Monday, December 9, 2013

BILA DS ROSMAH MANSUR NAK BERJASA KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI MALAYSIA..???

Kita akui kehebatan DS Rosmah dalam hubungan istimewa dengan isteri-isteri pemimpin besar dunia sebagaimana yang telah diceritakan oleh DS Najib. Itulah hasil dari sumbangan tenaga beliau di peringkat antarabangsa yang selama ini sering di pertikai dan dimanipulasi oleh pembangkang.

Kita juga teringin nak tengok bilalah DS Rosmah dapat menggunakan pengaruh beliau untuk membisikkan sesuatu ke telinga Perdana Menteri Malaysia agar  bertindak menangani kenaikan harga barangan di Malaysia termasuklah tarif letrik yang akan naik pada tahun 2014. Kalau DS Rosmah dapat melakukannya, beliau bukan saja dapat menyelamatkan rakyat Malaysia dari sengsara akibat kenaikan harga barangan keperluan, tarif letrik dan lain-lain yang bakal naik..tetapi DS Rosmah juga mungkin akan dapat menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri Malaysia dan parti Barisan Nasional dari tumbang pada tahun 2018...!!!



SUMBER

No comments:

Post a Comment