Cerita tentang Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, takutkan isterinya bukanlah cerita baru. Bahkan cerita-cerita itulah yang menghiasi coretan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lakaran pro-Pakatan Rakyat selain di pentas-pentas ceramah. Dan nampaknya selebriti PAS yang sangat bergantung kepada bayaran ceramahnya untuk menanggung kehidupannya sekarang, Abby Abadi, turut tidak mahu ketinggalan memeriahkan cerita berkenaan.
Entah apa kena-mengena atau kaitan dengan politik Malaysia, hanya puak-puak Pakatan Rakyat sahaja yang lebih tahu. Rosmah Mansor seringkali menjadi sasaran puak-puak Pakatan Rakyat, sekalipun wanita berkenaan bukanlah Presiden parti, mahupun Ahli Parlimen, apatah lagi ADUN di mana-mana kerusi di seluruh negara. Sebaliknya wanita yang hanya merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, seringkali dijadikan sebagai bahan ajukan para penganut Pakatan Rakyat, khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim di hadapan rakyat marhaein.
Kebencian terhadap Rosmah Mansor sudah mendorong banyak fitnah yang tercipta terutama di kalangan mereka yang menggelarkan diri sebagai PEJUANG ISLAM.
Apa masalahnya Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor kepada selebriti yang telah mewujudkan kontroversi apabila menyerang suaminya (sekarang bekas) di khalayak ramai dan cuba memalukan bekas suaminya itu dengan lakonan naif selain laporan palsu kepada pegawai-pegawai BADAR sehingga anggota-anggota penguatkuasa tersebut menyerbu, seterusnya menyeret bekas suami Abby Abadi dan pasangannya ke mahkamah syariah.
Nampaknya busuk hati Abby Abadi tidak berkurangan sekalipun sudah menjadi ahli PAS mahupun bertudung. Kalau kena kat batang hidung dia sendiri, dia akan segera melabelkan sesiapa sahaja yang menegurnya sebagai 'ORANG UMNO yang gemarkan fitnah', sedangkan dia yang melakukan fitnah, tidak pula berani menegur dirinya sendiri.
Terlupa barangkali, Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak masih lagi menjadi suami isteri, sedangkan dia yang tidak takut dengan suami, sudah pun menjanda, pernah mempunyai skandal dengan lelaki lebih muda dan kemudian ditinggalkan sebelum kecewa dan menceburi bidang ceramah politik.
PM takut ke tidak ke dengan bini, rakyat dapat macam-macam juga.
ReplyDeleteDia dapat apa? Air dah naik kepala? keh keh keh