GREEN PROTEST !!! BERJALAN 300 KM UNTUK MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???
Kumpulan menentang Lynas yang memakai penyamaran sebagai aktivis alam
sekitar dengan nama Himpunan Hijau,masih tidak berputus asa walaupun
mahkamah telah menolak permohonan injunksi oleh pihak mereka kerana
gagal membuktikan yang operasi kilang tersebut adalah
merbahaya.Keputusan mahkamah tersebut telah disambut dengan kesyukuran
dan linangan air mata oleh para pekerja Lynas yang majoritinya beragama
Islam dan merupakan penduduk sekitar Gebeng.Bertitik tolak dari
itu,Himpunan Hijau yang majoritinya atau hampir seratus peratus adalah
dari kaum Cina yang bukannya penduduk Gebeng,enggan mengalah dan terus
berdegil untuk meneruskan penentangan.Justeru,berbekalkan air liur dan
cerita-cerita berkenaan mangsa bahaya radioaktif dalam kes-kes
berasingan di tempat dan negara lain,Himpunan Hijau telah memulakan
perjalanan sejauh 300 km selama 14-hari yang bermula semalam,dari
Kuantan ke Kuala Lumpur bagi meneruskan usaha menentang operasi kilang
Lynas.Mereka dijangka tiba di Dataran Merdeka pada 25 November sebelum
meneruskan perjalanan ke Parlimen.Harapan mereka adalah untuk mengumpul
lebih banyak sokongan dengan masuk ke kampung-kampung dan pekan-pekan di
sepanjang perjalanan,untuk berkempen.
Apa yang pasti, kempen Himpunan Hijau adalah kempen yang berdasarkan
auta semata-mata kerana mereka tidak punya sebarang fakta atau angka
untuk membuktikan bahawa kilang Lynas adalah merbahaya.Apa yang mereka
ada hanyalah cerita berkenaan nuklear,kesannya dan kisah-kisah mangsa
yang terlibat dalam tragedi seumpamanya.Namun,itu semua bukan fakta
mengenai Lynas kerana Lynas bukanlah kilang nuklear dan tidak
menghasilkan sisa radioaktif yang merbahaya.Kilang Lynas adalah kilang
kimia biasa di mana walaupun terdapat sisa yang mampu membahayakan
tetapi ianya adalah di paras yang jauh lebih rendah dari tahap yang
diluluskan,serta sangat terkawal.Tahap keselamatan kilang ini telah
diakui dan diluluskan oleh badan-badan antarabangsa yang
bertanggungjawab terhadap isu-isu radioaktif, atom dan nuklear.Kilang
Lynas telah diiktiraf sebagai antara kilang nadir bumi tercanggih di
masa ini.Dengan kewujudannya di Gebeng,Malaysia bakal menjadi pesaing
utama kepada pengeluar utama dunia iaitu negara China.Sekali gus,mampu
melonjakkan ekonomi Malaysia secara drastik memandangkan nadir bumi
adalah bahan asas yang penting dalam pembuatan dan penghasilan barangan
berteknologi tinggi dan canggih.Dengan kepesatan pembangunan teknologi
terkini,tiada siapa yang dapat menjangkakan sejauh mana impak yang bakal
dibawa oleh Lynas kepada Malaysia dari segi ekonomi dan juga
pembangunan teknologi.
Melihat di luar konteks pembuatan dan pulangan pendapatan,tidak mustahil
kewujudan kilang ini juga bakal menjadi pemangkin kepada kelahiran
pakar teknologi dan inovasi dari negara ini.Mengambil-kira semua fakta
ini, maka tidak hairanlah Lynas menjadi kontroversi.Potensi hebat Lynas
menjadikan ia sasaran berbagai pihak yang berkepentingan dalam berbagai
bidang dan industri dan dari berbagai negara.
Inilah yang menyedihkan kita iaitu apabila sebahagian dari rakyat negara
ini sendiri yang sanggup menjadi dalang untuk menggagalkan sesuatu yang
baik untuk negara.Lebih sedih lagi apabila ada yang mudah diperdaya
dengan cerita kosong serta enggan mengambil-kira fakta yang sah.Himpunan
Hijau sanggup berjalan 300km hanya untuk menipu seramai yang boleh bagi
mencapai matlamat yang sebenarnya merugikan negara dan rakyat.Dari
tindakan ini juga mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap kerajaan
serta menunjukkan sikap memperkecilkan keputusan mahkamah.
Antara aktivis kumpulan ini,iaitu Wong Tack,cuba meyakinkan kita
kononnya perjalanan ini bukanlah sesuatu yang dirancang, tetapi telah
mendapat sokongan secara spontan.Entah siapa yang begitu bodoh akan
mempercayainya sedangkan kita tahu bagaimana kumpulan ini beroperasi
selama ini.Kita tahu mereka pernah mengadakan demonstrasi dan program di
beberapa tempat dengan bahan-bahan kempen,t-shirt dan logistik yang
tersusun.Selain itu,walaupun ramai kaum Cina yang menjadi penentang
kerajaan,mereka selalunya enggan berdemonstrasi bersama-sama dengan puak
penentang kerajaan yang lain dalam ‘memperjuangkan’ isu-isu yang
kononnya isu rakyat.Malah,dalam isu BERSIH juga,tidak ramai kaum Cina
yang sanggup turun berpanas dan menahan pedih mata bersama-sama
juak-juak PAS dan PKR.Jika adapun,mereka hanya turun sebentar
sahaja,sebagai syarat agar ‘nampak muka’, kata orang.Tetapi,entah
kenapa dalam isu Lynas,kaum ini cukup tegar sehingga sanggup berjalan
begitu jauh sekali selama berhari-hari.Tidak mungkin kerana mereka
benar-benar prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan atau nyawa
rakyat Gebeng kerana sejak bila pula puak kiasu ini prihatin terhadap
sesiapa yang tiada kena mengena dengan mereka ???
Justeru,apakah sebabnya,atau lebih tepat,apakah agaknya imbuhan atau
ganjarannya yang membuatkan mereka sanggup melakukannya ??? tepuk dada
tanya iman !!!
No comments:
Post a Comment