejadian culik itu dikaitkan dengan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa memuat naik gambar dengan komen Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dalam laman Facebook mereka iaitu "Alvin and Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers.

Ketika kejadian Mun Tatt sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda sebelum diculik sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta Toyota Alphard.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130723/ma_03/4-lelaki-didakwa-culik-Mun-Tatt#ixzz2ZoT2KDX3
© Utusan Melayu (M) Bhd 
 SUMBER

No comments:

Post a Comment