Disatu sudut pemimpin Pakatan Terus Menipu Rakyat...
PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global
13 Julai 2012
Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan PKNK memiliki 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.
“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya.
Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.
“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.
"Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500,” katanya.
Mengenai pihak yang mempertikai pemilikan saham itu atau mengaitkan tindakan itu dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kononnya mahu mengaut keuntungan daripada penyenaraian saham FGVH, walaupun beberapa pemimpin PR lantang membantah penyenaraiannya, Abdul Rahman berkata:
“Ia tiada kaitan politik. Jika ada pihak kaitkan pemilikan saham PKNK ini dengan prinsip pemimpin PR, itu soal politik. PKNK bukan badan politik, kita berorientasikan perniagaan dan mahu kembangkan bisnes untuk bantu lebih ramai usahawan Kedah,” katanya.
Menurutnya, PKNK adalah badan berkanun kerajaan, berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan bumiputera dengan dipantau oleh Kementerian Kewangan.
“PKNK ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah, namun di peringkat Pusat, PKNK diletakkan bawah pengawasan Kementerian Kewangan,” katanya.
Abdul Rahman berkata, Lembaga Pengarah PKNK turut diwakili tiga wakil dari Pusat iaitu setiap seorang dari Miti, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
sinar harian
No comments:
Post a Comment