Friday, March 26, 2010

PROGRAM DIALOG POLIS BERSAMA WAKIL PENDUDUK KOTA SARANG SEMUT


Gambar kenangan bersama Pegawai Polis dari Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar selepas Majlis Dialog Polis Bersama Wakil Penduduk Kota Sarang Semut


Antara peserta Dialog Polis Bersama Wakil Penduduk, turut serta dalam majlis tersebut Penghulu Mukim Sala Kechil, Encik Aminuddin Ahmad


DSP Tuan Mohamad Feisal Libarutus Abdullah sedang memberikan taklimat berkaitan jenayah.


PROGRAM DIALOG POLIS BERSAMA WAKIL PENDUDUK KOTA SARANG SEMUT

JKKK(P) Kota Sarang Semut dengan kerjasama Ketua Polis Balai, Balai Polis Kota Sarang Semut SM 75710 Nordin Ahmad telah menganjurkan satu program Dialog Polis Bersama Wakil Penduduk Kota Sarang Semut yang diadakan di Ibu Pejabat MADA DIV Kota Sarang Semut.

Dalam ucapan aluan KPB Balai Polis Kota Sarang Semut, Yang Setia SM Nordin Ahmad amat berharap sepenuh kerjasama dari masyarakat setempat dalam usaha membenteras jenayah di Kota Sarang Semut.

Majlis diteruskan dengan taklimat lengkap berkaitan dengan indeks jenayah di Kota Sarang Semut oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Setar, DSP Tuan Mohamad Feisal Libarutus Abdullah. Bagaimana pun menurut beliau kadar jenayah di Kota Sarang Semut adalah dalam keadaan terkawal dan antara yang terendah di Daerah Kota Setar iaitu hanya melibatkan 3 kes, iaitu berkaitan Kes Rogol; Kes Mencabul dan Kes Pecah Rumah.

Bagaimana pun apabila beliau memberi ruang dan peluang berdialog, maka antara masalah yang dibangkitkan dan sentiasa menghantui masyarakat Kota Sarang Semut ialah masalah penagihan najis dadah di mana Kota Sarang Semut telah dijadikan tempat transit “ najis “ tersebut.

Yang amat mendukacitakan penduduk Kota Sarang Semut ialah walaupun pihak polis sering membuat penangkapan, namun gejala penagihan ini tidak berjaya diatasi selagi “ jerung “ yang bertanggung jawab mengedar masih bebas menjalankan aktivitinya. Dan paling malangnya terdapat sebilangan masyarakat beranggapan bahawa “ jerung “ berkenaan mendapat “ suaka ” dari pihak PDRM sendiri. Cakap-cakap kedai kopi “ pagi tangkap petang lepas ”.

Atas rasa kebimbangan masyarakat yang menagih keperihatinan pihak PDRM, maka DSP Tuan Mohamad Feisal Libarutus Abdullah berjanji akan menyampaikan kegusaran yang menghantui masyarakat kepada Bahagian Narkotik dan Insya Allah akan cuba menganjurkan satu program melibatkan Bahagian Narkotik IPD Kota Setar.

Kepada Jurutera Daerah Mada DIV Kota Sarang Semut dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Dialog ini, JKKK(P) Kota Sarang Semut dan KPB Balai Polis Kota Sarang Semut merakamkan penghargaan terima kasih. “ Hidup Aman Tanpa Jenayah “

Saturday, March 6, 2010

Program E-Kasih


masyarakat kota sarang semut yang hadir






Dato' Abdullah Hasnan sedang berucap



Majlis diserikan bacaan doa oleh Tuan Imam







pengerusi JKKKP Kota Sarang Semut sedang melayan penduduk yang hadir




Baru-baru ini setelah senarai daftar e-kasih diedarkan, JKKK(P) Kota Sarang Semut telah mengesan tiada langsung warga kampung Kota Sarang Semut yang tersenarai di dalam daftar e-kasih yang dikeluarkan. Ianya adalah suatu yang amat malang sekali kerana ianya boleh menafikan hak warga kampung Kota Sarang Semut yang layak untuk mendapat bantuan dari pihak kerajaan persekutuan. Oleh itu untuk memastikan agar tiada lagi keciciran berlaku, JKKK(P) Kota Sarang Semut dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Masjid al-Islah Kota Sarang Semut telah mengambil inisiatif memanggil wakil PAS, wakil PKR, wakil kaum Cina dan wakil kaum India bermesyuarat untuk mengadakan suatu program pendaftaran e-kasih secara besar-besaran.

Majlis dirasmikan oleh Y Bhg. Dato' Abdullah Hasnan bin Kamaruddin yang mewakili Y Bhg Dato' Latt Shariman bin Abdullah, Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Kewangan.Bacaan doa disempurnakan oleh Y Bhg al-Fadhil Tuan Imam Masjid Al-Islah Kota Sarang Semut, Hj Ahmad bin Awang. Program telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 28 Februari 2010 menyaksikan hampir 300 penduduk mengisi borang mendaftarkan diri untuk program e-kasih. Apa yang menariknya ialah bagi Parlimen Kuala Kedah, inilah pertama kalinya program pendaftaran e-kasih diadakan secara besar-besaran dan sistematik dengan bantuan Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICUJPM), Pejabat Kemajuan Daerah Zon Kota Setar.

Paling mengkagumkan ialah kerjasama yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti-parti politik dan masyarakat Kota Sarang Semut, yang mengenepikan seketika fahaman politik masing-masing demi untuk menjayakan program pendaftaran e-kasih tersebut.

Apa yang saya cuba paparkan disini ialah bagaimana JKKK(P) Kota Sarang Semut mempunyai visi untuk membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang politik. JKKK(P) Kota Sarang Semut seboleh-bolehnya hendak mendidik masyarakat Kota Sarang Semut bahawa dalam setiap 5 tahun sepatutnya cuma 10 hari sahaja digunakan untuk berpolitik manakala baki 1815 hari lagi adalah masa untuk membantu dan merapatkan hubungan sesama masyarakat setempat.

Sekiranya JKKK(P) Kota Sarang Semut boleh mengenepikan seketika fahaman politik demi untuk membantu seluruh rakyat mengapa harus ada JKKK(P) yang masih memilih bulu, mengambil kira lambang sesebuah parti dalam menyampaikan bantuan kepada masyarakat setempat.

Harus diingat pengundi sekarang bukanlah seperti pengundi tahun 70an dahulu, pengundi milenium mengundi berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh setiap parti dalam membantu masyarakat. Justeru itu JKKK(P) sebagai mata dan telinga kerajaan yang paling hampir dengan masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat demi untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan selaras dengan konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!

JKKK(P) Kota Sarang Semut turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Penyelaras Parlimen Kuala Kedah, Tuan Syed Zainuzman bin Syed Yahaya dan Penyelaras DUN Pengkalan Kundur, En. Kamarulzaman bin Mohd Amin