Sunday, December 8, 2013

BUKAN PENAFIAN SYIAH MAT SABU YANG DIPERTIKAI...

Bukan penafian Syiah Mat Sabu yang JKKKPKSS nak pertikai sebab masing-masing penyokong PAS pun tahu siapa Mat Sabu yang sebenar tapi JKKKPKSS hairan, siapa Mat Sabu ni yang asyik keluar negara...sibuk mengalahkan menteri-menteri kerajaan. Tatkala menteri-menteri kerajaan sibuk membantu mangsa banjir, pemimpin PAS pula hanya sekadar menunjukkan muka kemudian terbang ke luar negara..!!!

Hebat sangatkah otak bos No 2 Parti Islam ini sampai terpaksa meninggalkan rakyat..penyokong yang sedang dalam kesusahan..??? Universiti mana yang jemput Mat Sabu bagi mendedahkan otak dia atau ada persidangan antarabangsa mana yang ingin berkongsi perkembangan otak Mat Sabu ni..????

Atau tatkala pemimpin Barisan nasional sedang sibuk membantu rakyat yang dalam kesusahan..Mat Sabu pula sibuk dengan misi menghasut rakyat dan pelajar di luar negara..??? atau ada satu lagi misi menjahanamkan imej Malaysia dalam kalangan pelabur luar..????



Mat Sabu nafi menganut Syiah


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.
"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke luar negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.
Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.
PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.- astroawani



sumber

2 comments:

  1. RUPA RUPANYA MAT SABU, TIMBALAN PRESIDEN PAS ITU SEORANG SYIAH.

    Menteri KDN dan Naib Presiden UMNO memberitahu para perwakilan yang Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS itu adalah seorang Syiah. Tentu sekali Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mendapat bukti kukuh penglibatan Mat Sabu di dalam aktiviti Syiah.

    Seperti yang umum sedia maklum, Mat Sabu adalah rakan baik Lim Guan Eng dan menganggoti Lembaga Pengarah sebuah GLC Pulau Pinang. Seorang yang memartabatkan komunis dan sempati dengan Chin Ping. Beliau cuba mengubah fakta sejarah yang komunis yang memerdekakan Malaya.

    Penulis tidak menyangka ahli PAS masih memilih golongan syiah dan rakan Anwarinas, sebagai Timbalan Presiden PAS menepikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, seorang berpendidikan agama.

    Malaysia mengharamkan ajaran Syiah dan apabila Kedah meluluskan Undang Membenteras Syiah, Mat Sabu boleh di ambil tindakan. Ajaran Syaiah sama seangkatan dengan Ajaran Tuhan Haron. Kerajaan akan mengambil tindakan pada waktu yang sesuai iaitu selepas segala butiran undang undang diperhalusi.

    Apa akan terjadi kepada PAS jika Mat Sabu ditakdirkan menjadi Presiden PAS? Dia hendak sesat seorang tak apa lah tetapi jangan sesatkan orang lain. Berapakah jumlah ahli PAS? 800,000 orang? Berapakah penyokong PAS? 3 juta? Jika benar, itulah bilangan orang yang akan di sesatkan. Sungguh besar bahayanya dan dosanya. Semoga ahli biasa dan penyokong PAS cepat insaf dan menyedari kesilapan serta tinggalkan Mat Sabu. Para pengurusan atas PAS sudah `buta hati’. Tak boleh buat apa apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengikut PAS pun tahu Mat sabu Syiah...tapi merekapun tak boleh berbuat apa-apa sebab kata mereka mat sabu bertaqiyah dan demi politik mereka pun bertaqiyah...

      Delete