Wednesday, August 27, 2014

LAGI KILANG DITUTUP : HEBAT LIM GUAN ENG TARIK PELABURAN...!!!!

Hebatlah Lim Guan Eng sebab semakin banyak kilang-kilang yang akan menutup operasi. Mungkin kilang-kilang tersebut terlalu percaya dengan kehebatan berpolitik cina DAP!!!

FAIRCHILD TUTUP KILANG DI PULAU PINANG

GEORGE TOWN, 26 Ogos (Bernama) -- Fairchild Semiconductor akan menutup
kilang pembuatannya di Bayan Lepas, bersama kemudahannya di Jordan Barat, Utah
dan Bucheon, Korea Selatan kerana kumpulan itu merancang untuk menggabungkan
operasinya.
Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Lee Kah Choon,
berkata agensi penggalakan pelaburan kerajaan negeri, Invest-in-Penang Bhd
(investPenang), sentiasa berhubungan dengan Fairchild untuk menawarkan pilihan

penempatan pekerjaan, khidmat nasihat pekerjaan dan bantuan lain bagi kakitangan
yang terjejas.
Beliau berkata setakat 31 Julai, 2014 terdapat 11,759 pekerjaan yang wujud
di Pulau Pinang.
"Kami akan bekerjasama dengan Fairchild untuk memastikan tanah kilang sedia
ada akan digunakan dengan berkesan bagi perkilangan nilai lebih tinggi sejajar
dengan rancangan pembangunan semula taman perindustrian Bayang Lepas," katanya
dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Fairchild ialah salah satu syarikat perintis industri cip dalam tahun-tahun
1950-an dan ia memulakan operasinya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Fasa
II dalam 1972 di atas kawasan perkilangan seluas 370,000 kaki persegi.
Pelaburannya di Pulau Pinang menjadi pemangkin kepada perniagaan separa
konduktor di Malaysia sebagai satu daripada pengeluar cip komputer terbesar di
dunia.
Lee berkata investPenang akan juga membantu perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) dan vendor tempatan yang terjejas oleh gangguan rantaian bekalan Fairchild
yang tidak dijangkakan itu dengan membuka peluang-peluang pasaran baharu.
Kata beliau ini akan dijalankan melalui Pusat Khidmat Nasihat Pasaran PKS,
Penyelidikan dan Latihan Pulau Pinang.
"Sudah ada dua syarikat besar multinasional (SanDisk dan Haemonetics) yang
sedang menyiapkan kilang masing-masing di Taman Perindustrian Batu Kawan, dan
baru-baru ini Seagate memaklumkan bahawa ia akan membina kilang multinasionalnya
dalam taman perindustrian yang sama," jelas beliau.
Fairchild ialah pembuat penukar kuasa, pembesar suara dan suis yang
digunakan dalam kereta dan elektronik pengguna.
Penutupan kilang di Pulau Pinang ini dijangka menjejaskan kira-kira 1,892
pekerja.
-- BERNAMA
SUMBER








No comments:

Post a Comment