Monday, December 27, 2010

1000x lebih genius daripada yahudi!!!



Mulai hari ini The Flying Kick mengisytiharkan sokongan kepada Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang bijak laksana dan pandai yang keterlaluan. Dengan ini juga, The Flying Kick mengumumkan, tidak ada sapa-sapa dalam Malaysia ini yang mampu menandingi kegeniusan otak Mahfuz yang berpandangan jauh, dan sangat berwawasan.

Kenyataan Mahfuz bahawa ganjaran yang diberikan oleh FELDA kepada para peneroka sangat kecil berbanding sumbangan yang mereka berikan sehingga Pengerusi FELDA kaya raya dan perolehan FELDA sangat besar, SANGAT-SANGAT DISOKONG.

Begitu juga kenyataan Mahfuz bahawa kalau pun pasukan bola sepak Malaysia kalah pun tidak mengapa kerana mereka telah bermain bersungguh-sungguh... lainlah macam UMNO yang menang pun kerana RASUAH... SANGAT-SANGAT DISOKONG.

Kepada pro-UMNO yang melabelkan Mahfuz sebagai BONGOK KETERLALUAN, BAHLOL, BODOH BENGONG, GILA NAK BERCAKAP, AKAL LETAK KAT LUTUT dan sebagainya, The Flying Kick adalah dengan ini menasihatkan anda semua agar menarik kembali ungkapan-ungkapan anda itu kerana sesungguhnya MAHFUZ OMAR adalah SANGAT BIJAKSANA sehinggakan tak cukup kalam dalam dunia ini untuk mencatatkan kebijaksanaannya!

Kepada mereka yang mengatakan Mahfuz Omar GILA PUBLISITI, KAKI BUSUK, CAKAP MACAM BUDAK TADIKA TERBERAK DALAM SELUAR, TERINGIN NAK JADI PRESIDEN PAS SEKALIPUN TAK PASS SRP, BERCITA-CITA JADI MENTERI WALAUPUN KIRA-KIRA BENGAP NAK MAMPUS, sila tarik kembali kata-kata anda kerana Mahfuz Omar sentiasa berhati-hati apabila menuturkan kata-katanya dan setiap kata-katanya membawa maksud 100 tahun akan datang. Dengan kata lain, lebih advanced daripada sebarang pemikiran yang pernah wujud dalam dunia ini.

Sepatutnya, Mahfuz Omar disayangi bukannya dicaci. Dia sangat prihatin kepada para peneroka, sekalipun sebelum ini, dia sendiri pun tidak kenal mana satu kelapa bali, mana satu buah sawit dan mana satu buah geduak. Sepatutnya juga, Mahfuz diberikan ruang agar dapat menerangkan kepada masyarakat, bagaimana FELDA menjalankan operasi dan menjana pendapatan daripada kelapa sawit dan getah serta 17% daripada keseluruhan peneroka yang menjual hasil di luar tetapi claim kat FELDA.

Tolong jangan caci Mahfuz Omar sebab dia adalah PEMIMPIN KESAYANGAN The Flying Kick dengan harapan suatu hari nanti, dia mampu menjadi Mursyidul Am sebagai bukti kepada sabdaan yang sering digunakan sebagai kiasan oleh Ahli al-Muntahi, 'Kalung mutiara di tengkuk babi!'



sumber:http://theflyingkick.blogspot.com

4 comments:

  1. JUTAAN TERIMA KASIH kerana linkkan blog saya di dalam senai blog pilihan anda..

    Saya juga telah linkkan blog anda dalam blog saya..

    Salam Perjuangan ikhlas dari,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    ReplyDelete
  2. Tahniah satu artikel yang menarik. Mahfuz tak lulus SRP kah..kah..kah.. patutlah 'melapong'macam belon. Blog sdr telah dipauutkan ke Melayurayadaily. tq

    ReplyDelete