Thursday, December 2, 2010

UNTUK MEREKA YANG MENGAKU SEBAGAI MELAYU-BUMIPUTERA ATAU PRIBUMI SAHAJA!!!! YANG LAIN-LAIN, PI MAIN JAUH-JAUH

Jikalau anda berasakan anda adalah bangsa Melayu atau Bumiputera dan Pribumi yang masih memerlukan bantuan mahupun peruntukan daripada Perlembagaan Persekutuan, ini adalah masanya untuk meningkatkan atau mengubah destini anak bangsa dengan melanjutkan pengajian atau pelajaran ke UiTM yang diwujudkan oleh kerajaan, khas untuk Melayu dan Bumiputera (serta Pribumi) sejajar dengan akta yang digubal pada tahun 2000 yang menjadikan UiTM sebagai HAK EKSKLUSIF Melayu-Bumiputera-Pribumi.

Daripada 24 buah universiti yang wujud di seluruh Malaysia, satu-satunya universiti yang dikhaskan untuk Bumiputera-Melayu-Pribumi hanyalah UiTM. Manakala untuk kaum-kaum lain, mereka mempunyai pelbagai universiti yang dimiliki oleh taukeh-taukeh besar bangsa mereka sendiri, terutama yang dimiliki oleh entiti-entiti seperti Dong Jiong.

Berbekalkan kredit wajib untuk matapelajaran Bahasa Melayu, dan tiga kredit yang lain, anda (yang berbangsa Melayu-Bumiputera-Pribumi sahaja atau lebih tepat lagi yang bernaung di bawah KETUANAN MELAYU) sudah boleh memasuki UiTM sama ada untuk kursus pra mahupun diploma bagi kursus-kursus yang ditawarkan seperti perakaunan dan pra-sains (kejuruteraan dsbg)

Menurut Prof. Madya Mohd Hanafiah Harun yang memberi taklimat di Dewan Orang Ramai Taman Seri Raya, Ampang anjuran UMNO Bahagian Ampang, UiTM memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta setiap tahun untuk 5000 orang pelajar semester baru.

Paling menarik apabila UiTM turut memberikan RM400 sebulan kepada para pelajar dari golongan miskin iaitu RM300 untuk duit poket, manakala RM100 untuk bahan kuliah. Apa yang diperlukan untuk pelajar-pelajar baru UiTM menikmati kelayakan ini ialah:

(1) Salinan keputusan SPM
(2) Salinan kad pengenalan dan surat beranak calon
(3) Salinan kad pengenalan dan surat beranak ibu bapa calon.
(4) Penyata pendapatan ibu bapa atau surat pengesahan pendapatan atau surat daripada KETUA BAHAGIAN UMNO atau AJK BAHAGIAN untuk mengesahkan ibu bapa calon mempunyai pendapatan kurang dari RM2000 sebulan.

Selain itu, UiTM tidak lagi mengenakan bayaran untuk borang permohonan kemasukan seperti universiti-universiti lain atau dengan kata lain, permohonan adalah PERCUMA. Selain itu, UiTM juga tidak mengenakan yuran tiusyen dan yuran kemasukan (untuk pelajar yang layak)

Paling menarik apabila UiTM memberikan peluang kepada calon-calon SPM dari tahun 2004 hingga 2009 untuk memohon dengan 4 kredit (Bahasa Melayu wajib). UiTM sedang berusaha untuk menyasarkan 16,000 orang akauntan Melayu yang sekarang jumlah mereka tidak lebih 1000 orang.

Segala-galanya hanya untuk Melayu-Bumiputera-Pribumi. Bagi yang mempertikaikan KEIKHLASAN UiTM yang ingin dibuka oleh PKR Selangor kepada bukan Bumiputera sebelum ini, ada baiknya cuba untuk memohon. Atau barangkali ada saudara-mara atau anak-anak yang dinafikan peluang melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan, maka UiTM menyediakan peluang berkenaan.

Untuk Melayu-Bumiputera-Pribumi Selangor, 800 orang pelajar baru menjadi sasaran UiTM untuk dididik dan disediakan sebagai modal insan bagi pembangunan serta kemajuan BANGSA MELAYU-BUMIPUTERA-PRIBUMI setiap tahun.

Bagi yang berasakan malu untuk mengakui diri mereka sebagai Melayu, tidak perlulah menerima tawaran ini. Atau barangkali ada baiknya juga memohon di Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimiliki oleh MCA, kerana di sana, TIDAK ADA MELAYU-BUMIPUTERA-PRIBUMI kecuali minoriti yang perlu mempunyai lebih merit untuk bersaing dengan pelajar-pelajar dari kaum Cina.

Anda sudah nampak mengapa PKR-DAP begitu bersungguh-sungguh ingin UiTM dibuka kepada golongan bukan Bumiputera? Anda sudah nampak mengapa akta yang digubal pada tahun 2000 yang memperuntukkan UiTM sebagai universiti eksklusif Melayu-Bumiputera-Pribumi berusaha dimansuhkan agar UiTM menjadi universiti terbuka?

Anda sudah faham bagaimana KETUANAN MELAYU berfungsi dalam kewujudan UiTM?

No comments:

Post a Comment