Wednesday, May 19, 2010

BN Dalam Bahaya

Sedih tetapi benar.. hakikat BN tidak semudah dulu.

Kita pernah mendengar kenyataan bahawa manusia apabila sampai ke satu titik, tidak lagi akan dapat menerima sesuatu yang terlalu biasa dalam kehidupan. Contohnya makanan sama yang dimakan setiap hari, pakaian, kenderaan, cara hidup yang sama setiap hari. Begitu jugalah dengan cuaca politik di negara kita.

Dalam politik, apa yang boleh kita lakukan hanyalah melambatkan proses peralihan politik rakyat di negara kita. Segala usaha yang dicurahkan kesemuanya seolah-olah tidak mampu untuk menahan kebangkitan rakyat yang inginkan perubahan pada satu hari. Kita berdoa. Yang membantu BN kekal sehingga kini sebenarnya Allah Azzawajalla. Semua bukti dan maklumat yang ada, menunjukkan kecenderungan rakyat untuk beralih sokongan pada satu masa nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan lakukan perubahan terhadap jentera pilihanraya yang dilihat kurang tenaga serta tidak kreatif untuk hadapi Pilihanraya Umum.
Keputusan pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini sebenarnya adalah satu petanda tsunami politik tentang perubahan sokongan rakyat. Benar, momentum kebangkitan pembangkang akan bermula dari Sarawak melalui Sibu.

Jika dilihat ketika zaman Darurat RASCOM telah ditubuhkan bagi mengawal serangan pengganas komunis yang berpangkalan di Sibu. Kita jangan lupa bahawa Chin Peng adalah seorang Fu Chow. Selepas berakhirnya era komunisme, pakatan Malaysia Youth Liberation Front (MYLF) dan Parti Komunis Malaya (PKM)mempunyai kira-kira 95,000 ahli, malangnya kerajaan tidak memerhati pergerakan mereka mahupun mengkaji kemampuan mereka.

Melalui mereka ini, semua bentuk ideologi yang pernah diperjuangkan secara tidak sedar menular ke dalam pemikiran rakyat malah hingga ke peringkat kepimpinan. Siapa mereka, kita tidak tahu. Tetapi kita telah nampak apa yang wujud dalam agenda pihak pembangkang seolah-olah ada kesamaan dalam penentangan terhadap kerajaan yang memerintah. Bezanya pada kali ini, ia dalam bentuk reformasi politik.

Mengikut ramalan yang tidak sedap didengar, Perak bakal jatuh ke tangan PR semula pada PRU ke 13 nanti. Selangor, Kedah dan Pulau Pinang akan terus dikuasai pembangkang. Paling ditakuti, Sarawak juga tidak akan mampu menjadi penyelamat kepada BN lagi. Kesemua Bandar yang telah jatuh ke tangan DAP amat sukar untuk dirampas kembali. Begitu bijak sekali DAP yang mengatur strategi bagi melumpuhkan MCA dan SUPP. Kedua parti inilah sebenarnya benteng pertahanan BN terhadap penguasaan pihak pembangkang.

Di bandar-bandar yang majoriti penduduk cina, BN tidak berupaya untuk meletakkan calon bagi menyaingi DAP. Selagi MCA dan SUPP terus lumpuh, selagi itulah DAP akan terus bertapak dari satu tempat ke satu tempat. Dendam PAP kepada MCA hampir terbalas melalui DAP yang juga anak didik mereka. Kerana MCA lah, PAP keluar daripada Malaysia satu ketika dulu.

Rata-rata masyarakat melayu dan bumiputra leka, tidak menyedari akan hal ini. Perlu diingat, kejatuhan 4 buah negeri ke tangan pembangkang sekaligus dulu tidak pernah terfikir oleh BN. Begitu jugalah dengan kejutan yang akan dihadapi sekiranya BN tidak mengatur langkah penyelamat daripada sekarang. Kejatuhan ini kita telah jangkakan memandangkan trend dan data yang telah diperolehi.

Pilihanraya Negeri Sarawak akan muncul tidak lama lagi. Sekiranya sebahagian besar bandar-bandar yang mempunyai majoriti penduduk cina jatuh ke tangan pembangkang, maka bermulalah era dominasi DAP di negara kita. Tahniah dan syabas kepada melayu Islam PAS dan PKR yang mempercepatkan proses peralihan sokongan cina kepada PR ini. Semoga kalian juga bersama bumiputra yang lain turut sama merasa ‘keindahan’ pemerintahan DAP sehingga ke anak cucu kalian.


Posted by Apai Ngelai at 7:00 AM

No comments:

Post a Comment