Tuesday, July 30, 2013

TANPA ISA..MALAYSIA DAH MACAM CERITA KOBOI

Malaysia dah macam cerita koboi..dipenuhi dengan penjahat dan peguam yang jahat..penjahat tembak sana..tembak sini..peguam jahat tolong lepaskan...Sherif dan penolong sherif tak boleh buat apa-apa..tengok saja..tupun nasib baik Sherif tak kena dakwa sebab tangkap penjahat...!!!
Nak tunggu Lone RAnger muncul..???? Ada ke Lone RAnger kat Malaysia...??? Atau Lone RAnger kat Malaysia tu ISA..???
 

Pengasas AmBank maut ditembak


KUALA LUMPUR 29 Julai - Belum pun selesai kes tembak Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan di Negeri Sembilan, kelmarin, pengasas Bank Arab-Malaysia yang kini dikenali sebagai AmBank Berhad pula maut akibat ditembak seorang daripada tiga lelaki yang dipercayai pembunuh upahan hari ini.
Mangsa, Hussain Ahmad Najadi, 75, mati ditembak di sebuah tempat letak kereta di Lorong Ceylon di sini, kira-kira pukul 1.30 petang.
Mangsa yang berasal dari Iran dan berstatus penduduk tetap (PR) sebelum itu dikatakan telah ke tokong Ceylon Kuan Yin bersama isterinya yang berusia 49 tahun untuk bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan satu urus niaga saham.
Selepas perbincangan itu, mangsa bersama isterinya kemudian berjalan ke arah kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan sebelum seorang daripada tiga suspek menghampiri mereka dan melepaskan tembakan secara rambang.
Menurut seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, yang merupakan peniaga di kawasan itu, mangsa didatangi suspek dari arah belakang sebaik sahaja mereka keluar dari tokong terbabit.
"Tiba-tiba saya dengar bunyi letupan seperti tembakan lebih kurang lima das. Selepas itu saya lihat suspek yang berpakaian sukan dan bertopi itu berlari ke bahagian tepi tokong dan menaiki sebuah teksi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Lim, sebelum kejadian suspek dilihat berlegar-legar di kawasan tersebut hampir 30 minit dan dia sama sekali tidak menyangka perbuatan itu sebenarnya mahu menunggu mangsa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa telah terkena dua das tembakan di bahagian dada dan rusuk kiri.
Beliau berkata, isterinya pula terkena dua das tembakan masing-masing di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.
"Mangsa telah meninggal di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah manakala isterinya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Polis menerima maklumat tentang kejadian itu pukul 2 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Khairi, motif kejadian itu berkemungkinan berkaitan dengan perniagaan yang diuruskan mangsa.
"Suspek dipercayai telah melarikan diri dengan menggunakan teksi dan kita berusaha mengesan suspek dan kenderaan digunakan dalam kejadian itu," katanya.
Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 kerana percubaan membunuh.
Sementara itu, salah seorang anak mangsa, Tasca Najadi yang dihubungi di Moscow, Rusia, meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan segera bagi mencari pembunuh bapanya.
Beliau yang menguruskan perniagaan perbankan bapanya di negara itu berkata, seluruh dunia kini sedang 'memerhati' kes tersebut.
"Sebelum ini bapa sering memuji Malaysia kerana merupakan sebuah negara yang selamat dan suka menetap di Malaysia," katanya.
 

1 comment:

  1. http://beritapelangii99.blogspot.com/2017/12/7-kota-idaman-miliarder-untuk-tinggal.html

    http://beritapelangii99.blogspot.com/2017/12/china-bangun-kamp-pengungsi-siaga.html

    http://beritapelangii99.blogspot.com/2017/12/cuaca-ekstrem-sandiaga-pastikan-venue.html

    Pelangiasik.com | indopelangi99.com
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 25.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • Whatsapp : +855 166 75 661
    • BBM : D872D7D9
    • LINE : PELANGI99.COM

    ReplyDelete