Monday, December 16, 2013

BAGUSLAH BILA DS NAJIB DENGAR DENYUT NADI RAKYAT..BUKAN DENYUT POKET KERPARAT!!!

Rakyat yang akan menentukan nasib DS Najib sebagai PM Malaysia seelpas PRU 14 dan bukannya golongan korporat penghisap darah apatah lagi kaum kerabat mereka yang JKKKPKSS yakin majoriti lebih cenderung kepada pembangkang!!!

Jadi suatu keputusan terbaik telah di buat..rakyat gembira..tahap kesihatan BN pun nampaknya sedikit meningkat..mungkin kerparat-kerparat sedikit berduka sebab kekayaan mereka gagal meningkat secara mendadak..tapi harapan BN untuk terus menerajui negara ada sedikit sinarnya...


SAH, TIADA KENAIKAN TOL PLUS

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah.

Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa.

Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment