Sunday, August 17, 2014

BANYAKNYA DUIT WANITA MALAYSIA

Wanita Malaysia kayaraya..duit banyak sampai tak tau nak buat apa dah..!!! Senang-senang saja sedekah 200-300 ribu





Cerita 1

Wanita ditipu rakan Facebook


KUCHING 16 Ogos - Gara-gara terpesona dengan janji manis kenalan di Facebook, seorang kerani di sebuah syarikat swasta di sini mendakwa kerugian RM348,050 akibat ditipu 'rakannya' itu yang dipercayai ahli sindiket penipuan antarabangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee, mangsa berusia 52 tahun itu berkenalan dengan kenalan Facebook yang dikenali sebagai David Alexander, kononnya dari United Kingdom, sejak lapan bulan lalu dan mulai jatuh cinta.
Katanya, lelaki itu kemudian memaklumkan akan menghantar kiriman wang sebanyak 120,000£ (RM632,400) kepada mangsa secara pos yang akan digunakan untuk menjalani kehidupan bersamanya di Malaysia nanti.
"Pada 10 Julai lalu, seorang wanita yang mendakwa rakan senegara David telah menghubungi mangsa dan memaklumkan wang tersebut telah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Wanita itu bagaimanapun meminta mangsa mendeposit wang sebanyak RM6,450 ke dalam satu akaun untuk tujuan pembayaran yuran pos. Tidak lama selepas itu, wanita itu menghubungi beberapa kali lagi dan memberi pelbagai alasan termasuk untuk yuran guaman.
"Secara keseluruhan mangsa yang terpedaya dan menurut sahaja permintaan itu, telah melakukan 13 kali transaksi di pelbagai jenis bank," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tian Kee berkata, pada 18 Julai lalu, David memaklumkan telah tiba di Kuala Lumpur dan menghubungi mangsa untuk urusan pembayaran cukai pula bagi mendapatkan wang itu.
"Namun mangsa mula menyedari telah ditipu lalu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri. Kami akan mendapatkan penyata bank milik mangsa dan meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk menyiasat kes itu," katanya.
Kata beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140817/je_01/Wanita-ditipu-rakan-Facebook#ixzz3Abw2oSTF
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Cerita 2

Janda rugi RM250,000


KOTA KINABALU 16 Ogos - Seorang janda anak lima kerugian RM250,000 akibat terpedaya dengan kata-kata manis kenalan Facebook yang memperdaya mangsa kononnya untuk mengahwininya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Saiman Kasran berkata, mangsa berusia 48 tahun dan bekerja sendiri berkenalan dengan rakannya itu dikenali 'Hendry John', sejak Mei lalu seterusnya jatuh cinta.
Katanya, suspek berjanji akan tinggal di negara ini dan mengahwini mangsa sekiranya mendapat kontrak perniagaan yang besar.
"Tidak lama selepas itu, seorang wanita yang mendakwa dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuala Lumpur menghubungi mangsa dan memaklumkan kononnya terdapat sekeping cek atas nama kekasihnya (Hendry John) bernilai AS$7.5 juta (RM236 juta) yang disediakan sebuah kementerian.
"Namun bagi menunaikan cek tersebut, mangsa perlu menjelaskan pelbagai bayaran termasuk bagi pelepasan cukai dan duti setem. Disebabkan percaya, mangsa menurut kemahuan wanita itu dan melakukan transaksi di tujuh bank tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Saiman berkata, kekasihnya itu bagaimanapun tidak muncul-muncul sedangkan wanita yang mendakwa dari LHDN tersebut terus menghubungi mangsa untuk meminta lagi sejumlah bayaran.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140817/je_02/Janda-rugi-RM250000#ixzz3AbwNk0bk
© Utusan Melayu (M) Bhd 





2 comments:

  1. Padan muka nak kahwin sangat dengan Mat Salleh padahal kena tipu dengan Negro....BODOH

    ReplyDelete