Thursday, July 22, 2010

Tetapkan cuti Sabtu, Ahad

Berita Harian 2010/07/22

SELURUH warga pendidik menyambut baik arahan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom kepada pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan.

Lebih baik jika cuti dua Sabtu setiap bulan ditetapkan kementerian seperti sistem cuti setiap Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga yang pernah dipraktikkan sebelum ini. Sistem cuti Sabtu dan Ahad sekarang telah cacamarba kehidupan guru terutama jika suami dan isteri guru di sekolah berlainan! Guru tidak merungut mengenai aktiviti kokurikulum setiap petang dan kelas tambahan pada cuti kerana alah bisa tegal biasa.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, pihak pentadbiran sekolah seharusnya cuba meminimumkan aktiviti ‘paksarela’ guru ke sekolah setiap Sabtu dengan mengadakan aktiviti pada hari persekolahan sama ada waktu petang atau pagi.
Sebagai contoh ada pihak pentadbiran sekolah memaksa guru mengadakan mesyuarat panitia (yang tidak mengambil masa panjang) pada Sabtu. Terpaksalah guru hadir pada hari itu untuk mesyuarat yang tidak sampai sejam, sedangkan pengetua atau guru besar dan penolong kanan beristirahat di rumah.

NORHISYAM MOHAMAD,
Kuala Kedah.

No comments:

Post a Comment