Showing posts with label Isu Pertukaran Guru. Show all posts
Showing posts with label Isu Pertukaran Guru. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

BOLEH PERCAYA KE CAKAP MENTERI NI..???

Boleh percaya ke cakap timbalan menteri ni...???

Isu Beban tugas guru

31.3. 2010 Menteri Pendidikan, TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kaji Beban Tugas Guru..sehingga hari ini tiada sebarang laporan daripada jawatankuasa tersebut..

yang guru dapat adalah 1 Murid 1 Sukan..

apa lagi yang guru dapat ..??? SPBS...
kurangnya beban guru...!!!!


Isu Pertukaran Guru ikut Suami

Soal pertukaran ikut suami atau isteri. Dah berapa menteri pendidikan bersilih ganti...asyik membohongi guru-guru soal pertukaran ikut suami..ayat "saya kesiankan guru-guru saya"... dah tak laku lagi..!!

Status pertukaran bersama bermaksud sama-sama ditukarkan atau kedua-duanya tidak ditukarkan, tetapi apa yang berlaku seorang sahaja yang ditukarkan . Jadi apa guna status pertukaran bersama di dalam borang pertukaran..!!! Kat mana letaknya otak pegawai KPM ni..????

Dalam kes suami isteri dapat bertukar balik ke Kedah pula ..seorang diletakkan di Langkawi..seorang lagi di letakkan di Kulim..apakah yang ada di dalam kepala otak pegawai KPM dan JPN pun aku tak tahu..atau adakah ianya sebagai membalas dendam kerana guru memohon bertukar dan mereka terpaksa buat kerja. Suami duduk di Langkawi dan isteri duduk di Kulim, darjah kesukarannya samalah seperti suami duduk di Kedah, isteri mengajar di Kuala Lumpur!!!

Kementerian Pendidikan adalah kementerian yang penuh dengan konspirasi pembohongan..di penuhi dengan pegawai-pegawai pembohong dan guru-guru yang selalu kena bohong..

Sudah-sudahlah berbohong..tak penatkah berbohong..???
Atau mungkin ada betulnya pepatah moden...
 Siakap senohong,
 Gelama, ikan duri,
terlalu banyak berbohong,
lama-lama jadi menteri!!!