Saturday, May 1, 2010

POLITIK MELAYU ‘ENTAH APA-APA’

Utusan Malaysia 1 May 2010

INSIDEN ADUN Kubang Rotan mempertikaikan kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau.

Walau dalam apa keadaan sekalipun sebagai ADUN, beliau tidak sepatutnya mempertikaikan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Ini jelas menunjukkan bahawa ADUN tersebut tidak cerdik dan sekiranya beliau menggunakan alasan tidak tahu, hal tersebut jelas menunjukkan beliau tidak pernah belajar atau berminat untuk mempelajari sesuatu sepanjang dua tahun menjadi ADUN! Atau mungkin beliau patut dimaafkan sahaja kerana beliau memang “tidak selayaknya” menduduki jawatan tersebut!

Bagaimanapun inilah dilema politik orang Melayu, di sebalik kaum India dan Cina berlumba-lumba meletakkan calon cerdik pandai untuk mewakili mereka dalam perjuangan politik, orang Melayu pula terus seronok dengan “calon entah apa-apa”. Maka terhasillah pemimpin-pemimpin politik orang Melayu yang ideanya entah apa-apa, percakapannya entah apa-apa, tingkah lakunya entah apa-apa, tindakannya entah apa-apa dan memang tak tahu apa-apa.

NORHISYAM MOHAMAD

Kuala Kedah

No comments:

Post a Comment