Khir Toyo menasihati UMNO-BN agar tidak mengambil mudah dengan janji-janji Pakatan Rakyat terutama Janji Jenin 100 Hari yang diisytiharkan pada Ahad lalu. Menurutnya, sekalipun setiap janji Pakatan Rakyat, lawak sifatnya, bongok bunyinya dan bahlol amalannya, ramai pengundi yang mudah terpengaruh mendengar cerita-cerita Pakatan Rakyat.
Pada masa yang sama, Khir Toyo turut menasihati agar UMNO-BN tidak melakukan kesilapan dengan tidak memberikan perhatian terhadap apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat dan dia telah mendasarkan natijah daripada sikap itu menerusi pengalamannya selaku Menteri Besar Selangor yang akhirnya kehilangan Selangor, sekalipun tidak kehilangan kerusi DUN Sungai Panjang.
Sewajarnya UMNO dan Barisan Nasional perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap janji-janji pembohong Pakatan Rakyat. Sekalipun pelbagai janji mereka, termasuklah yang paling besar Gempar 16 September tidak pernah ditunaikan dan tidak pernah disebutkan semula, ramai lagi para pengangan dan pengimpi yang kekal menjadi penyokong mereka beranggapan, angan-angan itu boleh dijayakan dengan sekadar bercakap dan percaya cakap. Dan jumlah mereka yang gemar berangan-angan ini bukan sedikit... lebih-lebih lagi mereka adalah golongan muda yang bukan sahaja pemalas, tetapi juga bodoh, otak beku dan makan perlu bersuap!!!
Namun yang paling penting ialah, UMNO wajar mengenalpasti calon atau panglima terlebih awal untuk dihantar berperang. Panglima perang tersebut perlu sentiasa berperang dan bersedia untuk berperang, bukannya panglima-panglima penakut yang kecut telurnya, yang besar perutnya dan yang tinggi angan-angannya. Panglima-panglima sebegitu elok dibagi sahaja borang keahlian PAS, PKR dan DAP... suruh mereka berhijrah ke parti-parti pembangkang berkenaan.
Kesilapan paling besar UMNO-BN pada pilihanraya umum 2008 ialah beranggapan, para pengundi adalah bodoh kerana orang yang berpandangan sedemikian beranggapan mereka jauh lebih pandai daripada orang ramai... dan kalaulah Najib Abdul Razak ingin mengulangi 'kejayaan' 2008, buatlah dan ikutlah juga jejak langkah para panglima kecut telur, besar perut dan tinggi angan-angan tahun 2008... nescaya, UMNO dan BN sekadar tinggal nama di Selangor...
No comments:
Post a Comment