Thursday, December 26, 2013

MACAM NILAH PEMIMPIN ISLAM..!!!

Tidak di pengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya membuat keputusan berlandaskan syariat Islam dan demi kaharmornian masyarakat dan negara.!!!!
Bukan macam sesetengah pemimpin yang mendakwa terlebih Islam dari orang lain tapi mengikut telunjuk Hindu dan Kristian

PAS KELANTAN TAKKAN HANTAR ROMBONGAN SERTAI DEMONSTRASI DI DATARAN MERDEKA TENGAH MALAM 31 DISEMBER 2013!!!

Wednesday, December 25, 2013

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dan Nik Amar dijangka sekali lagi menjadi sasaran kebencian dan maki hamun para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya puak-puak berbaju PAS tetapi hati dan jiwa mereka PKR dan DAP. Ini ekoran keputusan PAS Kelantan yang mengambil kesimpulan daripada keputusan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato' Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan.

Ahmad Yaakob berkata demikian selepas mempengerusi mesyuarat tersebut pada 24 Disember 2013 jam 9:00 malam di Bangunan PAS Jalan Dato Pati, Kota Bharu. Menurutnya, PAS Kelantan memutuskan, tidak akan menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.

Sehubungan dengan itu, beberapa PAS Kawasan yagn sebelum ini merancang untuk menghantar wakil dan penyokong ke perhimpunan tersebut, bertindak membatalkannya.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PAS yang tidak mahu menuruti perintah dan kehendak PKR, Anwar Ibrahim, DAP dan Lim Guan Eng, mereka akan menjadi sasaran kecaman penyokong sendiri. Sehinggakan ada yang dipecat dan disingkirkan seperti Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa.

Ahmad Yaakob dan Nik Amar sebelum ini pernah dimaki hamun oleh penyokong-penyokong PAS kerana memperlihatkan hubungan akrab dengan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Pusat. Lebih-lebih lagi apabila Ahmad Yaakob datang menghadap Najib di Putrajaya untuk menguruskan geran untuk pembiayaan projek air bersih di seluruh Kelantan yang masih tidak selesai-selesai semenjak dari tahun 1993.

Bersiap sedialah untuk mendengar kecaman demi kecaman terhadap Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berhubung keputusan terbaru ini!!!

Silap-silap, Nik Aziz pula yang akan bersuara setelah diusap, dibelai, dipujuk dan dibodek oleh orang di sekelilingnya!!!

 

sumber

No comments:

Post a Comment