Akhirnya penyelesaian terbaik kepada isu Alvin dan Vivian yang menghina Islam di temui..!!!
Ini semua fitnah UMNO kata Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat
jadi kes sudah boleh ditutup!!!
RESPON TERHADAP ISU PASANGAN KEKASIH HINA ISLAM
1. Ia adalah satu jenaka yg agak biadab terhadap ummat Islam dan Islam
itu sendiri. Tidak wajar dilakukan dan pasangan ini wajib meminta maaf
secara terbuka kepada seluruh ummat Islam. Merekaperlu disedarkan bahawa
ianya melanggar sensitiviti agama dan mereka wajar dibimbing agar faham
dan tidak berterusan melakukan kesilapan ini.
2. Walau
bagamanapun...dlm bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang sinonim
sebagai bulan kasih sayang,bulan kemaafan dan keampunan, adalah wajar
kita menangani dan mendepani isu-isu seumpama ini dengan jujur, hikmah
dalam berdakwah hatta bersifat pemaaf. Jgn bakar kemarahan kita dan
menidakkan kemaafan walaupun yg mlakukn kesalahan adalah daripada mereka
yang bukan beragama Islam. Seerah perjuangn Nabi SAW banyak menunjukkan
suri teladan tika berhadapan situasi seperti ini. Ia perlu dihadapi
secara dakwah, bukannya hukuman kejian kutukan dan celaan. Biasalah
mereka tidak atau kurang faham. Maka tugas kita dakwahlah sehingga
mereka faham dan berubah.
3. Adalah tidak wajar bila ada pihak
yg dilihat sengaja menghangatkan isu ini dan menaikkan kemarahan ummat
Islam secara tidak bertanggungjawab. Terus mengapi-apikan semangat
permusuhan dan ketegangan agama dan kaum hanya kerana tindakan seorg dua
orang bukan Islam yg tidak sensitif dan kurang bijak adalah satu
tindakn tidak bertanggungjawab dan merendahkan diri kita sendiri sebagai
orang mukmin yang bijak dan pemaaf. Hatta merendahkan kemuliaan bulan
kemaafan dan keampunan ini.
4. Jangan lepaskn peluang kita
berdakwah terhadap orang bukan Islam hanya kerana kesombongan kita atas
keIslaman kita lantas semudahnya memandang orang lain sebagai rendah.
Islam bukan agama yg sombong. Islam itu rahmat kpd sekalian alam.
5. Justeru, semua pihak harus menghentikan polemik kebencian ini.
Pasangan yang bersalah juga wajib segera sedar insaf dan memohon maaf.
6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil
kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm
PRK N01 Kuala Besut. Menakut-nakutkan ummat Islam dengan kemenangan PAS
dan Pakatan Rakyat. Seterusnya menjadikan sbg faktor utama
melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya
bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada
sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn.
7. Ia
adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan secara
terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus
operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba
dan fitnah jahat regim diktator BN. Enough is enough to BN!
Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat
No comments:
Post a Comment