Berita Harian 2010/08/28
SEMUA pihak berpuas hati apabila kes simbah cat dan baling botol arak
di Surau Taman Pulai Impian di Seremban diselesaikan secara harmoni apabila keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes itu memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.
Apabila kes ini timbul, pemimpin politik Cina tanpa mengira parti bersatu hati mengaturkan sesi permohonan maaf dan penyesalan bagi membela remaja Cina terbabit. Ia sesuatu yang berbeza jika sesuatu kes itu membabitkan kaum Melayu, pemimpin parti politik Cina turut bersatu hati mendesak agar tindakan tegas dikenakan walaupun kes masih dalam siasatan. Begitulah nasib yang menimpa dua beradik yang didapati bersalah membakar gereja di Desa Melawati awal tahun ini, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22, yang kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Mahkamah menjatuhkan hukuman berat iaitu penjara terhadap pesalah kerana pesalah sanggup mencemarkan kesucian agama, demi menjaga keharmonian dan keamanan negara yang dihuni pelbagai kaum.
Persoalan sekarang, apakah perbuatan khianat yang dilakukan oleh remaja itu tidak mencemarkan kesucian agama dan menggugat keharmornian dan keamanan negara!
NORHISYAM MOHAMAD,
Pemuda UMNO Kuala Kedah.
No comments:
Post a Comment