Saja ja JKKKPKSS nak sembang-sembang dengan Dato' Suhaimi atau lebih
mesra dengan panggilan Dato' Mi. Sebelum ni JKKKPKSS cuma mendengar
yang Dato' Mi memang sedap ceramah dia. Baru-baru ni secara kebetulan
JKKKPKSS mengikut seorang rakan yang menerima bantuan BR1M di SMKA Yan,
Kedah dan terdengar ceramah Dato' Mi...memang hebat...ceramah yang
penuh berhemah tapi menikam kalbu tu berjaya menarik perhatian penerima
BR1M. Seingat JKKKPKSS tak sampai pun 10 orang yang duduk berkeliaran di
luar dewan SMKA YAN tu...mungkin tu pengikut PAS totok yang malu nak
dengar kebenaran yang disampaikan oleh Dato' Mi tapi depa pun nak merasa
BR1M RM500 tu...
Kali kedua mendengar ceramah Dato' Mi
ialah sewaktu Hari Anugerah Cemerlang SMKA Yan, kebetulan juga ikut
rakan nak ambik anak balik dari asrama...memang hebat...hijau muka
pengikut PAS yang kat dalam dewan tu..cikgu-cikgu penyokong PAS pula
ramai yang tak senang duduk..panas macam cacing...juga sebab tak dapat
nak terima kebenaran pemimpin PAS menyokong LGBT sebagaimana yang
didedahkan oleh Dato' Mi...Kesimpulannya Dato, Mi memang hebat, cara
penyampaiannya menghiburkan, penuh dengan fakta dan kebenaran tetapi
langsung tidak mengguris hati sebaliknya kalau diterima dengan hati yang
terbuka..PAS bahagian Jerai patut tutup kedai...!!! Inilah ciri-ciri
pemimpin UMNO yang perlu diketengahkan untuk memenangi PRU 13
nanti..takkanlah orang PAS nak tolak pemimpin serba boleh macam Dato' Mi
ni...!!!!
Tapi Dato Mi...dalam pada Dato Mi dok
berceramah rata tempat mendekati rakyat, ada 3 makhluk Allah yang
mendakwa mereka orang kuat Dato' Mi di bahagian Jerai selalu buat kacau
di Umno Cawangan Kota Satang Semut, Bahagian Kuala Kedah ni. Memanglah
rumah depa ni di Taman Impian, Kota Sarang Semut tapi depa ahli Umno
Jerai. Tak salahpun depa ahli UMNO Jerai dok di Kota Sarang
Semut....yang tak manisnya janganlah kacau UMNO Kota Sarang Semut.
Setakat
cawangan kerdil ni, bagi kami kerja buat UMNO Kota Sarang Semut ok
sangat-sangat dah..kami pun guna pendekatan mesra yang macam Dato' Mi
guna. Tapi bila 3 orang kuat dari bahagian Dato' Mi ni buat kacau dok
pandai-pandai atoq aktiviti di Kota Sarang Semut, jahanam jadinya. Gong
Xi Fa Chai lepas depa atoq NGO yang diketuai Bomba sukarela untuk
berjumpa dengan Dato' Latt. Depa janji 100 orang lebih kaum cina Kota
Sarang Semut, Dato' Latt pun pi siap bawa buah limau 150 kotak..tup..tup
Dato' Latt kena 'fire' dengan dengan Timbalan Pengerusi Bomba Sukarela
di depan kaum cina yang tak sampai 50 orang tu. Dia tibai Tok Latt kata
tak bantu orang Cina, orang Cina dah tak mau kat kerajaan BN.. Nayalah
Dato' Latt sedangkan kawan tu baru saja berjaya dapatkan peruntukan dari
Wee Ka Siong untuk sekolah Cina Kota Sarang Semut. MCA dan Gerakan
Kota Sarang Semut pun kena 'fire" kononnya tak buat kerja, tak mau jumpa
Dato' Latt malam tu walaupun dah di beritahu sedangkan MCA dan Gerakan
tak dimaklumkan pun. Umno Kota Sarang Semut pun hadir sebab Dato' Latt
yang ajak pi bagi ramai..kalau tak, malu Tok Latt janji 100 orang tapi
yang mai tak sampai 50 orang tu pun campuq sekali dengan ahli UMNO Kota
Sarang Semut. Tapi inilah masalah 3 orang kuat Dato' Mi tu, depa
bukannya orang asal Kota Sarang Semut, depa tak tau kata Timbalan
pengerusi Bomba Sukarela tu Cina PKR.
Lepas tu MCA dan
Gerakan Kuala Kedah dapat tau, melentinglah puak-puak tu dengan kerja
buat 3 orang kuat Dato' Mi tu, tak pasai-pasai UMNO Kota Sarang Semut
lah yang kena cuci taik yang 3 orang Dato' Mi buat tu. Umno Kota Sarang
Semut pulak kena atuq perjumpaan MCA dan Gerakan dengan Dato' Latt hari
ke dua raya Cina untuk menjernihkan suasana..
Lepas tu
baru-baru ni depa pi dok atoq pulak ceramah di Taman Impian dengan
kerjasama JASA. sekali lagi Umno Kota Sarang Semut diketepikan.
Puak-puak pembangkang pun naik gilalah sebab di Kota Sarang semut selama
ni UMNO dan PAS boleh bekerjasama dengan baik dan saling hormat
menghormati sebab semua pakat-pakat ingat nak mati!!! PAS buat ceramah
depa di Surau PAS batu 10, UMNO buat ceramah depan rumah Ketua Cawangan ,
sapapun tak boleh marah!!!Tapi lani depa marah pasai orang kuat Dato'
Mi guna Rukun Tetangga untuk buat ceramah politik dalam Taman Impian.
Semua tau rukun tetangga sepatutnya untuk perpaduan tapi dipergunakan
untuk politik tu yang buat penduduk Taman Impian marah dan ramai yang
buat bantahan kepada Ketua Umno Cawangan Kota Sarang Semut. Dato Mi pun
tau la yang nak mai berceramah tu Us. Jamil Long, dia tak macam Dato'
Mi, mesti tak panggung kepala puak-puak pembangkang kena seligi dengan
Us Jamil Long. Polis mai jumpa pengerusi Ketua cawangan merangkap
Pengerusi JKKKPKSS, Ketua Ranting PAS pun mai jumpa
minta penjelasan... Ketua Umno cawangan memang tak tau apalah dan minta
penjelasan
Pengerusi Rukun Tetangga Taman Impian yang kemudiannya memaklumkan
orang-orang kuat
Dato' Mi telah memalsukan tandatangan dia untuk memohon permit
ceramah perpaduan selepas dia tak bersetuju.
Bukan nak
marah orang Dato' Mi yang tak berapa cerdik tu tapi JASA pun satu, tak
tau prosedur ka... tapi nak buat macam mana bukan setakat
pemimpin-pemimpin UMNO, AJK UMNO tak sekolah tinggi, yang kerja dengan
JASA pun tak sekolah tinggi juga. Depa tak tau yang JASA tu wujud
disebabkan UMNO bukannya sebab ada Rukun Tetangga . Mungkin kakitangan
JASA ni ingat nak try lah tengok jaga Rukun Tetangga, mana tau
kalau-kalau BN kalah bolehlah, di bawah pentadbiran Perdana Menteri Lim
Guan Eng.. JASA boleh jaga Jabatan Perpaduan pulak kot..heheheh
Untuk
pengetahuan Dato' Mi, UMNO-PAS di Kota Sarang Semut sangatlah ok.
Kalaulah di takdirkan Dato' Mi jadi calon melibatkan Kota Sarang Semut,
UMNO Kota Sarang Semut boleh usung Dato' Mi pi rumah-rumah orang PAS
untuk kempen. Sebab tu di Kota Sarang Semut ceramah berapi-rapi, maki
bodoh, bangang tak boleh pakai dah. Ceramah yang macam Dato' Mi bagi
cantikla kalau bawa mai Kota Sarang Semut ni. Mesyuarat UMNO Kota Sarang
Semut ni orang PAS pakat-pakat mai turun join dengaq Dato' Abdullah
Hasnan, Tok Latt bagi ceramah sebab ceramah dua Dato' ni banyak mengenai
Orang Melayu dan Islam!
Tapi orang-orang kuat Dato'
Mi ni buat taik la..walaupun ada veteren UMNO dah nasihat jangan buat
ceramah politik tu dalam Taman Impian, depa nak buat juga...last..last..
UMNO Kota Sarang Semutlah juga kena kawtim dengan puak-puak PAS supaya
jangan buat kacau. Umno Kota Sarang Semut mengaku akan akur lepas ni
kalau-kalau PAS dan PKR pun nak buat ceramah dalam Taman Impian yang
selama ini pakat-pakat dok jaga kehamornian. UMNO Kota Sarang Semut,
bukannya apa...takut pedih telinga penduduk Taman Impian kalau tiap-tiap
malam atau minggu ada ceramah politik depan rumah depa.!!!
Terbaru
Dato' Mi, 3 orang kuat Dato' Mi ni atuq perjumpaan Dato' Latt dengan
gang main sepak raga tuju. Macam biasa kata 100 orang tapi yang mai tak
sampai pun 30 orang.Depa tipu budak-budak tu kata depa dah atuq dengan
Ketua Cawangan tapi Ketua Cawangan tak tau apapun kalau orang-orang
Dato' Latt tak bagi tau ada kejadian Dato' Latt bagi bolasepak raga kat
gang-gang tu. Yang syoknya bila 3 orang kuat dato' Mi ni pi perkenal
diri depa dari bahagian Jerai..pening lah gang-gang bahagian Kuala Kedah
ni...MACAM MANA ORANG BAHAGIAN JERAI MAI BUAT PROGRAM DI BAHAGIAN KUALA
KEDAH DAH TU TAK BAGI TAU KETUA CAWANGAN PULAK!!!
UMNO
Kota Sarang Semut tak marah depa buat program minta bola kat Dato' Latt
7 biji saja...walaupun sebelum ni UMNO Kota Sarang Semut dah pun bagi
15 biji bola kat gang-gang tu..yang tak syoknya 3 orang kuat Dato' Mi ni
siap perburuk UMNO Kota Sarang Semut tak pernah ambik kisah ke
gang-gang sepak raga tuju ni...!!!
Dato Mi yang
hensem...tolonglah kami cawangan yang hina ni...biaqlah kami jaga
cawangan cara kami...Kami tau la AJK Dato' Mi tu dah habih putihkan
pengundi yang kelabu dan hitam di bahagian Dato' Mi. Kami pun tau
Pekerja KEMAS di Bahagian Dato' Mi tu dah PEKEMAS habis
pengundi-pengundi PAS di Bahagian JERAI tu. Dan kami tau la yang sorang
lagi orang kuat dato' Mi tu, dah untung beratus ribu dapat buat bisness
hasil dari sokongan Tok Latt, dahlah tak boleh bagi sebiji bola sepak
ragapun, janganlah buat kacau di Kota Sarang Semut.
Dalam hal ni, walaupun ada orang kata UMNO Kota Sarang Semut ni Tok Latt buat ibarat anak dalam buaian mati kelaparan, kera di hutan disusukan...kami
tak maulah salahkan Ketua Bahagian kami, Tok Latt.. ..dia orang politik
dan dia baik sangat sebab tu ramai yang ambik kesempatan..!!!!Dalam
politik ni jangan kata anak kera Gunung Jerai, anak babi macam DAPIG pun
orang susukan. Tapi lagi satu, mungkin anak kera bahagian Jerai ni
comel-comel kot sebab tu Tok Latt suka layan...???
Dato'
Mi tolong habaq dekat 3 orang kuat dato' Mi tu. Suruh depa fokuskan
kerja kuat depa tu di bahagian Jerai bagi menghadapi PRU13 nanti. Bagi
tau depa kalau kalau depa tak tau..hari tu Jerai kalah majoriti 2299
undi..buat kerja bantu Jerai menang 20000 undi majoriti dalam PRU 13
nanti. Sama-samalah kita memenangkan bahagian masing-masing yang
terlungkup tu.
Kalau nak cari kelemahan UMNO Kota
Sarang Semut memanglah banyak tetapi kami cuba sedaya upaya untuk
pembangunan Kota Sarang Semut. Di bawah pentadbiran Dato' Latt, Kota
Sarang Semut telah mendapat Bank Simpanan Nasional, Gelanggang Futsal,
Wifi Percuma dan banyak lagi. UMNO Kota Sarang Semut pula bantu Dato'
Latt dari segi memberi perkhidmatan yang tip top kepada masyarakat Kota
Sarang Semut tanpa mengenal PARTI POLITIK dan KAUM. UMNO Kota Sarang
Semut bantu semua anak orang kampung, UMNO, PAS, Keadilan masuk IKM,
Politeknik, IKBN, Giatmara dan Universiti, bantu anak Cina dalam hal
yang sama guna rangkaian kawan-kawan tapi kredit dia UMNO Kota Sarang
Semut bagi kat Tok Latt. Dengan guna rangkaian kawan-kawan jugaklah,
Insyaallah Masjid al-Islah Kota Sarang Semut pun akan mendapat cat baru
menjelang aidilfitri nanti. Kalau ada benda yang tak lepas barulah kami
ligan Dr Heazar, Ketua Pemuda, Penyelaras DUN, Penyelaras Parlimen dan
Dato' Latt minta tolong. Dato' Mi sembang tengok dengan Dato' Latt dan
semua yang UMNO Kota Sarang Semut sebut tadi, cawangan mana yang selalu
dok kacau depa dalam bab nak minta tolong untuk orang kampung ni. Bab
program pulak jarang kacau duit Ketua Bahagian. Selalu Ketua Cawangan
guna duit elaun dia, kalau Ketua Cawangan pun kering poket dia, AJK
setuju guna duit elaun JKKKP masing-masing untuk buat program. Hanya
itulah yang termampu UMNO Kota Sarang Semut lakukan demi orang kampung!
Cuba Dato' Mi bayangkan kalau UMNO Kota Sarang Semut ni adalah salah satu cawangan dalam bahagian Jerai..tak senangkan Dato' Mi nak buat kerja..???
Bab
nak buat rombongan, sukaneka dan sebagainya, UMNO Kota Sarang Semut
telah mengwujudkan Rukun Tetangga di setiap taman dan kampung. Jadi Umno
Kota Sarang Semut memperturunkan kuasa kepada Rukun Tetangga untuk
memainkan peranan melaksanakan semua aktiviti tersebut.
Tapi
kalau depa nak buat kacau juga, Dato' Mi suruh depa jadi ahli UMNO
Cawangan Kota Sarang Semut, kami akan luluskan serta-merta dan
bertandinglah secara anak jantan..kalah bertanding kami tak kisah sebab
jawatan tu amanah bukannya untuk menunjuk-nunjuk...tapi janganlah jadi
kurang ajar..masuk kampung orang bagilah salam...setiap kampung ada
penjaga dia...
Kepada Dato' Mi yang hensem..UMNO Kota
Sarang Semut mengalu-alukan kedatangan Dato Mi untuk berceramah di Kota
Sarang Semut sebab dah gerenti ceramah Dato' Mi yang hebat dengan mesej,
pengajaran dan kritikan yang membina dapat diterima oleh setiap lapisan
masyarakat tanpa mengira parti politik. Dato' Mi boleh suruh 3 orang
kuat Dato' Mi tu atuq denagn kerjasama Umno Kota Sarang Semut selepas
selepas bulan Syawal nanti sebagai permulaan kepada hubungan baik dan
mengeratkan silaturrahim....
Harap Dato' Mi taklah
marah UMNO Cawangan Kota Sarang Semut atau Ketua Bahagian kami yang baru
setahun jagung terlibat dengan dunia politik ni...saja nak luah
perasaan
yang ikhlas...
UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
UMNO KOTA SARANG SEMUT
contohi lah kepimpinan Ketua Umno Cawangan Serting Ulu..
ReplyDelete