Sebab apa rakyat langsung tak tersentuh hati bila PM, TPM atau menteri bercakap berbuih-buih mulut yang kerajaan dah banyak sangat beri subsidi kepada rakyat..berbillion-billion!!
Sebabnya subsidi yang diterima tak nampak dengan mata kasar..subsidi terus ditelan masuk dalam perut saja tanpa perlu dikunyah-kunyah..!!!
Begitulah juga senarionya bila BR1M terus di masukkan ke dalam akaun penerima. Mereka tidak akan terasa ianya sangat bernilai sebab tengok-tengok dalam akaun ada RM650. Terus keluarkan buat belanja..habis begitu sahaja.
Sebaliknya pemberian BR1M seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya mampu memberi impak yang berkesan kepada seluruh rakyat malaysia. Kalau tidak masakan pembangkang berhabis-habisan cuba memberi imej buruk kepada BR1M termasuklah menghina penerima BR1M sebagai haiwan. Ternyata BR1M membuat pembangkang gelabah..!!!
BR1M juga adalah peluang terbaik untuk menteri-menteri, wakil rakyat dan pemimpin UMNO bersemuka dengan pengundi termasuklah pengundi pembangkang yang terpaksa menebalkan muka untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin BN sewaktu menerima BR1M.
Sepatutnya yang terus di masukkan ke dalam akaun rakyat yang layak ialah subsidi yang telah di beri selama ini....ataupun pengagihan subsidi menggunakan kad penegenalan yang sangat pintar tu!!!
Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment