Saturday, September 27, 2014

PETEMPATAN CINA SEMAKIN DIJAGA ELOK..KAMPUNG MELAYU NAK DILENYAPKAN..!!!

Atas nama Bandaraya Warisan..rumah kedai dan jalan-jalan di kawasan penempatan Cina diperelokkan dan diperindahkan


Rumah kedai milik kaum Cina sedang dibaik pulih



Kawasan penempatan kaum Cina yang siap diperindahkan dengan alasan sebahagian dari warisan Bandaraya Warisan Georgetown










Kampung Melayu pula..satu persatu dicabut keluar dari peta Georgetown


blogger-image-1010480998


Sepintas lalu mengenai Kampung Selut;-
Kampung Selut mula dibuka sejak tahun 1850 dan merupakan Perkampungan Melayu tersusun yang pertama wujud di Georgetown. Ini menjadikannya mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan bernilai tinggi yang mungkin hampir setaraf dengan Kampung Baru di Bandaraya Kuala Lumpur.
Terdapat kira-kira 1,000 orang penduduk di Kampung Selut dengan sebahagian besarnya sudah memiliki rumah sendiri tetapi tanah pula adalah hak milik MPPP, sementara sebilangan lagi menyewa di 102 unit rumah yang dimiliki MPPP.
Tanah seluas 4.8 hektar di Kampung Selut yang kini mahu dibangunkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang asalnya dulu adalah hakmilik Cheedin Mohamed Haashim Chembee Mohamed Alias. Beliau telah menjualnya kepada MPPP pada tahun 1958 dengan harga serendah RM2.50 sekaki dengan harapan untuk mengekalkan penduduk Melayu di Kampung Selut.
Terdapat sebuah masjid di sini dikenali sebagai Masjid Maqbul Sungai Pinang (Masjid Tok Guru) yang mula dibina pada 1850.




No comments:

Post a Comment