Tuesday, July 17, 2012

USTAZ AZIZAN BUAT HAL LAGI...

Ustaz Azizan ni....2-3 hari lepas sabotaj Mat Sabu dengan Mazlan Aliman yang tengah buat Himpunan Oren dengan bagi kebenaran PKNK beli saham FELDA...hari ni sabotaj peluang Adam Adli yang malas belajar pulak..!!!

Tapi yang penting, kalau semua MB profesional mcm Us Azizan..baru ada kerjasama yg baik antara kjaan pusat dengan kerajaan negeri pembangkang...ni tidak siang malam asyik fitnah dan menyusahkan kerajaan persekutuan...



Guna yuran PTPTN selesai kemelut Kuin

ALOR SETAR 16 Julai - Kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sejak beberapa bulan lalu dianggap selesai apabila yuran pelajar yang dibayar menerusi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM4 juta digunakan bagi menampung kos pengurusan kolej universiti itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Kuin memberitahu, pihaknya juga sudah pun menjelaskan tunggakan potongan kakitangan Kuin kepada institusi kewangan yang didakwa mereka tertunggak sebelum ini.
"Kelewatan disebabkan masalah teknikal. Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk Kuin dan sumber lain adalah daripada PTPTN tetapi bayaran yuran itu diterima lambat sedikit.
"Tetapi sekarang duit PTPTN sudah dapat, jadi masalah sudah selesai," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr. Leong Yong Kong (BN-Gurun) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini.

sumber

No comments:

Post a Comment