Saturday, July 31, 2010

Nik Aziz menyamakan Anwar dengan Rasulullah

Ada beberapa kriteria yang diperkatakan oleh Nik Aziz dalam menyamakan Anwar :

1.Prinsip ketegasan
2.Istiqamah dalm perjuangan
3.Dituduh bukan-bukan namun terus berjuang

Jikalau prinsip ketegasan menjadi kriteria Nik Aziz dalam menyamakan Rasulullah, Bush juga memiliki prinsip ketegasan. Ketegasan beliau dalam perjuangan memerangi Islam sehingga mampu menawan Iraq dan Afganistan.

Kalau instiqamah dalam perjuangan juga menjadi kriteria Nik Aziz untuk menyamakan Anwar dengan Rasulullah, Bush juga mempunyai sifat istiqamah dalam perjuangan untuk menghancurkan umat Islam.Malah syaitan juga mempunyai sifat istiqamah dalam perjuangan untuk menyesatkan umat Islam.

Jikalau Nik Aziz menyamakan Anwar dengan Rasulullah hanya kerana "dituduh yang bukan-bukan namun terus berjuang", Bush juga dituduh sebagai manusia yang memiliki otak sempit namun tegas dalam memerangi umat Islam.

Jadi penilaian Nik Aziz atas kriteria sifat sahaja tidak boleh dijadikan "Persamaan". Kerana sifat itu terlalu subjektif untuk dinilai, sehingga takut nanti masyarakat awam yang tidak memahami falsafah akhlak akan cenderung untuk terus memegang kata-kata Nik Aziz yang bayak kesilapannya.




Kesalahan Besar Apabila Nik Aziz menyamakan Anwar dengan Rasulullah

Sangat salah dari segi etika dan konteks apabila Nik Aziz menyamakan Anwar dengan Rasulullah.

Malah umat Islam sepatutnya mengecam tindakan Nik Aziz ini. Nyata dan terang bahawa Nik Aziz adalah bukan ulama sejati, tetapi hanya ulama yang politik yang selalu mengeluarkan statement yang rendah nilainya.

Bagaimana mungkin seorang peliwat disamakan dengan Rasulullah yang memiliki akhlak yang tinggi di sisi Tuhan.

Sangat paradoks apabila liwat perbuatan yang paling dibenci oleh Allah boleh disamakan dengan nilai akhlak Rasulullah yang dipuji di dalam Al-Quran.

Nik Aziz tanpa disedarinya merendahkan nilai Rasulullah. Ini satu penghinaan kepada Rasulullah. Apa tidaknya jikalau Rasulullah terus disamakan dengan Anwar Ibrahim kaki liwat!

Jikalau dulu Nik Aziz merendahkan nilai Tuhan dengan menyamakan sifat Allah dengan makluk dalam isu Allah samseng.Kini juga situasi seiras.

Allah yang memiliki sifat yang paling tinggi, sifat yang tidak sama dengan makhluk boleh disamakan dengan sifat samseng, maka tidak hairan apabila kenyataan Nik Aziz menyamakan Rasulullah dengan Anwar.

Sifat samseng adalah sifat ganas yang merosakkan harta benda. Bagaimana mungkin sifat samseng ini disamakan dengan sifat mutakabbir yang memiliki kriteria yang agong bagi Tuhan.

Begitu juga halnya dengan nilai Rasulullah yang terpuji bagaimana mungkin disamakan dengan Anwar Ibrahim yang mengacau isteri orang, meliwat dan bersifat Munafik.

Sifat-sifat Anwar ini yang telah merosakkan negara dan hampir hampir menjual negara boleh disebut sifat syaitan. Apakah sifat ini disamakan dengan Rasulullah????

Nampak sangat Nik Aziz tidak memahami fenomena yang berlaku. Nik Aziz hanya melihat satu sudut. Menglihat satu sudut selalunya ditipu oleh mainan dunia. Sebab itulah lambang mata satu merupakan simbol bagi freemasonary dan illuminati dalam menjadikan dunia sebagai asas yang terpisah dari agama.

Nik Aziz terlalu bermain politik sehingga nilai agama tercemar. Kerana sangat mahu membuat hukum Islam secara terburu-buru, tanpa disedari Nik Aziz telah merendahkan nilai agama .

Seharusnya Nik Aziz merenung kembali, memahami pemikiran dan falsafah individu agar pengkelasan terhadap sesuatu itu tidak berlaku. Hal ini bahaya kepada golongan penyokong Nik Aziz kerana statement ini akan terus dipegang dan diingati. Inilah statement yang lahir dari nafsu politik bukan dari fakta !!!!!!!!!!




Anwar Pemecah Belah Umat Islam di Malaysia

Pengenalan



Sejarah telah membuktikan bahawa perpecahan umat Islam tidak mendatangkan apa apa jua kebaikan. Sejarah itu berulang kembali. Hanya mereka yang tidak memerhatikan sejarah akan jatuh kali kedua di lubang yang sama.
Jikalau dulu wujud seorang bernama Abdullah bin Saba yang berjaya memecah belahkan umat islam, kini wujud seorang insan bernama Anwar bin Ibrahim yang berjaya menjadi penghalang kepada kesatuan umat di Malaysia.
Fenomena yang terjadi kini seiras dan serupa seperti dahulu. Dunia seakan mahu menceritakan tentang perjalanan sejarahnya semula. Untunglah bagi mereka yang selalu memerhatikan sejarah sebagai pedoman.


Jikalau kita melihat dalam konteks di Malaysia, telah wujud seorang insan yang sanggup melihat perpecah umat Islam di Malaysia sejak dari dulu lagi. Sememangnya dari dulu lagi Anwar tidak mahu UMNO dan PAS bergabung apabila dia sendiri mengutuk dan mencela PAS sebagai parti yang fanatik extrim, sebuah parti yang langsung tidak membawa apa-apa makna bagi umat Islam.
Jikalau dulu Abdullah bin Saba adalah seorang Yahudi yang berpura-pura dengan wajah keislamannya, kini watak itu hampir sama apabila Anwar dibacking oleh orang-orang Yahudi dalam menjalankan agenda barat terhadap dunia islam.


Agenda Memecah belahkan Umat Islam


Pemikir Yahudi yang berfahaman neo-conservative sentiasa merancang untuk menjahanamkan Islam. Bukankah abad ini adalah abad pertembungan antara Barat dengan Islam? Ini jelas apabila "Cold War" telah tamat dengan kejatuhan Soviet Union.

Maka abad ini yang dilihat sebagai peperangan antara Barat dan Islam menurut Samuel Huntington menyebabkan tokoh-tokoh Yahudi berfikir untuk merancang merosakkan orang Islam.


Jadi, jalan untuk menghancurkan umat Islam dengan cara mengadu dombakan umat islam agar sentiasa bergaduh. Pergaduhan ini diharapkan berterusan sehingga umat islam lupa tentang hal hal penting dalam pembangunan umat yang lebih penting.
Adapun cara itu dengan memecah belahkan umat Islam dengan melalui penglabelan kelompok. Ini jelas apabila kajian yang dibuat oleh Bernard Lewis telah membahagikan umat islam ke dalam 4 kelompok iaitu fundamentalist, modenist, tradisionalist dan secularist.
Penglabelan ini dilihat mampu memecah belahkan umat islam. Apabila pengklompokan ini berlaku, umat islam sedaya upaya untuk menempatkan diri dalam golongan tersebut. Maka terjadilah proses penglabelan yang akan menyebabakan pergaduhan dan perpecahan.
Bukankah sejak dari dulu lagi Yahudi bijak dalam mengadu dombakan masyarakat Islam??? Begitulah darah Yahudi, bijak untuk menghancurkan Umat Islam hanya dengan "label" sahaja.




Satu Malaysia


Maka dengan inilah, konsep "Satu Malaysia" diperkenalkan sebagai melawan kefanatikan parti dan kelompok. Konsep "Satu Malaysia" ini dilihat mampu menjadikan rakyat ini bersatu padu secara bersama. Secara langsung mengetepikan penglabelan ini yang menyebabkan kefanatikan. Ingatlah hanya bersatu padu, sebuah negara itu maju dalam melaksanakan agendanya yang terpenting.


Maka di sinilah satu lagi taktik Anwar mahu menghancurkan kesatuan umat di Malaysia iaitu dengan mengaitkan "Satu Malaysia" ini dengan "One Israel". Dengan taktik ini agar umat Islam menolak konsep satu Malaysia yang merupakan agenda yang penting bagi masyarakat bangsa di Malaysia. Anwar mahu agar rakyat terus berpecah belah lantas menyebabkan kekacauan di negara ini.
Anwar sedaya upaya mengaitkan One Malaysia ini dengan One Israel sedangkan kesatuan itu merupakan fundamental yang paling penting dalam pembangunan kemajuan negara. Sebagai bukti bahawa satu Malaysia itu adalah menurut falsafah Islam adalah melalui panduan al-Quran itu sendiri yang bermaksud "Hendaklah kamu menjadi umat yang satu". Umat yang satu sanggup mengetepikan ideologi ringan untuk terus bersatu.


Demokrasi Kepartian

Kita tidak sedar jarum demokrasi barat juga merupakan jalan memecah belahkan umat islam. Demokrasi yang melahirkan parti parti juga memecah belahkan umat Islam. Tetapi parti yang berorientasikan politik yang sihat itu baik, apa yang tidak baik adalah parti yang berorientasikan kefanatikan yang menyebabkan penyatuan dalam konteks umat Islam pun terabai.

Banyak program pembangunan umat Islam terbatal disebabkan oleh parti kefanatikan ini.Barat tersenyum dengan perpecahan umat Islam yang dideritai di mana-mana negara. Eropah dari awal lagi membuat "kesatuan eropah" yang mengukuhkan negara mereka sehingga mampu membuat penjelajahan dan imperialisme pada kurun ke 15-ke 18.


Umat Islam selepas kejatuhan Denasti Uthmaniyyah tumbang akibat perpecahan.Dengan perpecahan umat Islam inilah mengakibatkan sendi-sendi lemah sehingga tidak mampu lagi untuk berdiri.



Kerajaan Perpaduan

Sejak dari awal cerita tentang idea "kerajaan perpaduan' pun, Anwar menjadi punca dan penyebab segala kegagalan ini. Hal kini juga sama, apabila Anwar sekali lagi menjadi dalang magnet yang menolak antara kedua-dua parti UMNO dan PAS ini. Anwar mahu melihat dua parti ini tidak bersatu dalam apa bentuk sekalipun.



Antara kata-kata Anwar yang berkonotasi menggagalkan kerjasama antara UMNO-PAS. Atau dengan kata lain memecahkan kekuatan umat Islam di Malaysia :
1.PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip
2.Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini
3.Bersama Pakatan Rakyat (PR) juga PAS, DAP dan PKR mempunyai prinsip dan bagaimana nak fikirkan rundingan dengan Umno tanpa syarat.





Selagi ada Anwar Ibrahim selagi itu agenda untuk menyatu padukan UMNO-PAS sebagai teras perjuangan melayu islam tidak kesampaian. Kerana watak yang dibawa oleh Anwar Ibrahim sama seperti kemunafikan Abdullah Bin Saba'. Klik sini apa kata Mufti Wilayah tentang watak ini...

http://emang-psychotickiller.blogspot.com/

DAP LAKNATULLAH !

Hikayat Pada Masa Itu...
Oleh Zaini Hassan (utusan malaysia)

DAP dan para pemimpinnya kini sering merujuk kepada kejayaan Singapura. Singapura itu dan Singapura ini. Malah, kononnya Pulau Pinang juga kini mendapatkan pelbagai nasihat daripada republik itu.

Kelmarin, Tony Pua, penasihat ekonomi DAP yang juga Ahli Parlimen PJ Utara, turut merujuk kepada sistem yang diamalkan di Singapura apabila mahu menasihati kerajaan Selangor supaya mansuhkan diskaun pembelian rumah untuk bumiputera.

Apabila beliau memperlekehkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia, dia juga merujuk kepada Singapura yang menurutnya republik itu berada di tahap tertinggi berjaya menarik pelaburan berbanding dengan negara-negara ASEAN lain.

Asyik-asyik Singapura. Kita memang sedar DAP dan parti yang memerintah Singapura sekarang iaitu PAP ialah adik-beradik. Mungkin kerana itu, tumpuannya banyak berkiblatkan republik itu.

Singapura ialah sebuah negara sudah tiada beraja yang mengamalkan sistem republik. Ada juga desas-desus yang mengatakan corak sistem sebegitulah yang diidam-idamkan oleh DAP. Benar atau tidak, saya tidak tahu, tapi berat-beratnya macam betul? Apapun hanya Allah Yang Maha Esa sahaja yang amat mengetahuinya.

Ekoran kegawatan politik yang memperlihatkan – teori saya – orang Melayu berpecah kepada enam (rujuk Cuit 25 Mac 2009: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti) maka tiada mustahil akhirnya, Singapura akan bersambung dengan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang (sudah seakan-akan Singapura sekarang) serta Kedah. Apabila kesemua negeri ini bersambung dengan satu ideologi, maka tidak mustahil sistem pemerintahan yang diidam-idamkan oleh DAP itu akan menjadi kenyataan.

Pada masa itu, Singapura akan dikenali sebagai Singapura Raya (the greater Singapore) dan ia tidak perlu bimbang lagi dan pada masa itu DAP akan menjadi sebuah parti yang akan mendapat sokongan padu orang- orang Melayu yang berpecah enam tadi.

Pada masa itu juga, Pas akan terus bekerjasama dengan DAP – sama-sama bertepuk belakang – dengan disokong oleh jiran seberang Tambak Johor (yang pada masa itu semua pihak akan bersetuju bahawa Tambak Johor bukan lagi bernostalgik, dan ia akan dirobohkan bagi membolehkan air laut Selat Tebrau yang cukup kotor itu dapat mengalir dengan tenangnya dan kapal-kapal dapat berlayar melalui selat itu.)

Pasa masa itu, Tony Pua serta Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang (mungkin akan menjadi Menteri Mentor Malaysia) akan memerintah. Tony Pua pada masa itu tidak perlu lagi mencadangkan itu dan ini, tapi sudah boleh meminda apa-apa sahaja akta yang difikirkan perlu untuk rakyat Malaysia, khususnya yang berkepentingan orang Melayu.

Pada masa itu juga, orang Melayu akan menjadi orang yang paling tenang kehidupannya di alam maya ini. Dan, pada masa itu juga orang Melayu tidak lagi akan bercakap mengenai soal perpaduan Pas-UMNO, kerana mungkin UMNO sudah tiada lagi, atau mungkin sudah bertukar nama.

Pas pada masa itu, akan menjadi parti yang paling gembira kerana dapat mengembangkan ajaran agamanya tanpa sebarang paksaan (berbanding masa sekarang dan pada zaman Mahafiraun dulu).

Nik Aziz Nik Mat, jika masih hidup pada masa itu akan menjadi orang yang paling gembira, segembiranya beliau apabila dapat berjabat tangan dengan Lee Kuan Yew di Kota Bharu tidak lama dulu.


Pada Masa Itu Lagi...

SEKARANG DAP terlalu memuja Singapura kerana hebatnya negara itu. Dan memuji orang Malaysia kerana dapat bekerja dengan gaji besar di negara itu.

Pada masa itu, Singapura bukan lagi menjadi tempat tinggal yang paling baik untuk rakyat di negara pulau itu. Mereka mahu mencari tapak-tapak rumah yang lebih besar. Jika sekarang mereka hanya menghuni di rumah-rumah kiub, mereka mahukan rumah-rumah banglo.

Ia hanya boleh diperoleh di tanah Semenanjung yang cukup luas ini. Sekarang pun, jika orang Singapura diberi kerakyatan Malaysia - saya boleh bayangkan, pintu sempadan akan pecah dirempuh mereka.

Mereka mahu mencari tanah yang lebih luas untuk hidup. Sekangkang kera, sudah tidak cukup. Jutawan dan bilionwan sana mahukan rumah yang lebih besar untuk mendirikan mahligai masing-masing. Negara pulau itu sudah terlalu kecil.

Itu pasal sekarang pun, ramai yang sudah bermastautin di Australia atau New Zealand kerana mereka mahukan tanah yang luas.

Pada masa itu, soal batasan sempadan bukan masalah lagi. Berduyun-duyunlah orang seberang sana, mencari ketenangan di tanah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang penuh dengan kehijauan ini.

Tanah kini terbentang luas bagi mereka. Tidak perlu lagi ke Australia atau pun New Zealand.

Hukum alam sebenarnya berputar. Ia ada kitarannya. Hanya orang yang tidak tahu sejarah, tidak pernah percaya wujudnya kitaran seperti ini. Ingat sejarah; Singapura dulu milik orang lain, kini milik orang lain.

Malaysia juga tidak terkecuali.

DAP LAKNATULLAH ,SYABAS ZUL NORDIN !

HARAMKAN DAP!
Salam 2 all.

Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP.

Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama.


Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969.


Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969.


Kenyataan saperti “Melayu sudah tidak berkuasa”, “ini negeri bukan Melayu punya”, “halau Melayu keluar” dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka.


Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!!


Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP.


DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru “mursyidul am” DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya.


Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP.


Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu.


Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini.


Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, “kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini”!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Sya’ban 1431
29 Julai 2010

Thursday, July 29, 2010

Mengapa terus kunjung kopitiam

Utusan Malaysia 29 Julai 2010

JIKA sebelum ini, umat Islam digemparkan dengan insiden pasar raya besar menjual ayam yang tidak disembelih dengan sempurna, kini sekali lagi umat Islam digemparkan dengan sajian yang tidak halal oleh kebanyakan kopitiam.

Jelas terpapar dalam direktori www.halal.gov.my hanya dua kopitiam sahaja yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Justeru, apakah status makanan yang dimakan oleh umat Islam di kopitiam lain?

Sebelum kewujudan kopitiam, umat Islam lebih selesa makan dan minum di kedai-kedai makan orang Melayu Islam dan restoran-restoran mamak. Mereka menikmati makanan tanpa rasa was-was akan halalnya.

Walaupun pelbagai pihak mempersoalkan status halal dan haram makanan yang disediakan oleh kopitiam-kopitiam ini, namun majoriti masyarakat Islam tidak mengendahkannya. Jakim yang turut menyediakan kemudahan menyemak status halal sesebuah kopitiam di laman webnya, tetapi masyarakat Islam lebih percayakan pemilik-pemilik kopitiam yang meletakkan pelekat halal 'yang haram' serta mengupah anak muda Melayu sebagai pekerja mereka.

Sedarlah, bahan mentah terutama daging ayam diperolehi daripada pembekal bukan Islam malahan terdapat kopitiam yang turut menyajikan makanan haiwan eksotik seperti katak yang dilaporkan oleh media massa baru-baru ini. Namun masyarakat Islam terus tidak memandang berat insiden tersebut kerana dikelabui oleh status elit yang dibawa oleh kopitiam.

Jika masyarakat Islam masih menganggap isu halal haram kopitiam sebagai remeh, lihat pula dari sudut bagaimana kopitiam ini sebenarnya secara perlahan-lahan membunuh kedai makan Melayu di bandar-bandar.

Majoriti orang Melayu tidak akan makan dan minum di kedai kopi orang Cina kerana meragui status halalnya tetapi orang Melayu tidak menolak kopitiam. Maka berduyun- duyunlah masyarakat Islam memenuhi kopitiam terutama dari kalangan teknokrat dan korporat Melayu.

Apa pun, yang lebih penting ialah bagaimana masyarakat Islam perlu bersatu menolak kopitiam yang tanpa segan silu terus menyajikan makanan tidak halal kerana mereka anggap masyarakat Islam sendiri sudah tidak mementingkan halal atau haram sesuatu makanan.

Jika kita kasihankan generasi muda Islam yang akan rosak jiwanya kerana terus menikmati makanan tidak halal yang menjadi darah daging mereka, kita harus bertindak "mengajar" kopitiam seluruh negara agar menghormati kedudukan halal makanan orang Islam!

NORHISYAM MOHAMAD

Kota Sarang Semut, Kedah

Tuesday, July 27, 2010

Apa Jasa DAP kepada Islam

PAS menolak untuk bekerjasama dengan UMNO atas alasan UMNO tidak berasaskan Islam. Memandangkan PAS sanggup pula bekerjasama dengan DAP, maka secara logiknya, tentulah bagi PAS, DAP itu bertunjangkan Islam.

Pada kawan, PAS mungkin juga menganggap DAP lebih alim dan warak dari UMNO. Mungkin juga ahli DAP sudah dijamin syurga.

PAS sanggup menggelar pemimpin kafir harbi sebagai Khalifah dan menyamakan mereka seperti sahabat Rasulullah S.A.W.

PAS juga sanggup bertakbir tatkala para pemimpin kafir harbi ini memetik ayat-ayat Al-Quran, tanpa mengambil kira petikan tersebut tersilap dan tanpa mengira bahawa niat mereka berbuat demikian adalah semata-mata untuk memperbodohkan Melayu bagi mendapat undi.

Bagi PAS, DAP yang berikrar bahawa tidak akan sekali-kali menerima konsep Negara Islam dan sanggup mati mempertahankan pendirian tersebut adalah jauh lebih Islam dari UMNO.

Jika benar DAP jauh lebih Islam dari UMNO, kawan minta agar pemimpin dan penyokong PAS senaraikan jasa-jasa DAP terhadap Islam mahupun umat Islam selama ini.

Berapa banyakkah masjid, surau dan pusat-pusat Islam yang telah dibina oleh DAP?

Berapakah jumlah dana yang disumbangkan oleh DAP untuk pembangunan Islam?

Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh DAP untuk pendidikan Islam?

Apakah sumbangan DAP untuk umat Islam dari segi sosial, pendidikan dan juga perniagaan?

Apakah bantuan yang pernah diberikan oleh DAP untuk memajukan umat Islam di Malaysia?


Begitu juga dengan program dakwah.

Berapa ramaikah yang telah berjaya DAP Islamkan dan berapa ramaikah ahli DAP telah memeluk Islam?

Bagi mengesahkan bahawa DAP adalah jauh lebih Islam dari UMNO, PAS perlu menyenaraikan jasa-jasa mereka terhadap Islam seperti di atas untuk kita teliti.

Jasa-jasa tersebut pula wajib lebih banyak dari UMNO bagi membolehkan DAP dianggap sebagai parti yang berasaskan Islam dan boleh bekerjasama dengan PAS.

Sebagai sampingan, PAS juga harus menyenaraikan jasa-jasa mereka sendiri terhadap Islam mengikut soalan-soalan di atas bagi membolehkan parti mereka dianggap lebih Islam dari UMNO.

Maklumlah, kawan bimbang nanti jasa DAP terhadap Islam lebih besar daripada PAS sendiri.
Kawan pasti, PAS tidak akan mampu menyenaraikan jasa-jasa DAP dan PAS sendiri terhadap Islam dengan lebih panjang dari jasa-jasa UMNO.

Kegagalan PAS menjawab soalan di atas, membuktikan bahawa DAP TIDAK berasaskan Islam dan wajib ditentang, sebagaimana PAS menentang UMNO.

Kawan menjangkakan, setelah gagal menjawab soalan di atas, alasan PAS seterusnya untuk menolak bekerjasama dengan UMNO ialah kerana UMNO menolak hudud.

Tetapi bukankah PAS sendiri sudah akui bahawa hudud hanya 0.0001% sahaja dalam ajaran Islam? Lalu kenapa masih tidak boleh bekerjasama dengan UMNO?



Alasan PAS kemudiannya ialah kerana UMNO menolak negara Islam. Tetapi bukankah DAP juga sanggup mati daripada melihat negara Islam ditubuhkan oleh PAS? Kenapa bekerjasama dengan DAP boleh tetapi dengan UMNO tidak boleh?



Kita tidak faham apa sebenarnya alasan PAS untuk menolak perpaduan ummah. Hakikatnya, PAS tidak punya satu pun alasan untuk mengelak bekerjasama dengan UMNO.

Maka, celakalah umat Islam yang menolak perpaduan dengan saudaranya.

Bila Mereka Berkuasa

Di catitkan di sini sebahagian dari tindakan puak-puak cuvanis dan pencacainya apabila mereka mendapat kuasa di negeri Melayu.

1. Pasir di sedekahkan kepada kroni sesuka hati.
2. Rakyat di biarkan kekeringan menjelang 2012
3. Penjualan Arak tanpa sekatan.
4. Rumah urut tanpa lesen dan tempat maksiat tidak terkawal.
5. Harta anak Yatim di rampas.
6. Projek ternakan babi secara besar besaran
7. Memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.
8. Wang Zakat di Selangor di gesa di berikan kepada bukan Islam
9. Cadangan buka UiTM pada Bukan Melayu
10.Salah guna wang negeri untuk perayaan 100hari Pemerintahan PKR
11.Meninjau rakyat yang di timpa bencana satu perbuatan membazir.
12. Laungan azan dan kuliah subuh pada pagi hari minggu di pertikaikan.
13. Tulisan Jawi pada papan nama jalan di hapuskan.

Lain-lain tu kau orang carilah. Untuk bangsa Melayu yang telah memberi undi kepada puak Kafir Harbi dan Munafiqin dari PAS dan PKR inilah balasan yang kau orang dapat.Semoga menjadi pengajaran dan sentiasa berpegang teguhlah kepada peringatan dari al Quran yang meminta umat islam supaya berhati-hati dengan orang-orang kafirdan munafiqin.

Monday, July 26, 2010

MENGAPA KITA PERLU MENCARI MAKANAN YANG HALAL?

Kecoh sekarang ni, sana haram-sini haram. Kopitiam Old Town haram, siap jumpa kaki katak lagi, Papa Rich pun diragui, Simply Penang pun sama juga. Steven Corner pun guna sijil halal swasta, kedai roti popular di Malaysia BreadStory pun tak pernah ada halal, tapi sebab ada juruwang melayu pakai tudung, orang melayu kita pun pergi beli sebab ingat halal. Ini baru sikit contoh kedai makan di Malaysia yang tidak mempunyai sijil halal Jakim, banyak lagi yang hanya beli sijil halal swasta untuk buat wayang depan kedai kononnya makanan mereka halal.

Semasa tu kecoh di akhbar-akhbar yang mengatakan Jakim mengharamkan sijil halal swasta. Jais pun ikut sama. Tapi berita pengharaman sijil-sijil halal ni langsung tidak dilayan oleh taukeh-taukeh cina. Mereka hanya tersenyum bila membaca berita seperti ini. Bagi mereka jabatan agama Islam tidak ada kuasa untuk membantah mereka mengunakan sijil halal swasta, malah keterangan dari ejen 'halal swasta' yang mengatakan Jakim mengharamkan sijil halal swasta disebabkan sijil halal Jakim sudah tidak laku dan Jakim sudah tidak ada bisnes, atas sebab itu Jakim cuba nak ganggu bisnes 'syarikat halal swasta' ni.

Sebenarnya betul juga apa yang dikatakan oleh taukeh-taukeh cina tu, Jakim tidak mempunyai kuasa untuk melarang atau membuat sesuatu keatas restoran yang mempunyai sijil halal swasta, Jakim hanya boleh bertindak keatas restoran yang hanya mempunyai sijil halal Jakim atau restoran yang memalsukan sijil halal Jakim. Selain daripada itu, Jakim memang tidak ada kuasa. kerajaan nak gubal akta khas berkenaan dengan perkara ini. Lakukan secepat mungkin, takkan nak biarkan rakyat terus ditipu dengan halal swasta yang ni. Patutla ramai Melayu Islam yang buta perut, buta hati. Makan makanan yang tak elok rupanya.


Adakah anda menitikberatkan halal dan haram dalam kehidupan seharian? Mari kita bincangkan bersama-sama. Semoga kita bersama mendapat pengajaran dan ilmu dengan perbincangan ini.
Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.

1. Mengapa Halal?

Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.

a. Perintah Tuhan

Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)


b. Mengelakkan daripada azab Neraka

Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.

Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)

Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)


c. Doa makbul

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)


d. Diterima Amalan

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)


e. Hati bersih

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”


2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:

a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.

b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.

c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

Sumber : Halaqah.net

Thursday, July 22, 2010

Tetapkan cuti Sabtu, Ahad

Berita Harian 2010/07/22

SELURUH warga pendidik menyambut baik arahan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom kepada pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan.

Lebih baik jika cuti dua Sabtu setiap bulan ditetapkan kementerian seperti sistem cuti setiap Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga yang pernah dipraktikkan sebelum ini. Sistem cuti Sabtu dan Ahad sekarang telah cacamarba kehidupan guru terutama jika suami dan isteri guru di sekolah berlainan! Guru tidak merungut mengenai aktiviti kokurikulum setiap petang dan kelas tambahan pada cuti kerana alah bisa tegal biasa.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, pihak pentadbiran sekolah seharusnya cuba meminimumkan aktiviti ‘paksarela’ guru ke sekolah setiap Sabtu dengan mengadakan aktiviti pada hari persekolahan sama ada waktu petang atau pagi.
Sebagai contoh ada pihak pentadbiran sekolah memaksa guru mengadakan mesyuarat panitia (yang tidak mengambil masa panjang) pada Sabtu. Terpaksalah guru hadir pada hari itu untuk mesyuarat yang tidak sampai sejam, sedangkan pengetua atau guru besar dan penolong kanan beristirahat di rumah.

NORHISYAM MOHAMAD,
Kuala Kedah.

Tuesday, July 20, 2010

Nyawa-Nyawa Ikan ?!



Sudah tentu Anwar akan melompat kegembiraan apabila mengetahui bahawa Karpal Singh sedang tenat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Karpal sudah dimasukkan ke wad sejak 7-8 hari yang lalu. Mungkin sudah "nyawa-nyawa ikan" sekarang ini. Pastinya "lompatan riang ria" Anwar itu tidak dapat dizahirkan dikhalayak umum. Namun di dalam biliknya, Anwar mungkin sedang melompat "tak hengattt..."!

Kenapa Anwar gembira? Anwar mempunyai pelbagai sebab untuk gembira sakan. Salah satunya ialah berkemungkinan besar bahawa perbicaraan kes Liwat IInya akan ditunda lagi akibat peguamnya sedang tenat di hospital. Jika Karpal "goal" pula, mungkin Anwar akan memohon masa yang lebih untuk mencari dan melantik peguam barunya.

Tentulah Anwar seronok! Menunda perbicaraan Liwat IInya ini bererti dia mempunyai lebih masa untuk bebas ke sana ke mari sebelum di"sumbat" masuk semula ke "kandang besi"nya. Dah banyak kali dia tunda perbicaraannya, hinggakan sudah habis alasan untuk menundanya lagi. Namun keadaan Karpal yang tenat di hospital telah memberikannya "cahaya" baru untuk menunda kes ini lebih lama.

Yang akan menyampah dan "boring" nanti ialah Saiful Bukhari yang telah bersabar dan menunggu setelah sekian lama. Sabar je la Saiful oiii...siapa suruh kamu jadi "coffee boy" dia. Kan dah "kena sejolok"! "Kena" pulak dengan "kaki ranjau kelas dunia", sabar je la...

Anwar mungkin gembira tak terkata apabila ahli politik yang pertama yang mendakwanya terbabit dengan aktiviti liwat ini tenat. "Mampoih la hang! Aku cari lawyer lain...", mungkin itu desis hatinya. Anwar tidak mungkin memaafkan "singh" ini kerana dialah pencetus kepada aktiviti liwatnya. Dipercayai, Karpal menerima untuk menjadi peguam kepada Anwar untuk kes Liwat II ini adalah kerana "bayaran lumayan" yang ditawarkan kepadanya. "Nothing personal, only business!" kata orang.

Keadaan Karpal yang tenat itu sedikit sebanyak "melegakan" hati Anwar. Anwar tidak payah memikirkan "jawatan" apakah yang akan di"rasuah"nya pada Presiden DAP itu untuk kekal menyokongnya sebagai Perdana Menteri dalam angannya. Payah! Karpal nak jadi TPM, Kit Siang pun nak jadi TPM, Hadi pun nak TPM, Azmin ke"sayang"annya nak letak dimana? Kalau Karpal "goal", legalah sikit. Kurang satu beban...

Mungkin selepas ini Anwar akan pergi melawat Karpal di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu. Seperti biasa, "sesumpah" ini dijanka akan bijak "berlakon" di depan Karpal dan khalayak umum. Mungkin Anwar akan berbisik kepada Karpal, "dah bertaubat ke?", memulangkan "paku buah keras"nya kepada Singh itu. Tapi depan orang, Anwar akan kata dia cuma bisikkan "semoga cepat sembuh!". Biasalah, takkan tak tahu perangai Anwar...?



Anwar memang "bijak" membelit. Dia hanya memilih peguam yang ada masalah kesihatan sahaja. Hari tu dia pilih peguam yang pakai serban tu. Entah apa ke nama orang tua tu. Pun sakit juga orang tua tu. Lepas tu mamat pakai serban tu "resign" dari mewakili Anwar sebagai peguamnya. Lepas tu Karpal pulak "take over". Peguam yang dah nak "expired" yang dipilihnya? Dah la tak sihat sehingga terpaksa berkerusi roda, dekat nak nyanyuk pulak tu! "Bijak" sungguh Anwar pilih peguam. Harapannya agar peguamnya tu boleh tangguh kes di mahkamah la tu. Silap-silap, kalau peguamnya tak sakit pun, disuruhnya "sakit". Haru!



Teka-tekinya, andai kata Karpal "goal" atau tak dapat teruskan kes, siapakah bakal dipilih Anwar sebagai peguamnya? "Hint" terbaik yang mampu aku berikan ialah "peguam tu selalu masuk ICU dan selalu sakit"! Kepada sesiapa yang nak jadi peguam Anwar, sila pastikan kesihatan anda benar-benar terganggu!

- forummykmu

Monday, June 28, 2010

Cerita Lama Tentang Puak-Puak Melayu Yang Super Bodoh!!!Saja Nak Perangat Balik :Penggiliran Ketua Menteri PP : DAP Kata Tak Boleh!!!

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang hari ini membidas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff yang mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang secara giliran antara tiga parti yang kini menguasai negeri itu."Ini merupakan satu formula berbaur perkauman ciptaan Mohd. Yusmadi sendiri yang asyik gilakan kuasa sahaja," kata Setiausaha DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau mengulas cadangan Mohd. Yusmadi supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin.Mohd. Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dilaporkan berkata, formula politik baru itu bagi menggantikan formula Barisan Nasional yang memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dan Timbalan Ketua Menteri kepada wakili Melayu.Wei Aik berkata, tiada formula baru yang telah dipersetujui oleh pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang kini memerintah Pulau Pinang berhubung sistem penggiliran itu.


Beliau berkata, buat masa ini, DAPSY berpendirian bahawa belum sampai masa dan tidak perlu jawatan Ketua Menteri itu digilirkan. Katanya, DAPSY mempertahankan jawatan Ketua Menteri supaya tidak digilirkan atas alasan bahawa sebarang pelantikan untuk jawatan itu mestilah diputuskan oleh parti yang menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dan bukan atas alasan kaum Cina adalah majoriti di negeri itu."Saya ingin tegaskan bahawa formula baru yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah memberi layanan adil serta bantuan saksama kepada semua rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum, agama, jantina dan latar belakang politik. "Ini jauh lebih adil serta disambut baik oleh rakyat jelata daripada formula ciptaan Mohd. Yusmadi itu," kata Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.



KOMEN :

Aduhai Yusmadi, awat hang buat lawak, harap jadi lawyer tapi akai pendek, cadangan hang nak gilir ketua menteri ibarat anjing menyalak pada bukit, cubaan nak jadi hero kononnya nakkan melayu dapat jawatan ketua menteri pulau pinang ,lim guan eng mati hidup balik pun takkan bagi jawatan tu.

Apa? ingat Puak DAP & Cina bodoh sangatkah nak bagi undi pada melayu untuk jadi ketua menteri, zaman BN & Paklah pun tak boleh pegang,inikan pakatan haprak sosialis pulau pinang,mimpi basah Yusmadi terbantut akibat di tempeleng oleh DAPSY hingga dituduh rasis. haha.kan Pisau dah kata,orang melayu kalau tuntut hak atau mintak lebih sikit dituduh rasis.

Kenapa melayu tak sedaq lagi, melayu kena bersatu di Pulau Pinang,nak harapkan kerusi DUN yang ada pun belum tentu dapat kerusi Ketua Menteri.

Toksah mimpilah,pengadai melayu Pakatan Haram Pulau Pinang gadailah selagi yang boleh,kalau rasa tak cukup tangan mintak bantuan Anwar Berahi,dia boleh tolong jual apa yang patut.

Yusmadi dah kena tuduh rasis, anda bila lagi?

Dr Mahathir di mata seorang pensyarah Rusia


Ketika kemuncak krisis kewangan di Asia Tenggara pada Ogos 1998, saya berkunjung ke Kuala Lumpur atas undangan Gabungan Persatuan Penulis Nasinal (Gapena) dan julung-julung kali melihat lapangan terbang antarabangsa KLIA yang baru dirasmikan.

Saya dengan hairan berkata: "Dan anda cakap anda mengalami kemelesetan ekonomi!"

Reaksi hampir sama saya lahirkan apabila timbalan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Azmi Razak (yang kebetulan saya kenali ketika masih belajar di Universiti Malaya pada 1970-an) dengan bangga menunjukkan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang juga baru dirasmikan menjelang Sukan Komanwel.

Dalam mendepani kegawatan ekonomi ketika itu, tentu petandanya boleh dilihat dengan jelas. Tetapi pada amnya program pembangunan negara seiring dengan Wawasan 2020 terus dilangsungkan.

Sumbangan perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hal itu tidak boleh dinafikan. Mula-mula beliau mengambil tindakan melawan spekulator mata wang dengan menetapkan kadar tambatan ringgit yang stabil dan mengehadkan pengalirannya ke luar negara.

Strategi mengatasi krisis yang disusun perdana menteri - tanpa bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan pertubuhan antarabangsa lain - ternyata amat berkesan. Lebih penting, strategi itu dilaksanakan sedemikian rupa sehingga tidak merugikan program sosial dan tidak pula memberatkan kedudukan orang biasa.

Pemandu teksi yang membawa saya dari KLIA mengungkapkan: "Mahathir seorang perdana menteri rakyat. Dia mementingkan bukan diri sendiri tetapi orang yang sekarang berada dalam kesempitan, iaitu rakyat jelata".

Pastinya fenomena keperibadian Dr Mahathir akan disoroti lama lagi. Tindakan seorang yang luar biasa selalu menarik perhatian, tambahan pula kalau beliau memang pandai menemui jalan keluar dari sebarang situasi, bahkan yang sepintas lalu kelihatan buntu.

Saya ingat pada akhir tahun 1980-an apabila, sebagai akibat formaliti undang-undang, Umno yang diketuainya menjadi seakan-akan tidak wujud. Dr Mahathir dengan pantas mendaftarkan parti itu dengan nama Umno (baru).

Seorang wartawan asing pernah mencatat situasi itu seperti berikut:"Mahathir seumpama dengan orang yang terjatuh ke dalam lubang tetapi bukan saja boleh keluar dengan selamat, malah menemui di sana harta karun".

Dr Mahathir juga pernah dinamakan sebagai doktor rakyat apabila, selepas rusuhan kaum pada Mei 1969, beliau disingkirkan daripada partinya dan kembali menyambung kerja di klinik.

Ia berpunca daripada surat yang ditulisnya kepada perdana menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra dan kerajaan, dengan menimpakan tanggungjawab berhubung rusuhan kaum itu kepada mereka - bertentangan dengan pendapat umum waktu itu.

Dr Mahathir tidak boleh secara langsung mengambil bahagian dalam politik tetapi beliau tidak dilarang menulis. Dan beliau menurunkan fikiran yang paling terpendam ke atas kertas.

Mengapa orang Melayu di negaranya sendiri tidak berpeluang menjalankan kehidupan selayaknya? Apa mesti dilakukan bagi meninggikan taraf ekonomi mereka dengan tidak merugikan hak kaum lain? Bagaimana hendak mencapai kesetaraan antara kaum?

Ia membawa kepada kesimpulan bahawa, penting mengembalikan orang Melayu ke bidang pengeluaran dan perdagangan seperti mereka didesak keluar akibat dasar penjajah yang menggalakkan imigrasi pekerja dari India dan China serta membekukan hubungan patriarki di kalangan Bumiputera luar bandar.

Tetapi membuat itu tanpa sokongan kerajaan adalah tidak mungkin. Kerana itu, beliau mencadangkan orang Melayu diberi bantuan ekonomi khusus.

Dilema Melayu, buku karangan Dr Mahathir, diharamkan tetapi ia masih sempat dibaca orang. Persoalannya, apa gunanya mengharamkan buku itu apabila rusuhan kaum 1969 menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk menyelesaikan masalah kemunduran orang Melayu.

Kesan-kesan rusuhan, antaranya deretan kedai yang musnah dalam kebakaran di Jalan Bangsar dan sikap berhati-hati orang Melayu dan Cina terhadap satu sama lain - masih kelihatan ketara pada 1970 apabila saya bersama sekumpulan pelajar Russia julung-julung kali datang ke Kuala Lumpur.

Di Universiti Malaya, jarang dilihat pelajar-pelajar Melayu dan Cina bergaul bersama. Mereka juga mengelak membincangkan masalah politik. Betapa seriusnya hal itu dimengertikan oleh Tunku Abdul Rahman yang memilih untuk bersara.

Langkah itu boleh ditafsirkan sebagai kerelaannya mengambil tanggungjawab atas peristiwa Mei 1969 - satu pendirian berani!

Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikannya ternyata memiliki pandangan yang sama dengan Dr Mahathir. Beliaulah yang menyusun Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu.

Pastinya allahyarham turut memerhatikan Dr Mahathir pada awal tahun 1960-an apabila beliau dipilih menjadi ahli parlimen dan dengan giat mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Dengan bersaranya Tunku Abdul Rahman, maka Dr Mahathir mendapat peluang melaksanakan gagasannya dan kembali berpolitik secara aktif. Pada 1972, beliau diterima kembali dalam Umno dan diberi jawatan dalam kerajaan dua tahun kemudian.

Mula-mula Dr Mahathir dilantik sebagai menteri pelajaran. Pada 1976, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn. Pelantikan ini disusuli jawatan perdana menteri pada 1981.

Peristiwa itu disifatkan pemerhati politik bukan hanya sebagai pergantian kerajaan, malah melonjakkan ahli politik generasi baru - meskipun tidak berapa muda daripada pendahulunya tetapi mempunyai asal-usul lain, penuh gagasan baru dan berazam bergiat cergas.

Lee Kuan Yew, waktu itu perdana menteri Singapura, mencatatkan bahawa di Malaysia "generasi baru daripada lapisan bawah datang ke tampuk kekuasaan'. Dan ia sememangnya benar demikian.

Dr Mahathir bukan saja menyambung dasar pendahulunya yang mahu menyatukan di sekitar Umno pertubuhan-pertubuhan politik lain, termasuk parti pembangkang, dalam rangka BN tetapi mengubah wajah negara sama sekali.

Apabila saya kembali semula ke Malaysia selepas 16 tahun, saya tidak kenal lagi negara ini. Malaysia mendekati apa yang dinamakan negeri perindustrian baru, ia berhasil merekabentuk kereta sendiri yang dieksport dan bercita-cita melancarkan seorang angkasawan ke angkasa lepas.

Tetapi saya sempat menyaksikan gejala yang lain juga. Di mana-mana, ternampak petanda pengislaman yang cergas. Perempuan Melayu mula bertudung dan berbaju kurung labuh. Kaum lelaki Muslimnya mula lebih ketat mengikuti peraturan agama.

Bermacam-macam acara keagamaan, termasuk tilawah membaca al-Quran, menyerikan kehidupan bernegara. Islam seakan-akan menjadi perisai untuk orang Melayu mempertahankan jati diri, keperibadian dan kebudayaannya.

Lembaga-lembaga kewangan Islam, termasuk bank Islam, mendapat peluang berakar kuat. Bersamaan dengan itu, kaum-kaum lain juga mendapat keyakinan terhadap masa depan.

DEB yang disusun pada zaman Abdul Razak diubahsuai sedemikian rupa sehingga tidak menjejaskan hak mereka sambil meninggikan status ekonomi bumiputera.

Bukti keberhasilan jalan yang dipilih ialah pencapaian besar dalam bidang ekonomi yang dicerminkan antara lain dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya dan mercu tanda berprestij, Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

Cendekiawan dan kelompok masyarakat yang paling peka pada amnya menyokong dasar-dasar Dr Mahathir.

Bayangkan Malaysia, dahulunya negara agak kecil dan kurang dikenali, mengejutkan masyarakat dunia dengan menuntut agar benua Antartika diberi status "warisan seluruh umat manusia".

Malah, Malaysia sentiasa berada di barisan depan dalam pelbagai kerjasama antarabangsa, termasuk memerangi dadah, di samping menjadi penganjur penyatuan usaha negara membangun untuk mendapat tempat lebih dihormati di dunia.

Maka berkumandanglah suara Dr Mahathir yang mengungkapkan: "Kita lama memandang pada Barat tetapi tidak lagi menganggapnya sebagai contoh sesuai bagi kita".

Ia bukan sekadar kata-kata, sebaliknya diteruskan dengan langkah-langkah konkrit menuju ke arah terjalinnya hubungan lebih seimbang dengan negara lain, termasuk Russia.

Dasar Dr Mahathir dalam bidang kebudayaan juga lain daripada yang lain. Malaysia sebuah negara Asia Tenggara yang berjaya melaksanakan dasar bahasa kebangsaan.

Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah dengan pengecualian untuk penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi (IPT).

Semangat patriotisme yang menjadi ciri khas masyarakat Malaysia adalah salah satu faktor lagi yang membantu Dr Mahathir mengadakan dasarnya demi kepentingan rakyat.

Namun, Malaysia juga negara yang menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik. Dan tidak semua langkah pemimpin negara dinilai sama. Misalnya Dr Mahathir pernah dikritik kerana bertindak terhadap pembangkang pada kemuncak krisis kewangan tetapi keprihatinan beliau boleh dimengerti.

Akhirnya, kita tidak boleh tidak mengagumi cara bagaimana kerajaan Malaysia memikirkan nasib pelajar sekolah. Mereka akan hidup pada alaf baru dan, kerana itu, wujudlah satu lagi cogan kata “anak tanpa komputer ialah anak tanpa hari depan”.

Kenyataan itu bererti bahawa pada masa terdekat setiap keluarga akan menpunyai sekurang-kurangnya satu komputer.

Raja yang dilawati oleh Putera Kecil dalam karya penulis Perancis, Antoine de Saint-Exupery Le Petite Prince (Putera Kecil) pernah berkata:

"Kekuasaan patut menjadi wajar. Kalau aku memerintah rakyat untuk menceburkan diri ke laut, maka rakyat akan mencetuskan revolusi. Aku berhak menuntut kepatuhan kerana perintahku wajar".

Kini, ketika Dr Mahathir sudah bersara daripada kegiatan politik aktif, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa dasar Dr Mahathir memang wajar. Selama 22 tahun, beliau menyusun strategi yang boleh dicapai bersandarkan kepada sokongan masyarakat terbanyak.

Dr Mahathir tidak takut mengubah dasarnya, sesuai dengan perkembangan semasa dan berpandukan kepentingan rakyat terbanyak tanpa mengambil peduli pendirian Barat.

Dan apabila beliau mundur, beliau yakin akan hari cerah Malaysia kerana penerusnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak menyambungkan politik bertujuan untuk meningkat kesejahteraan rakyat.


Dr Victor A Pogadaev adalah sarjana Rusia yang kini berkhidmat sebagai profesor madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Artikel ini disediakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari lahir Tun Dr Mahathir Mohamad pada 20 Disember.

Friday, June 25, 2010

Penduduk lega BSN buka cawangan

Berita Harian 2010/06/24
SELEPAS hampir 53 tahun negara Merdeka, akhirnya Bank Simpanan Nasional (BSN) membuka cawangannya di Kota Sarang Semut, Kuala Kedah. Dengan itu berakhirlah 'kesengsaraan' penduduk Kota Sarang Semut dan sekitarnya yang selama ini terpaksa ke Pekan Simpang Empat atau Pekan Pendang bagi melakukan urusan perbankan.

Sehubungan itu, seluruh Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kota Sarang Semut mewakili penduduk setempat ingin menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah, merangkap Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri atas usaha beliau membawa BSN ke Pekan Kota sarang Semut.

NORHISYAM MOHAMAD,
Kota Sarang Semut Kedah.

Monday, June 21, 2010

MAHATHIR BUKAN ULAMA TETAPI ALLAH MEMILIHNYA UNTUK MASUK KE DALAM KAABAH

KISAH 1 : Lazatnya beribadah dalam Kaabah

Oleh DUSUKI AHMAD

AIR mata saya menitis, sayu, sedih dan hiba ketika melihat Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad merapat kemas mukanya ke multazam pintu Kaabah. Tidaklah diketahui apa yang beliau berdoa dan bermunajat. Tetapi yang jelasnya beliau amat bersyahdu.

Beliau, isterinya Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan beberapa orang pegawai pengiring baru saja selesai sembahyang isyak berjemaah, kemudian dibawa tawaf qudum/umrah dengan diiringi oleh ramai tentera kerajaan Arab Saudi.

Kebetulan malam itu - 21 Oktober 2002 - ialah malam Nisfu Syaaban. Kira-kira pukul 11 malam, rombongan Dr. Mahathir dibawa masuk ke dalam Kaabah. Lama juga beliau berada di dalamnya sehingga sempatlah beliau menunaikan sembahyang sunat pada empat penjuru Kaabah itu.

Saya merasai sayu dan hiba kerana dua tiga hari sebelum ini ketika berada di Riyadh dan di Jeddah, saya ditanya oleh ramai tokoh cendekiawan Islam tentang sebab-sebab mengapa Dr. Mahathir tidak bercadang lagi untuk menyambung perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri.

Mereka hairan bagaimana seorang pemimpin yang amat dihormati seperti Dr. Mahathir yang telah membuktikan kejayaan dalam pelbagai bidang telah membuat ketetapan untuk mengakhiri perkhidmatannya pada Oktober 2003.

Sikap seumpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara-negara Islam. Lebih-lebih lagi katanya, ``Umat Islam hari ini amat memerlukan pimpinan tokoh besar yang berwibawa seperti Dr. Mahathir, ketika nasib negara-negara Islam tidak menentu dan umatnya pula semacam mengambil sikap untuk tidak bersatu.''

Saya hanya menjawab pendek, ``Hanya Dr. Mahathir dan Allah yang mengetahui.''

Mereka tidak senang dengan jawapan itu. Mereka mahu sebab-sebab yang khusus. ``Seorang yang mendapat kurniaan Allah sebagai pemimpin yang berwibawa, dia harus amanah dan bertanggungjawab kepada orang ramai. Dia juga tidak boleh membiarkan pengikut-pengikutnya, rakyatnya dan negaranya kehilangan pemimpin.''

Saya memberi penjelasan, ``Kerana amanah dan tanggungjawablah maka Malaysia hari ini adalah negara paling aman dan selamat di rantau Asia dan Pasifik. Pentadbirannya baik, rakyatnya gembira, ekonominya kukuh dan politiknya stabil. Bahkan kita tidak ada masalah besar selain daripada penghijrahan haram kira-kira dua juta rakyat negara-negara jiran yang ingin menumpang hidup di Malaysia kerana tidak selesa di negara sendiri.

``Dan hari ini Dr. Mahathir sudah berjaya memastikan penggantinya dan menamakan seorang tokoh yang dapat menyambung dan menyempurnakan misi dan visinya.''

Beliau setuju dengan pandangan saya dan menegaskan, ``Dr. Mahathir adalah contoh mithali pemimpin Islam pada abad ini. Dan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang paling subur untuk dakwah, pembangunan ummah dan penyebaran syiar Islam.''

Kehadiran Dr. Mahathir ke negara Arab Saudi pada 21 Oktober lalu adalah atas jemputan Putera Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri pertama Arab Saudi. Dr. Mahathir dijemput memberi ucapan tentang pengalaman Malaysia dalam membangunkan ekonomi.

Tiba di Riyadh pada Sabtu 19 Oktober, Perdana Menteri disambut oleh Raja Salman bin Abdul Aziz, Gabenor Riyadh. Pada hari yang sama beliau diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada seminar yang bertemakan Wawasan Ekonomi Arab Saudi Sehingga Tahun 2020.

Seperti biasa, ucapannya mendapat sambutan luar biasa. Beliau memberi rangsangan masa depan negara Arab Saudi yang cemerlang dan gemilang. Katanya, Arab Saudi mampu menjadi kuasa besar dunia yang dapat menaungi umat Islam sejagat dan menjadi tempat berteduh negara-negara Islam yang ditindas.

Kadar pengeluaran minyak Arab Saudi sekarang adalah berjumlah 10 juta tong sehari yang memberikan hasil RM760 juta sehari atau RM277 bilion setahun. Dianggarkan kadar pengeluaran minyak Arab Saudi sekarang boleh bertahan selama 200 tahun lagi.

Beliau menyarankan supaya Arab Saudi menguasai bidang-bidang utama pengeluaran perindustrian, kewangan dan teknologi. Padang pasir dan bukit boleh disuburkan dengan tanaman melalui pengairan yang saintifik.

Beliau menegaskan bahawa pendapatan per kapita yang tinggi dan taraf hidup yang baik belum bermakna mencapai kemajuan jika sumber manusia tidak dapat dieksploitasi sepenuhnya.

Beliau mahu melihat Arab Saudi bukan saja menjual minyak mentah semata-mata, tetapi mencari jalan agar wujud nilai tambah yang maksimum kepada sumber minyak yang ada itu. Katanya, ``Minyak itu boleh diolah dan digarap menjadi barangan lain dan boleh dijual secara runcitan seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat petroleum Shell, Mobil dan lain-lain. Harga runcitan tidak pernah jatuh walaupun ketika harga minyak mentah merudum.''

Ketika di Riyadh, Dr. Mahathir dikunjungi oleh Putera Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud yang juga Perdana Menteri Pertama dan Putera Sultan bin Abdul Aziz al-Saud, Perdana Menteri Kedua yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi. Beliau juga mengunjungi Raja al-Malik Fahad bin Abdul Aziz as-Saud, raja bagi kerajaan Arab Saudi.

Pada hari kedua rombongan dibawa ke Jeddah dengan pesawat khas yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi. Di Jeddah juga Dr. Mahathir menemui ahli-ahli perniagaan dan kemudiannya dijemput ke rumah Syaikh Salleh Kamil di kawasan pembangunan yang indah di pinggir Jeddah yang diberi nama Durrah Al-Arus.

Ramai tokoh korporat dan ulama saya temui pada majlis-majlis bersama Dr. Mahathir sepanjang lawatan ke Arab Saudi. Setelah melihat sendiri air muka Dr. Mahathir dan mendengar sendiri ucapannya, maka seorang sahabat telah membisik ke telinga saya, ``Aktivis-aktivis Islam dan pendakwah hendaklah belajar daripada pengalaman yang lalu. Mengambil sikap bermusuh dengan pemerintah tidak akan memberi apa-apa faedah.''

Dikatakan ramai yang membenci Dr. Mahathir, tetapi berganda ramai yang menyanjunginya. Kerana itulah beliau mampu menjadi Perdana Menteri melebihi 20 tahun.

Mungkin beliau tidak popular bagi sesetengah orang. Apakah kerana adanya golongan tertentu yang hari-hari mencipta fitnah terhadapnya, lalu dianggapnya buruk belaka.

Siapakah pemimpin-pemimpin dunia dalam sejarah yang bersih daripada fitnah dan suci daripada pembenci? Bahkan makin tinggi dan mulia darjat kepimpinan seseorang itu maka bertambah subur fitnah terhadapnya dan bertambah biak golongan yang memusuhinya.

Sahabat yang berkenaan juga telah menegaskan kepada saya bahawa kesedaran Islam yang tinggi dan semangat juang yang kuat haruslah seiring dengan kefahaman yang sebenar.

Beliau menegaskan bahawa tamadun Islam tidak seharusnya berkisar dalam rangka bernostalgia dengan kehebatan lampau, tetapi haruslah mengambil kira kesesuaian masa kini dan masa depan.

Pada petangnya rombongan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah dibawa ke Mekah al-Mukarramah untuk menunaikan umrah. Pada malamnya mereka diberi kesempatan memasuki Kaabah. Sudah tentu mereka yang berkesempatan memasuki Kaabah itu merasai indah dan lazatnya berada dalam Kaabah. Hanya Allah yang mengetahui tentang kenikmatan itu.

- Datuk Dusuki Ahmad ialah mantan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Beliau adalah cucunda kepada ulama terkenal Kelantan, Tok Selehor

KISAH 2

DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.

"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.

Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.

Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.

Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.

Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.

Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.

Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.

"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.

"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.

Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.

Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit.
Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.

Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.

Thursday, June 17, 2010

Bank Simpanan Nasional Cawangan Kota Sarang Semut


Setelah hampir 53 tahun merdeka, akhirnya Pekan Kota Sarang Semut berjaya 'memikat' Bank Simpanan Nasional untuk membuka cawangan di Kota Sarang Semut. Maka berakhirlah 'kesengsaraan' penduduk Kota Sarang Semut dan sekitarnya yang selama ini terpaksa ke Pekan Simpang Empat atau Pekan Pendang bagi mengeluarkan wang!

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman bin Abdullah, Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah merangkap Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan di atas usaha beliau membawa BSN ke Pekan Kota sarang Semut.

Wednesday, June 16, 2010

Tauke Judi dan Sahabat Lama




Semua orang tahu Datuk S. Nallakaruppan adalah bekas rakan karib , Datuk Seri Anwar Ibrahim.Juga semua orang tahu beliau adalah bekas pengarah ekskutif syarikat judi Magnum Corporation Berhad.

Sebab itu Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu adakan sidang akhbar Selasa untuk mempersoalkan kelayakan Penasihat PKR itu nak cakap bab judi pertaruhan sukan untuk hentam kerajaan.

Ini kerana dakwanya semasa dalam kerajaan dulu Anwar pernah beberapa kali guna jet milik Magnum untuk terbang ke luar negara.

"Ketika itu saya masih memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Magnum. Saya tahu segala-galanya tentang Anwar dan Magnum.

"Kalau dia kata judi itu haram, mengapa datang kepada kami?" soalnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Nallakarupan mendakwa Anwar dan parti pembangkang sengaja bising soal judi semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Perihal Arak dan Judi



Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat pernah meluluskan 44 lesen arak di negeri Kelantan. "PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya" demikian ulasan pihak kerajaan negeri Kelantan.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994.



Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini. Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut" demikian ulas Mohammad Sabu pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN. Anwar Ibrahim pernah luluskan empat jenis judi dan judi lumba kuda semasa menjadi Menteri Kewangan, Nik Aziz pula pernah luluskan 44 lesen arak di Kelantan. Cerita ini mungkin tidak diketahui oleh orang-orang PAS dan PKR. Apa pendapat mereka jika tahu cerita ini?

Mesyuarat Agung UMNO Kota Sarang Semut ke 22



Dilangsungkan pada 28 Mei 2010 jam 8.30 malam di perkarangan rumah Cikgu Abdul Latiff. Wakil UMNO Bahagian Kuala Kedah ialah Dato' Abdullah Hasnan Kamarudin.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Dato' Latt Shariman Abdullah meranagkap Pegawai Tugas-tugas Khas YAB Perdana Menteri.

Wednesday, May 26, 2010

Kisah Menarik Bagaimana Nabi Muhammad Bertemu Allah di Sidratul Muntaha

NABI Adam a.s gembira apabila menoleh kepalanya ke kanan kerana menyaksikan kalangan zuriatnya, iaitu umat manusia melakukan amalan baik dan akhirnya melayakkan mereka masuk syurga.

Namun apabila baginda menoleh ke kiri, di dapati ada juga kalangan umat manusia yang diseksa dalam neraka akibat balasan amalan-amalan jahat yang mereka lakukan, Ini menyebabkan Nabi Adam sedih dan kecewa.

Demikianlah di sebalik makna perlakuan yang ditunjukkan oleh lelaki bertubuh sasa dan tinggi yang pertama ditemui oleh Nabi Muhammad sejurus memasuki langit pertama dalam perjalanan Mikraj untuk menemui Allah di singgahsana Sidratul Muntaha.

Baginda begitu gembira dapat bertemu dan mengenali manusia pertama ciptaan Allah itu yang kemudiannya menjadi bapa kepada seluruh manusia di muka bumi ini.

Selepas memberi salam kepada Nabi Adam, Nabi Muhammad kemudiannya dibawa naik ke langit kedua dan di situ baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa. Diikuti langit ketiga, baginda bertemu Nabi Yusuf, langit kelima, Nabi Harun dan Musa di langit keenam.

Nabi Muhammad akan memberi salam dan mengakui kenabian kepada setiap nabi yang baginda temui.

Apabila tiba di langit ketujuh, Nabi Muhammad berpeluang menyaksikan Baitul Makmur, iaitu rumah ibadat, binaan sama seperti Kaabah bagi penghuni langit terutamanya para malaikat beribadah dan melakukan tawaf.

Sesetengah mengatakan terdapat hampir 70,000 malaikat yang melakukan tawaf di Baitul Makmur itu.

Ia dikatakan mempunyai kedudukan yang bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi.

Di situ juga baginda melihat ada seorang lelaki yang wajahnya dikatakan hampir menyerupai Rasulullah sendiri.

Lalu baginda bertanya kepada Jibrail siapa lelaki berkenaan. Jibrail berkata: "Dialah nenek moyang kamu, Nabi Ibrahim."

Baginda sungguh gembira dengan pertemuan ini kerana dapat mengenali Nabi Ibrahim yang mempunyai sejarah kenabian sangat hebat terutama mampu mengalahkan Raja Namrud, berhijrah ke Palestin dan terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar dan si anak Nabi Ismail. Dari situ ia menjadi titik permulaan pembukaan Kota Mekah dan mendirikan Kaabah seperti yang diperintahkan oleh Allah.

Sejurus pertemuan yang sungguh bermakna itu, baginda berjalan sehingga ke penghujung langit ketujuh.

Berubah bentuk

Di situ baginda melihat bagaimana malaikat Jibrail yang menyerupai manusia berubah kepada bentuk asalnya. Bentuk yang sama seperti yang baginda pernah temui buat pertama kali semasa berjalan ke pulang ke rumah dari Gua Hira'.

Kebenaran perkara ini tidak dapat disangkal. Ia benar-benar terjadi sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, iaitu ayat 13 hingga 18 surah an-Najm yang bermaksud: Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibrail itu dalam rupanya yang asli iaitu berdekatan dengan Sidratul Muntaha, yang juga berdekatan dengan syurga al Makwa, (Muhammad melihat Jibrail) ketika di Sidratul Muntaha dilitupi oleh sesuatu yang melitupinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhan-Nya yang paling besar.

Selain bagi mengesahkan pertemuan Nabi Muhammad dengan malaikat Jibrail pada rupanya yang asal, ayat ini juga sebagai mengesahkan mengenai pertemuan agung antara Nabi SAW dengan Allah Rabbul Jalil secara bersemuka.

Inilah keistimewaan Nabi Muhammad dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan jaga dan bersemuka walaupun pertemuan tersebut tidak turut dihadiri oleh malaikat Jibrail.

Sebelum itu Jibrail telah meminta Nabi Muhammad mara ke hadapan iaitu memasuki Sidratul Muntaha, tempat sangat luar biasa yang tidak akan mampu terfikir oleh manusia biasa.

Apabila Nabi Muhammad turut mengajak malaikat Jibrail untuk bersama-sama dengan baginda, Jibrail berkata: "Kalau aku selangkah mara ke hadapan, maka aku akan hangus terbakar."

Lalu di hadapan Allah itu yang dikatakan jaraknya hanyalah 'dua busur panah' atau lebih dekat lagi dari itu, Nabi Muhammad diperintahkan sembahyang 50 waktu sehari semalam.

Iaitu ibadat menyembah-Nya untuk dilakukan oleh Nabi Muhammad dan seluruh umat baginda setiap hari.

Berbanding ibadat lain yang difardukan melalui turunnya wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibrail namun ibadat solat adalah perintah secara langsung daripada Allah.

Sebab itu di hari kiamat perkara pertama yang ditanyakan oleh Allah terhadap setiap individu umat Islam ialah mengenai perihal solatnya.

Segala amalan kebaikan dan kebajikan yang lain seolah-olah tidak bermakna jika seseorang itu mengabai dan meninggalkan solat secara sengaja.

Selepas pertemuan itu, Nabi Muhammad pun turun ke langit ke enam dan bertemu semula dengan Nabi Musa yang bertanyakan mengenai hasil pertemuan baginda dengan Allah.

"Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu wahai Muhammad," tanya Nabi Musa.

"Allah memerintahkan aku dan umatku supaya mendirikan solat 50 fardu waktu sehari semalam," jawab Nabi Muhammad.

Musa pun berkata lagi: "Kaum Israel pernah diperintahkan kurang daripada itu tetapi itupun mereka tidak mampu laksanakan. Kamu naiklah lagi dan minta Allah ringankan (kurang jumlah fardu) solat itu."

Sesetengah riwayat menceritakan baginda terpaksa berulang kali menemui Allah semula bagi tujuan untuk meringankan jumlah fardu solat itu. Sehinggalah akhirnya ditetapkan ibadat solat itu difardukan lima kali sehari tanpa boleh dikurangkan lagi.

Itupun Nabi Musa tetap menggesa Nabi Muhammad dikurangkan lagi lima waktu itu.

Lalu baginda pun berkata: "Aku rasa malu dengan tuhanku, namun aku reda dan aku menyerah diri."

Sepanjang mikraj itu juga Nabi Muhammad diperlihatkan dengan pelbagai kehidupan di alam akhirat, iaitu alam yang kekal bakal didiami oleh seluruh umat manusia.

Turut diperlihatkan ialah pelbagai gambaran bentuk pembalasan terhadap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia semasa hidup mereka di dunia.

Namun yang paling berkesan pada baginda yang diceritakan kepada para pengikutnya ialah mengenai gambaran syurga dan neraka.

Apa pun gambaran mengenai syurga dan neraka tersebut, namun yang jelas kedua-duanya wujud di akhirat sebagaimana yang disebut berkali-kali dalam al-Quran.

Namun itu pun masih tidak dapat dipercayai oleh sesetengah pihak.

Jadi apabila Nabi Muhammad telah melihatnya sendiri dengan mata kepala baginda, adakah kita masih tidak mempercayainya lagi?

SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI

Wednesday, May 19, 2010

BN Dalam Bahaya

Sedih tetapi benar.. hakikat BN tidak semudah dulu.

Kita pernah mendengar kenyataan bahawa manusia apabila sampai ke satu titik, tidak lagi akan dapat menerima sesuatu yang terlalu biasa dalam kehidupan. Contohnya makanan sama yang dimakan setiap hari, pakaian, kenderaan, cara hidup yang sama setiap hari. Begitu jugalah dengan cuaca politik di negara kita.

Dalam politik, apa yang boleh kita lakukan hanyalah melambatkan proses peralihan politik rakyat di negara kita. Segala usaha yang dicurahkan kesemuanya seolah-olah tidak mampu untuk menahan kebangkitan rakyat yang inginkan perubahan pada satu hari. Kita berdoa. Yang membantu BN kekal sehingga kini sebenarnya Allah Azzawajalla. Semua bukti dan maklumat yang ada, menunjukkan kecenderungan rakyat untuk beralih sokongan pada satu masa nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan lakukan perubahan terhadap jentera pilihanraya yang dilihat kurang tenaga serta tidak kreatif untuk hadapi Pilihanraya Umum.
Keputusan pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini sebenarnya adalah satu petanda tsunami politik tentang perubahan sokongan rakyat. Benar, momentum kebangkitan pembangkang akan bermula dari Sarawak melalui Sibu.

Jika dilihat ketika zaman Darurat RASCOM telah ditubuhkan bagi mengawal serangan pengganas komunis yang berpangkalan di Sibu. Kita jangan lupa bahawa Chin Peng adalah seorang Fu Chow. Selepas berakhirnya era komunisme, pakatan Malaysia Youth Liberation Front (MYLF) dan Parti Komunis Malaya (PKM)mempunyai kira-kira 95,000 ahli, malangnya kerajaan tidak memerhati pergerakan mereka mahupun mengkaji kemampuan mereka.

Melalui mereka ini, semua bentuk ideologi yang pernah diperjuangkan secara tidak sedar menular ke dalam pemikiran rakyat malah hingga ke peringkat kepimpinan. Siapa mereka, kita tidak tahu. Tetapi kita telah nampak apa yang wujud dalam agenda pihak pembangkang seolah-olah ada kesamaan dalam penentangan terhadap kerajaan yang memerintah. Bezanya pada kali ini, ia dalam bentuk reformasi politik.

Mengikut ramalan yang tidak sedap didengar, Perak bakal jatuh ke tangan PR semula pada PRU ke 13 nanti. Selangor, Kedah dan Pulau Pinang akan terus dikuasai pembangkang. Paling ditakuti, Sarawak juga tidak akan mampu menjadi penyelamat kepada BN lagi. Kesemua Bandar yang telah jatuh ke tangan DAP amat sukar untuk dirampas kembali. Begitu bijak sekali DAP yang mengatur strategi bagi melumpuhkan MCA dan SUPP. Kedua parti inilah sebenarnya benteng pertahanan BN terhadap penguasaan pihak pembangkang.

Di bandar-bandar yang majoriti penduduk cina, BN tidak berupaya untuk meletakkan calon bagi menyaingi DAP. Selagi MCA dan SUPP terus lumpuh, selagi itulah DAP akan terus bertapak dari satu tempat ke satu tempat. Dendam PAP kepada MCA hampir terbalas melalui DAP yang juga anak didik mereka. Kerana MCA lah, PAP keluar daripada Malaysia satu ketika dulu.

Rata-rata masyarakat melayu dan bumiputra leka, tidak menyedari akan hal ini. Perlu diingat, kejatuhan 4 buah negeri ke tangan pembangkang sekaligus dulu tidak pernah terfikir oleh BN. Begitu jugalah dengan kejutan yang akan dihadapi sekiranya BN tidak mengatur langkah penyelamat daripada sekarang. Kejatuhan ini kita telah jangkakan memandangkan trend dan data yang telah diperolehi.

Pilihanraya Negeri Sarawak akan muncul tidak lama lagi. Sekiranya sebahagian besar bandar-bandar yang mempunyai majoriti penduduk cina jatuh ke tangan pembangkang, maka bermulalah era dominasi DAP di negara kita. Tahniah dan syabas kepada melayu Islam PAS dan PKR yang mempercepatkan proses peralihan sokongan cina kepada PR ini. Semoga kalian juga bersama bumiputra yang lain turut sama merasa ‘keindahan’ pemerintahan DAP sehingga ke anak cucu kalian.


Posted by Apai Ngelai at 7:00 AM

Parti Politik Cina Bekerjasama Dalam Diam-diam....

Keputusan di Sibu membuktikan satu perkara dengan jelas...kuasa politik orang Cina semakin kuat dan kuasa politik Melayu semakin lemah.

Mahu terima atau tidak hakikat ini, terpulang pada pendirian dan fahaman politik masing-masing.

Mungkin ramai yang bersorak dengan melihat ini sebagai kemusnahan BN atau UMNO.

Kalau benar..maknanya kenyataan pertama bahawa kuasa politik Melayu semakin lemah adalah tepat sekali.

Dalam diam, kuasa politik kaum Cina di negara ini nyata sekali semakin semarak....umpama api dalam sekam yang membakar secara senyap.

MCA, DAP, Gerakan dan lain-lain berkerjasama dalam diam untuk memperkukuhkan kuasa politik orang Cina. Sebab itu MCA dan Gerakan tidak pernah bersungguh membantu dalam mana-mana pilihan raya. Buat jentera pun nak tak nak aje.

Itulah kekuatan dan ramuan kejayaan Cina di negara ini. Dalam kerajaan ke luar kerajaan ke...sebenarnya berkerjasama. Dalam erti kata lain, mereka kaut dari luar dan dari dalam.

Andai Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan suatu hari nanti, walaupun Perdana Menterinya mungkin Melayu, tetapi kuasa mutlak dan sebenar akan berada dalam tangan Cina....percayalah.

PKR akan tunduk kepada DAP. PAS tidak akan mampu berbuat apa-apa.

Ambil contoh kes arak di Selangor tahun lalu. Walaupun MB Selangor adalah dari PKR dan beragama Islam, tetapi dalam pertikaian minuman keras itu, DAP yang menjadi juara....arak-arak yang dirampas dipulangkan kembali.

PAS yang malu cuba menunjuk hero dengan mendesak MB tukar Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu tetapi tuntutan itu tidak pun dilayan.

Jadi siapa yang berkuasa sebenarnya...PKR patuh pada DAP, Pas jadi macam orang bodoh...itulah senario di Selangor.

Dan suatu hari nanti jika Pakatan Rakyat ini memerintah negara....mungkinlah ada PM Melayu dari PKR....tetapi kuasa sebenar adalah di tangan DAP.

Satu Hala boleh jamin...apa yang berlaku di Selangor itu akan berlaku di peringkat nasional.

Bila-bila ada isu....PKR akan menyebelahi DAP....PAS akan jadi bodoh seperti biasa....orang Melayu akan melopong.

Dan dengan begitu padunya sokongan orang Cina kepada DAP yang boleh dilihat kini, maka DAP akan menjadi komponen Pakatan Rakyat yang paling berkuasa.

Meloponglah kerajaan boneka dan bangsa Melayu nanti....percayalah juga, DAP tidak akan hanya menjadi penonton jika kerajaan Pakatan Rakyat tertubuh nanti.

Kalau tak caya...cubalah bagi kerajaan kepada Pakatan Rakyat....tengoklah apa yang akan berlaku nanti.....cuma ingat satu perkara, kemusnahan yang berlaku nanti dijamin tidak boleh diperbaiki.

Apakah satu lagi Singapura akan lahir di tengah-tengah Kepulauan Melayu?

Sundiri mau ingatlah!

Sumber: Malaysia Instinct
Posted by The Unspinners at 8:23 AM 0 comments

Monday, May 17, 2010



Haiwan Pelik?

Monday, May 10, 2010

Where have all the Chinese gone?

The decline in population of the Chinese in this country needs to be addressed with far-sighted solutions.

THE numbers have finally hit home. For years, the country’s Chinese population has been decreasing steadily but now it’s officially recognised that Penang is no longer a Chinese majority state.

Last week, a Chinese newspaper highlighted that there were now 18,000 more Malays this year than Chinese in the state.

Quoting Penang Statistics Department director Wan Mohamad Noor Wan Mahmood, Nanyang Siang Pau reported that there were about 650,000 Chinese in Penang, making up about 43% of the total population in 2005, but this was expected to drop to 40.9% this year.

For the Malays, the numbers will increase to over 670,000, up from 41.3% to 42%, in Penang, which will have a population of 1.6 million.

This is not exactly new. Last year, journalist Helen Ang wrote a well-researched article on the shrinking Chinese community, predicting that in another 25 years, the Chinese population will be down to a mere 18.6% of the population.

It is projected that while the annual growth of the bumiputra population in the next decade (2011-2021) will be at 1.98%, the corresponding Chinese growth will only be 0.73%.

Quoting researcher Saw Swee Hock, Ang wrote that by 2035, Malaysia will have 41 million people, of which 72.1% would be bumiputra.

The decline in the Chinese population is not just a phenomenon in urban areas in Penang, Kuala Lumpur, Ipoh and Seremban but also in rural Kelantan, Terengganu and Perlis.

The reasons are obvious – Chinese parents prefer to have only one or two children in a family that places great emphasis on education. Education certainly does not come cheap as many working parents do not expect or hope for government assistance.

Personal advancement is also high on the priorities of young Chinese and many are putting off marriage. The effects of such decisions have a serious bearing on fertility and family growth.

There is also perhaps lesser pressure on Chinese career women to settle down, unlike in other communities where parents sometimes take an active role in arranging marriages for their children.

There is also another disturbing trend – the Chinese are said to make up the largest num­ber of Malaysians who have migrated, with the number said to be over 300,000 in the last 18 months.

While it is easy to generalise that these Chinese migrated because of grievances with government policies, many could have decided to make these huge decisions because of economic rather than political reasons.

Many parents make the sacrifice of uprooting themselves, and sometimes settling for lower paid jobs, because they have calculated and found it cheaper for their children to have tertiary education in Australia.

This is not peculiar to the Chinese in Malay­sia alone, as it also happens in Singapore and Hong Kong. Even in China, career advancement and economic reasons would be the biggest considerations when the people decide to migrate.

But it cannot be denied that political reasons such as perceived injustices would be a push factor in shaping their decisions. Certain­ly in Malaysia, there are many Chinese who wish that the education system could be better and for a fairer deal and a more efficient and quicker economic pace.

The community works hard for the money. It is their entrepreneurial spirit that has helped ease the burden of the Government. They certainly are the biggest individual taxpayers in the country and we should be grateful for their contributions.

That is what the Chinese want, it’s that simple. They do not want the Government to owe them a living. They merely expect to be accorded respect and recognition. Surely they need not be reminded by petty-minded politicians to be grateful.

The majority of Chinese would stay in this country because they love Malaysia and they do not know any other country, just like their Malay and Indian brethren.

A week in a foreign land, even China, is enough and they will yearn to come home to where they were born and will certainly die in.

The sharp drop in the Chinese population would certainly have political, economic and social ramifications.

Chinese-based political parties would obviously need to re-think their strategies, if not the future of their membership base.

Far-sighted Chinese businessmen, seeing the changing demography of Malaysia, have already reassessed their customer base. Direct selling company Hai-O, for example, began a radical shift towards the growing Malay market by recruiting Malay members and rewarding them with trips to the Holy Land.

Hypermarkets are said to prefer locating their premises in Malay majority areas because of the huge consumption of their bigger families compared with smaller Chinese families. For sure, the Malay middle class now has stronger purchasing power.

Many Chinese restaurants, especially in Kuala Lumpur, have changed their menus to pork-free or halal to win a larger customer base.

For some, the factors of demand and supply have simply led to the growing degree of integration or pressure of assimilation.

There would be other challenges for the community, including having to improve on their social and language skills, as Malaysia evolves.

Certainly, it makes little practical sense for Chinese guilds and associations to reward married couples with small amounts of cash to have children in their attempt to reverse the trend.

It is better that greater attention be placed on improving the quality of the young in the community, to rise to the challenges of the changing world, and become good Malay­sians. Quite simply, it’s the quality that matters.

Saturday, May 8, 2010

Lesen pertaruhan Piala Dunia undang kebencian pengundi Melayu

Lesen pertaruhan Piala Dunia undang kebencian pengundi Melayu


Berita harian 2010/05/08
SAYA memohon agar kerajaan mempertimbangkan semula kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein iaitu kerajaan berhasrat mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan dilakukan ketika kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal Jun ini.

Walaupun pengeluaran lesen itu bertujuan mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini sepanjang kejohanan itu berlangsung, namun kerajaan harus mengambil kira sensitiviti masyarakat, terutama umat Islam. Saya berpendapat kerajaan tidak perlu mengeluarkan lesen berkenaan kerana aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku kerana sindiket judi tetap akan menganjurkan pertaruhan haram bagi mendapatkan keuntungan yang lebih.

Perkara lebih penting lagi isu lesen judi itu akan terus berkumandang sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Ia akan dijadikan modal oleh pakatan pembangkang terutama Pas bagi menarik sokongan pengundi Melayu.

Ketika itu, pendapatan untung yang tidak seberapa hasil cukai judi Piala Dunia 2010 tidak akan dapat ‘menampung’ kebencian pengundi Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) umumnya dan Umno khususnya.

NORHISYAM MOHAMAD,
Pergerakan Pemuda Umno, Bahagian Kuala Kedah

Saturday, May 1, 2010

POLITIK MELAYU ‘ENTAH APA-APA’

Utusan Malaysia 1 May 2010

INSIDEN ADUN Kubang Rotan mempertikaikan kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau.

Walau dalam apa keadaan sekalipun sebagai ADUN, beliau tidak sepatutnya mempertikaikan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Ini jelas menunjukkan bahawa ADUN tersebut tidak cerdik dan sekiranya beliau menggunakan alasan tidak tahu, hal tersebut jelas menunjukkan beliau tidak pernah belajar atau berminat untuk mempelajari sesuatu sepanjang dua tahun menjadi ADUN! Atau mungkin beliau patut dimaafkan sahaja kerana beliau memang “tidak selayaknya” menduduki jawatan tersebut!

Bagaimanapun inilah dilema politik orang Melayu, di sebalik kaum India dan Cina berlumba-lumba meletakkan calon cerdik pandai untuk mewakili mereka dalam perjuangan politik, orang Melayu pula terus seronok dengan “calon entah apa-apa”. Maka terhasillah pemimpin-pemimpin politik orang Melayu yang ideanya entah apa-apa, percakapannya entah apa-apa, tingkah lakunya entah apa-apa, tindakannya entah apa-apa dan memang tak tahu apa-apa.

NORHISYAM MOHAMAD

Kuala Kedah

Wednesday, April 28, 2010

Guru Ingin Tahu Perkembangan Jawatankuasa

Berita Harian : Guru ingin tahu perkembangan jawatankuasa


2010/04/28
SUDAH hampir sebulan penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan ditanggung guru di seluruh negara seperti diumumkan sebelum ini. Ia perkhabaran gembira buat warga guru, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan berkaitan penubuhan jawatankuasa khas itu.

Guru ingin tahu apakah metadologi kajian yang akan digunakan jawatankuasa khas itu dan mengharapkan mereka dibabitkan secara langsung supaya permasalahan guru sebenar sampai ke jawatankuasa khas ini.

Permasalahan ini seharusnya diselesaikan segera berikutan ia merugikan guru dan pelajar. Justeru, guru seluruh negara amat mengharapkan transformasi dalam profesyen perguruan akan diumumkan.

NORHISYAM MOHAMAD,
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah.

Monday, April 26, 2010

Inilah Politikus Melayu

ADUN Kubang Rotan mempertikaikan kuasa Sultan sebagai ketua Agama Islam. Inilah politik orang Melayu, disebalik kaum India dan Cina meletakkan calon cerdik pandai untuk mewakili mereka dalam perjuangan politik, orang Melayu pula terus seronok dengan "calon entah apa-apa". Perkara ini berlaku di dalam UMNO, PAS mahupun calon Melayu PKR, maka terhasillah pemimpin-pemimpin politik orang Melayu yang ideanya entah apa-apa, percakapannya entah apa-apa, tingkah lakunya entah apa-apa, tindakannya entah apa-apa dan memang tak tahu apa-apa.

Saturday, April 10, 2010

PROJEK BAIKPULIH RUMAH MANGSA RIBUT DI KAMPUNG BANGGOL OSMAN, KOTA SARANG SEMUT

Baru - baru ini rumah Encik Mansor bin Md Ali hampir menyembah bumi dalam satu kejadian ribut di Kampung Banggol Osman, Kota Sarang Semut. Keadaan rumah mangsa rosak teruk.
Pengerusi JKKKP Kota Sarang Semut, Cikgu Abd Latiff bin Basri memaklumkan kejadian tersebut kepada Penyelaras Parlimen Kuala Kedah, Tuan Syed Zainuzman Syed Yahya dan Penyelaras DUN Pengkalan Kundur, Encik Kamaruzaman bin Mohd Amin.
Kehadiran mereka telah memberi sinar baru kepada Encik Mansor bin Md Ali. Atas inisiatif JKKKP Kota Sarang Semut dengan kerjasama Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICUJPM), peruntukan sebanyak RM18,000.00 diluluskan untuk tujuan baikpulih rumah mangsa yang di dalam kategori “ miskin tegar “.
Kini rumah baru Encik Mansor sedang dibina dan dipantau selia oleh JKKKP Kota Sarang Semut.
Terima Kasih, 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.




Keadaan rumah mangsa , batu dan pasir


Rumah mangsa, Tiang Batu dan Dawai









Rumah baru Encik Mansor yang sedang dibina semula

Tuesday, April 6, 2010

Beban tugas guru SK elok diketahui umum

BERITA HARIAN 2 APRIL 2010

SAYA menyambut baik penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan ditanggung guru sekolah di seluruh negara, seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebenarnya masalah beban kerja guru berlebihan atau lebih tepat lagi kerja-kerja perkeranian yang langsung tiada kaitan dengan tugas mengajar guru, sudah lama disuarakan. Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pengetua saling berganding bahu mendidik guru menjadi kerani profesional tanpa memerlukan kos tambahan.

Malang buat guru di sekolah kebangsaan (SK) apabila sesi pengajaran dan pembelajaran sering terganggu akibat menurut kehendak pengetua yang begitu dedikasi melayan tuntutan keperluan data, borang, kertas kerja, segala dokumentasi, pertandingan keceriaan dan kebersihan daripada pelbagai pihak.

Lebih malang lagi apabila setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan, guru SK akan dibandingkan dengan pencapaian guru sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC). Perbandingan yang menjatuhkan moral guru SK tanpa membabitkan penilaian beban kerja guru SK dengan SJKC secara adil.

Penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara harus disambut baik agar keadilan untuk guru dapat ditegakkan dan seterusnya mengembalikan profesyen perguruan ke landasan profesionalismenya dalam erti kata sebenar.

Untuk menyempurnakan hasrat murni ini, jawatankuasa khas ini harus berdepan sendiri dengan guru untuk mencungkil beban tugas sebenar guru. Jangan hanya mendapat laporan daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pengetua dengan menggunakan teknik ‘remote control’ kerana mereka ini langsung tidak mengerti, malah tidak tahu apa beban ditanggung guru.

Kumpul guru dan dapatkan permasalahan dan pandangan mereka secara terus tanpa melalui pihak perantaraan. Seluruh insan bergelar guru amat berharap penubuhan jawatankuasa khas ini akan memulakan siri baru pengkisahan guru kembali berkobar untuk mengajar, bukannya terus dipaksa menjadi kerani kepada ketua kerani sekolah.

NORHISYAM MOHAMAD,
Pemuda Umno
Bahagian Kuala Kedah.