Tuesday, December 10, 2013

LUAHAN SUARA HATI RAKYAT KEPADA BLOGGER

Rakyat meluahkan rasa kepada Blogger dan blogger rasa bertanggungjawab menyampaikan luahan rasa rakyat. BR1M tak akan mencukupi untuk menampung kerakusan peniaga Cina yang sudah bersiap-siap mengira kenaikan untung dari kenaikan tarif letrik mulai Januari 2014. Pemikir-pemikir hebat di pejabat Perdana Menteri fikir-fikirkanlah...lakukan sesuatu untuk mebantu kesusahan orang kampung..naikkanlah apa sahaja tarif tapi pastikan harga barangan keperluan murah atau mungkin penduduk luar bandar dibantu untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan...
barang murah..rakyat senang...BN menang..!!! 



Keperitan Hidup Rakyat -Akan Menghantui Bn Menjelang PRU-14

Bagaikan domino, satu demi satu tindakan kerajaan, menjurus kepada keperitan hidup rakyat. Isunya hanya satu- SUBSIDI DIKURANGKAN.

Memang, tindakan mengurangkan subsidi adalah satu kebijakan fiskal yang baik. Tujuannya bukan sahaja mengurangkan beban kewangan negara, juga mengurangkan defisit perbelanjaan.

Namun, kerana faktor subsidi merupakan elemen yang signifikan terhadap kenaikan harga, maka rakyat terperangkap dengan keadaan itu. Rakyat maksudnya, bukan sahaja pengguna yang terperangkap, malah peniaga, kerana peniaga tidak menggunakan perkiraan rasional dalam menentukan harga barangan.

Harga gula dikurangkan subsidi, tapi harga bawang pulang dinaikan dua kali. Minyak dikurangkan subsidi, tapi harga timun dinaikan dua kali.

Keperitan hidup kini dialami oleh rakyat yang berpendapatan rendah, kerana gaji yang mereka dapat seluruhnya digunakan untuk menampung kehidupan, ertinya tabungan untuk masa depan tidak boleh dilakukan lagi.

Keperluan kewangan merupakan vital bagi setiap rakyat, mula daripada keperluan anak-anak bersekolah, sehingga kepada keperluan kediaman.

Kualiti hidup rakyat sudah terancam, apa lagi mencuba lifestyle zaman moden.

Dalam sistem pilihanraya negara, suara majoritilah yang menentukan kemenangan. Dan ternyata, suara majoriti inilah yang terkena impak besar terhadap kebijakan kerajaan yang sedang dilakukan.

Memang mudah, untuk memperkatakan, rakyat kena bersabar, rakyat kena berkorban, slogan ini, telah wujud sejak merdeka lagi.

Pada zaman pre-merdeka, slogan itu, memang sesuai, kerana kita mahu menuntut kemerdekaan; namun kita sudah merdeka 56 tahun, tak kan slogan yang sama perlu diulang lagi.

Para pemimpin, kena ingat, masih ramai rakyat belum menikmati keperluasan asas sebagai rakyat sebuah negara merdeka. Satu fakta, sehingga kini, tidak sedikit rakyat yang masih belum menikmati air bersih, sedangkan keperluan itu, sangat vital untuk melahirkan kehidupan yang berkualiti.

Di peringkat bandar, malah sudah dicanangkan bagaimana mengadakan tandas yang serba canggih, mesra pengguna dan menepati keperluan kehidupan yang berkualiti. Namun, kita terlupa bahawa mengwujudkan tandas yang bersih, memerlukan air sebagai bahan pembersih.

Kesabaran rakyat ada hadnya, selagi mereka melihat, menyaksikan ketimpangan sosial, ketimpangan ekonomi dan ketimpangan cara kehidupan.

Sebenarnya, perjuangan kerajaan adalah bagaimana mengwujudkan kesama taraan kehidupan, bukannya sibuk dengan kewujudan ketimpangan anutan sosial seperti LBGT. Aliran ini, sebenarnya sukar dibendung, kerana dari segi fakta agamapun, keadaan ini telah wujud berkurun lamanya.

Aliran LBGT, sebenarnya adalah penyimpangan sosial untuk membezakan antara manusia yang diredahi Allah dan yang bukan. Sebabnya, jika perkahwinan antara lelaki dan lelaki atau wanita dan wanita berlaku, maka mereka tidak akan mempunyai zuriat sebagai penerus kehidupan songsang mereka. Ertinya, dunia ini, akan terlepas gejala ini, kalau semua pelaku songsang ini, pupus di dunia. Pada masa itu, hanya mereka yang diredahi Allah sahaja yang menghuni muka bumi ini. Seseungguhnya Allah maha mengetahui, maha tahu dan maha perancang, kepada semua gejala yang menyimpang dalam kehidupan semulajadi manusia. 
 
Kerajaan, seharusnya memberi penumpuan kepada bagaimana menaik taraf kehidupan rakyat, dengan berbagai kaedah yang mudah dilakukan. mudah difahami, bukannya yang berunsur penuh brokrasi, dan hanya dapat dinikmati oleh mereka-mereka yang terpilih.
 
AYT, berkata demikian, kerana menurut pengalaman, kalaulah kabel seseorang itu, tidak kuat, maka kata orang :habukpu tarak"
 
Jika Bn, mahu mengekalkan tapuk kuasa "beyond" PRU-14, maka mulai sekarang, perlu mengambil kira keperluan rakyat majoriti terutama yang berada di pedesaan.



SUMBER

No comments:

Post a Comment