Oleh Emang Da Galileo, AIDCclub
Dengan meneliti kata-kata Prof. Dr. Harun Din apabila beliau ditanya tentang ceramah Anwar di Wodrow Wilson Centre di Amerika, ada beberapa perkara harus diperhatikan:
1. Beliau Mengatakan tentang cara Anwar itu sebagai permainan politik. Cerita tentang bercakap lain di suatu tempat dan masa yang lain merupakan mainan politik yang selalu dibuat oleh tokoh politik picisan. Tetapi bagi Harun Din, perbuatan ini tidak baik dari segi etika sebagai muslim sejati.
Dalam islam cara sebegini dikeji. Dalam hukum Islam, seseorang itu tidak boleh bertolak ansur jikalau mengaitkan dengan hukum agama. Perkara ini seperti mempermainkan hukum agama. Hukum agama tidak boleh dipalitkan ke dalam politik.
2.Harun Din mengatakan bahawa "Negara Islam" itu pada dasarnya bukan pada nama tetapi pada isinya. Harun Din dalam hal ini mengkritik Anwar secara sinis apabila Anwar menentang substance agama Islam.
3. Menurut beliau, 5 isi kriteria negara iaitu :
1.Sempadan tempat
2.Rakyat
3.Ada kerajaan dan kumpulan (bersetuju-sahifah madinah)
4.Ketua negara,
5.Kedaulatan
Dalam hal ini, beliau mengecam secara sinis Anwar Ibrahim dalam isu kriteria negara. Anwar yang mengiktiraf tertubuhnya negara Israel yang pada dasarnya tidak memiliki sempadan dan kedaulatan secara tidak langsung dikecam secara simbolik oleh Harun Din.
4.Orang islam perlu laksanakan Islam. Siapa yang memperlekehkan, maka itu orang itu termasuk dalam golongan yang rugi.
Ini jelas tentang kritikan pedas kepada Anwar yang mempertikaikan hukuman islam terhadap isu Kartika. Anwar Ibrahim dilihat mengecam beberapa hukuman Islam yang pada pandangan liberalnya tidak sesuai dalam konteks hak asasi manusia..
5.Menurut Harun Din lagi, undang2 manusia itu rendah, selalu saja berubah.Tetapi hukum islam itu terus tetap. Bukan relatif sifatnya tetapi absolut dan mutlak.
Point ini juga mengkritik secara sinis tindakan Anwar yang selalu mementingkan akal manusia dalam menentukan hukum. Anwar mengatakan hukum syariah tidak sesuai kerana membahagi orang miskin dan kaya dalam isu pengadilan. Pada otak dan pendapat Anwar sistem syariah menguntungkan orang kaya dan merugikan orang miskin.
6.Islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi daripadanya.
Anwar dengan tindakan falsafahnya yang moderate dan liberal menjadikan hukum sivil itu lebih releven untuk masa sekarang. Ini jelas apabila undang-undang sivil digunakan untuknya jikalau ia berpihak kepadanya, juga menggunakan undang-undang syariah jika berguna kepadanya.
Hal ini seperti mempermainkan undang-undang dan hukum Tuhan. Lihat saja tindakannya yang pergi ke mahkamah syariah yang memerlukan 4 saksi dalam kes liwatnya tetapi mengecam tindakan isu kartika yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Ini jelas!!
8. Menurut Harun Din, orang islam wajib melaksanakan hukum hudud. Beliau mengatakan lagi siapa yang menetang hukum hudud bukan muslim sejati.
Pemikiran Anwar yang berfahaman Islam liberal itu sebenarnya telah menolak hukum hudud. Dia mengatakan bahawa hukum hudud bukanlah agenda utamanya tetapi untuk membentuk masyarakat yang liberal yang menolak hukum hudud.
9. Matlamat hukum islam adalah sebagai pengajaran bukan untuk mendera atau mencederakan.
Sekali lagi Harun Din mengutuk tindakan Anwar secara sinis. Anwar dilihat mengecam hukum Islam dalam kes kartika yang pada pandangan dia adalah sebagai salah satu bentuk kezaliman dalam islam.
Persoalannya kenapa Anwar begitu berani mengkritik hukum Islam?
Jawapan utamanya adalah sebab dia takut kena hukum hudud kerana dia meliwat!!!!!
Point paling besar!!!!!!!
No comments:
Post a Comment